Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 11, 2011

Anwar Tidak Pernah Guna Perkataan "PANDIKUTTY" Kepada Najib Tun Razak

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan akhbar dari Naib Presiden PKR, N. Surendran, berkaitan dengan isu panggilan nama "Panddikutty" kepada Najib Tun Razak.

KENYATAAN AKHBAR

Saya merujuk kepada tuduhan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan akhbar UMNO seperti Utusan Malaysia bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan "pandikutty" terhadap Datuk Seri Najib disebuah majlis di Klang pada 7 Mei 2011. Perkataan ini bermakna babi kecil. Saya berada di Majlis tersebut dan mengesahkan disini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim TIDAK menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib. Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang di amalkan oleh Barisan Nasional. Sekali lagi, suatu tuduhan yang palsu sama sekali telah dibawa terhadap Ketua Pembangkang oleh parti BN dan media massanya. Perdana Menteri sendiri telah mengulangi tuduhan palsu ini dalam komennya pada hari ini yang menyerang Anwar Ibrahim atas isu ini.

Adalah juga ironik untuk mendengar rungutan remeh seperti ini daripada parti BN yang telah melemparkan berbagai-bagai fitnah melampau dan jahat ke atas Ketua Pembangkang sejak tahun 1998. BN juga tidak pernah teragak-agak untuk memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk membawa tuduhan jenayah palsu terhadap Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain. Meskipun ini, Najib masih tergamak untuk menuduh ketua pembangkang mengamalkan politik tidak beretika dalam kenyataannya hari ini. Adalah jelas bahawa Barisan Nasional menganjurkan kontroversi palsu dan kosong seperti ini untuk cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pemerintahan BN dan kenaikan harga petrol dan barangan yang tidak wajar. Kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

8 comments:

Anonymous said...

actually najib memang kerbau pendek!!

Anonymous said...

Pertama, kenyataan media tu mengesahkan Anwar ada menggunakan perkataan tersebut. Hanya mungkin twisting dan spinning untuk mengalihkan isu kononnya tak dituju kat Najib.

Kedua, kenyataan media dari Naib Presiden Keadilan? Ha ha... apa kredibilitinya. Dah nama pun balaci Anwar, apa integritinya? Patut kena tutut suruhanjaya diraja untuk siasat sebab korang memang suka pada suruhan diraja, kecuali bila kena batang hidung sendiri macam kes TBH.

Anonymous said...

Balaci-balaci umno porno ni bukan nak ngaku kalau peluru tu makan diri sendiri balik.Sebab pengikut2 gerombolan ni bukan cerdik sangat.Sebab tu orang melayu menjauhkan diri parti yahudi ni. Orang kata 2 dia kata 1. mana nak ngaku. Lebih baik cakap dengan tunggul kayu lagi bagus. Sebab yang tinggal dalam umnoporno ni semua kayu mati. Bak kata mereka ni dan pemimpin no satu mereka jahil ilmu. Orang islam menyamakan orang jahil sama seperti orang yang dah mati. Kalau bahasa melayu maknanya otak mereka semua dah short.Elok dok tanjung rambutan saja. Pasal presiden mereka memang macam anak kerbau pendek, macam pundek pandi kutty. Sungguh sesuai untuk mat monggol.Kaki sondol.

Khun Pana aka johanssm said...

http://www.youtube.com/watch?v=6WdCQgtdtXU

Tak ada pon anwar kata jibby tu seekor Pandi atau Kutty.
Tapi semua kaki bodek umno paham siapa tu PandiKutty.
umno ponya gila....
Zul nordin pon seekor.

matpanah said...

Bagi Pas yang dah dicucuk hidung, dipekup mulut dan dipijak kepalanya, apa saja tentang Anwar betul belaka.

Malang sungguh nasib pengasas-pengasas Pas kerana parti yang mereka tegakkan dengan pengorbanan dan keringat akhirnya 'dilembukan' oleh seorang manusia yang hidup matinya hanyalah untuk menjadi PM.

Anonymous said...

Orang ini tak pernah mengaku apa pun yang dia buat. Tak perlu risau kerana Allah maha Mendengar dan Mengetahuai.

Anonymous said...

Apa naki susah? Anwarkan pandai saman. Nanti jadi jutawan samanlah

Anonymous said...

Anwar kalau dia betul tak bersalah memang dah kaya makan duit saman. Tapi dia ini kalau tak bodoh, tongong. Dr Mahathir tuduh dia melanggan pelacur masa jadi DPM dalam buku dia boleh diam, RPK tuduh dia yang mastermind tuduhan bunuh Atantuya pada Najib, dia diam, kes video lucah, pun dia diam. Terang-terang Dato Trio istiharkan diri mereka dan bersumpah dibawah spot light pun dia senyap sepi....

Anwar, anwar, I really have great pity on you!!!

Sekarang anwar tuduh ada orang nak bunuh dia....dah nak lari lah tu dan huru-hara kan negara dari luar macam Taksin.....

Lari lah bro, you will be forgotten for good....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.