Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 26, 2011

Abang Mat Memikul PAS Waktu PAS Ditolak dan Dihina

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Abang Mat Sabu sudah aktif dan bergiat cergas dalam parti di waktu PAS lemah dan sedang kesakitan. Di waktu PAS tiada duit dan pengaruh, Abang MAT memegang panji-panji PAS di dalam masyarakat Malaysia. Di waktu PAS terasing dan dagang, Abg Mat terus menerus menjunjung nama PAS di dalam masyarakat.

Di waktu calon-calon PAS biasa hilang wang deposit dalam pilihanraya, Abang Mat dengan rela hati mengharungi tangkapan, ISA dan penindasan UMNO dan Barisan Nasional.

Di waktu PAS tiada tempat dalam masyarakat Malaysia, Abg Mat terkehadapan melawan UMNO dan BN yang sebegitu gagah.

Saya ingat lagi Abang Mat satu masa dahulu, hendak pergi ke tempat ceramah pun tiada duit tambang. Penghabisan beliau buat MOU dengan penjual2 keset menumpang kenderaan mereka kerana penjual2 keset dapat peluang menjual keset di ceramah2 Abang Mat yang sentiasa dipenuhi pendengar.

Abang Mat tidak kenal penat dan lelah. Terus istiqamah di dalam PAS mengharungi setiap onar dan duri tidak kira PAS menang atau kalah.

Abang Mat adalah simbol istiqamah dan tahan uji dalam PAS.

Apa salahnya beliau diberi satu peluang untuk membuktikan kepimpinan beliau dalam PAS. Kalau tidak puas hati, dalam dua tahun beliau boleh ditukar lagi.

Sekian

Tulang Besi

11 comments:

mat busu said...

kesian abg mat ye...
tapi kalau dia ikhlas, Allah jua yg akan membalasnya.
cuma sayang, abg mat dah tak relevan dgn peredaran zaman.

pemimpin utama PAS sekarang mestilah mendalami ilmu2 agama disamping kelihatan kontemporari...bukan setakat pandai menyalak dan berdemontrasi.

Anonymous said...

mat busu, sejauh mana kau kenal mat sabu?? yang kau kata tak relevan? habis kalau yang berilmu pun bila beri ceramah orang tak mau dengar apahal?takkenal maka tak cinta

Anonymous said...

mat busu,

Perkataan anda "pandai menyalak" agak kurang sedap digunakan untuk Mat Sabu.Pandai menyebut "mendalami ilmu2 agama" tapi bahasa anda agak kasar dan unIslamic.Kalau dikira perjuangan anda dalam PAS(kalau anda ahli PAS) bak kata Inggeris "You are not fit to clean Mat Sabu"s shoes".Anda sudah tidak kontemporari.Lihat apa yang berlaku diTimur Tengah,DEMONSTRASI JALANANlah yang telah menggulingkan beberapa kerajaan zalim.

Anonymous said...

abg mat yang bodoh tu...yang pandai cakap tapi tak pandai buat tu...hanya orang pas yang bodoh dan dungu aje yang akan sokong abg mat biol tu...TB (tulang babi) pun banyak berkorban untuk pas...tak nak bagi peluang ker kat tulang babi (TB)...sebenarnya TB (tulang babi) nak promote dirinya...yang kononnya setia dengan pas walau pun pas sudah sesat sekarang nie...

Anonymous said...

sokong abang mat

Anonymous said...

waktu PAS terasing dan dagang , waktu calon-calon PAS biasa hilang wang deposit dalam pilihanraya, waktu PAS tiada tempat dalam masyarakat Malaysia, adalah pada tahun tahun 1980an... zaman dimana Anwar , daripada ABIM masuk UMNO... dengan idea islamnya. Orang Melayu nampak ada harapan dengan Anwar didalam UMNO didalam menegakkan Islam... sebab itu PAS di pinggirkan oleh orang Melayu... Bila Anwar ditendang dari UMNO, harapan itu musnah.. sebab itu sokongan kepada parti pembangkang meningkat mendadak... pada tahun 1998

Anonymous said...

untuk bertanding jawatan tim. presiden, Abang Mat kena clearkan fallout daripada kes khalwat dulu tu.. sebab ramai yang tak berapa jelas akan kesudahannya dan akan dijadikan modal oleh UMNO untuk serang PAS, terutamanya PRU13 dah dekat ni.

koloGnyer said...

sebab Mat Sabu nielah saya tidak menyertai dan tidak mengemari parti PAS...ceramah politik pertama yg saya hadiri seumur hidup ketika kecil adalah ceramah parti PAS di taman melewar kerana tertarik dengan slogan yg sering dilaungkn untuk memartabatkan nilai2 Islam di dalam negara..malangnya persepsi sy bertukar 360 darjah apabila mendengar ceramah politik pd mlm tersebut...ceramah oleh Mat Sabu penuh dgn kata2 makian, kutukan, bahasa yg kesat...membuatkan sy ketika itu berumur 12 tahun sudah berfikir inikah nilai Islam yg ingin diangkat oleh PAS apabila memerintah negara kelak...sejak itu terus sy menjauhkn diri dr PAS..apabila sy merasakan PAS menggunakan agama sebagai modal politik murahan....

sekiranya MAT SABU terpilih menjadi timb. presiden PAS, nescaya malapetaka besar akan berlaku kepada PAS....(masih lg berharap tokoh pembangkang yg berkaliber dr PAS untuk mengimbangi pihak kerajaan...bukan sekadar menjadi pembangkang yg tahu mengkondem, kondem shj apa yg kerajaan rencanakan)

Anonymous said...

Hangpa nak kutuk Abg Mat setara mana pun kutuklah.

Aku dapat kenal Islam kerana kegigihan Abg Mat berjuang,walau tadak sen dalam poket, tapi Abg Mat kata Allah dan rasul akan tolong kita.

Aku bersyukur kerana Abg mat tak pernah kenal penat lelah berjuang sejak naik Honda cup sampai tadak duit nak buboh minyak.

Ada lagikah pemimpin yang sanggup kena 2 kali ISA macam Abg Mat?

paktam.

Anonymous said...

Mat Sabu ialah ahli 'pulaihtaik' atau dalam bahasa Inggerisnya 'politician' yang suka berkelana dari satu negeri ke negeri lain setiap kali PRU.

Ringkasnya 'pesalah khalwat' yang dibebaskan atas sebab-sebab teknikal di Kota Bharu beberapa tahun lalu itu, 'sangat dikehendaki' di mana saja atas kebolehannya yang luar biasa - maki hamun - yang akhirnya ramai tidak tahu asal usul tempat kelahirannya.

Malah ada yang sangka dia anak kelahiran Kelantan kerana ketika peristiwa khalwat dengan bini orang - bini kawan baiknya - berlaku pada 31 Januari 1995 di Hotel Perdana, Mat Sabu adalah Ahli Parlimen Nilam Puri.

Anonymous said...

kalau menyokong parti islam biarlah berakhlak islam. janganlah keluar kata-kata seperti tulang babilah,mat biollah,dsb dan lebih=lebih lagi memfitnah. anda tengok ke beliau berkhalwat?kalau anda takwa, anda tentu tahu balasan syurga neraka dan tanggungjawab apa yang anda katakan. yang velamatkan anda bukannya najib, m. sabu, utz nik aziz dsb tetapi amalan dan takwa kamu dengan allah. berhati-hatilah bila berhujah kerana anda bertanggungjawab bila berhadapan dengan allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.