Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 26, 2011

Arak Tiada Lagi di 7-11 Kawasan Melayu

NOTA EDITOR: Kalau UMNO terus memerintah, jangan haraplah arak akan dikurangkan di kawasan Melayu macam ni. Padahal, sepanjanng 50 tahun UMNO memerintah Selangor, DAP berada di luar kerajaan.

Namun, UMNO gagal untuk membersihkan 7-11 di kawasan Melayu dari menjual arak. Sampai 7-11 dekat Masjid Negeri pun jual arak.

Bagi Tulang Besi, jangan haraplah UMNO nak benteras Arak. Presiden UMNO yang kedua pegi rasmi kilang Anchor (sekarang GAB) di Sungai Way (sila lihat gambar di bawah):



Hakikatnya Islam cuma bahan jualan untuk UMNO. UMNO tidak pernah mengamalkan Islam. Sekadar alat untuk memancing undi.

Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu
Hazayani Zakaria


SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.

Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah)

Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.

"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.

Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu.

PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

“Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.

3 comments:

Khun Pana aka johanssm said...

Soalan-
Adakah bahan tobacco atau rokok ni halal atau haram.

Anonymous said...

macam lah kalau pas perintah arak akan berkurang di kawasan melayu...sudah lah jangan nak jual islam untuk dapat kuasa politik...golongan paling hina bila sanggup jual agama untuk dapat dunia yang sementara...

Izzu Dean said...

Spe yg jual agama bro? Jdi kalau kau kata pas jual agama demi politik, maka seharusnya kau juga kata UMNO jual bangsa demi politik. Cakap biar dari akal. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.