Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 27, 2011

AZMAN SHAPAWI KENA BUANG, SHUHAIZAN KAYAT KENA MAIN

Berikut adalah maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber Pemuda PAS yang amat dipercayai. Kalau Tulang Besi dedah pemberi maklumat ini, nescaya ramai yang akan mempercayai tulisan Tulang Besi di bawah tanpa soal. Namun Tulang Besi tidak akan mendedahkan siapa sumber Tulang Besi. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai nya.

Walaupun Azman Shapawi ini "Geng Perpaduang" dan "Geng Ketagihan Candu Wala'" dalam Pemuda PAS, namun Azman Shapawi telah mendapat nasib serupa dengan Ustaz Nasa. Yakni nasib habis madu, sepah dibuang.

Tulang Besi sebenarnya telah mendengar khabar ini sejak dua tahun lalu. Geng Ketagihan Candu Wala' memang merancang untuk menaikkan Nik Abduh sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

Malangnya, dua tahun dulu Nik Abduh kalah pemilihan Ketua Pemuda Kelantan menjadikan populariti beliau menjunam dan terpaksalah dinaikkan Azman Shapawi bagi mewakili kumpulan Ulama di dalam Pemuda PAS.

Juga, sepanjang dua tahun ini, prestasi Tantawi amat mengecewakan lantaran Tantawi sering dibanding dengan Ketua2 Pemuda yang lain i.e. Khairy, Tony Pua, Shamsul dsbnya.

Dilihat Pemuda PAS ini mandom dan tidak berketua. Seperti Pemuda PAS tidak wujud di persada politik Malaysia. Dan apabila wujud pun, memperjuangkan isu-isu yang remeh dan kecil. Nama Islam tidak berjaya diharumkan di Malaysia kalau nak harap kepada Pemuda PAS Pusat semata-mata.

Kenyataan-kenyataan Ketua Pemuda PAS tidak dapat diterima masyarakat Malaysia secara umum. Idea-idea beliau dilihat aneh dan tidak matang. Anak-anak muda lebih tertarik dengan AMK PKR serta DAP berbanding Pemuda PAS.

Sehingga Tulang Besi pernah mendengar kutukan dari ramai orang terhadap Salahuddin Ayub kerana angkara Salahuddin Ayub melepaskan jawatan Ketua Pemuda yang mengizinkan Tantawi naik.

Sepanjang dua tahun Pemuda PAS diperintah golongan "ulama", mereka telah gagal mempamirkan Islam sebagai "Agam Fitrah". Hanya mampu mempamirkan Islam sebagai "Agama dalam Kitab".

Kesannya rakyat umum tidak tertarik dengan Pemuda PAS ataupun kepada Islam atas hasil usaha Pemuda PAS.

KEGAGALAN PEMUDA MEMPOPULARKAN SHUHAIZAN KAYAT

Shuhaizan pula secara individu telah naik populariti beliau di mata masyarakat umum.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Pelbagai aktiviti2 yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat umum diperjuangkan oleh beliau dengan bersendirian tanpa bantuan Pemuda PAS Pusat secara rasmi.

Hasilnya, beberapa bulan yang lepas, timbul ura-ura dari ramai pihak untuk menaikkan Shuhaizan sebagai pengganti Tantawi. Dicampur pula dengan Tantawi yang telah hilang semangat untuk terus memiminpin Pemuda PAS.

GENG PERPADUANG CEMAS

Perkembangan-perkembangan ini amat mencemaskan GENG PERPADUANG. Rombongan dihantar untuk memujuk Tantawi dipacu oleh Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Bakar Chik. Akhirnya Tantawi bersetuju untuk terus memimpin Pemuda PAS Pusat.

Selesai satu perkara, timbul pula masaalah baru. Yakni naikknya populariti Shuhaizan Kayat sebagai bakal Ketua Pemuda PAS.

Maka Tantawi pun telah menjanjikan kepada http://www.blogger.com/img/blank.gifShuhaizan Kayat bahawa Shuhaizan akan dijadikan PENGGANTI kepada beliau yang hanya bercadang untuk memegang Ketua Pemuda selama sepenggal lagi.

Di dalam mesyuarat baru-baru ini, Shuhaizan pun bersetuju untuk bertanding HANYA Timbalan Ketua Pemuda sebagai memegang janji Tantawi.

Tiba-tiba sehari sebelum tarikh tutup pencalonan, Nik Abduh mengisytiharkan beliau akan bertanding Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

AZMAN SHAPAWI KENA BUANG, SHUHAIZAN KENA MAIN

Berjayalah perancangan TASK FORCE PERPADUANG pimpinan Ustaz Bakar Chik dengan dibantu Ustaz Idris Ahmad.

Sekarang ini, undi akan berpecah di antara Shuhaizan Kayat dan YB Firdaus. Manakala, undi kumpulan "Wala'" pula akan pergi solid kepada Nik Abduh kerana Azman Shapawi sudah dianggap TERBUANG.

Yang akan mengaut keuntungan yang besar adalah Nik Abduh selaras dengan perancangan mereka dua tahun lepas. Cita-cita murni mereka mahukan Nik Abduh tercapai sudah.

YANG KONSISTEN HANYALAH YB FIRDAUS

Dari kesemua calon Timbalan Ketua Pemuda, yang jelas ISTIQAMAH dan BERPRINSIP adalah YB Firdaus. Beliau tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan. Beliau bertanding semata-mata mahu membawa kebaikan kepada Pemuda PAS Pusat.

Dan beliau juga terkenal sebagai seorang yang tidak mudah diperkudakan oleh Tantawi kerana beliau berprinsip.

Bukanlah saya kata Shuhaizan ini mudah diperkudakan. Tapi, kalau Shuhaizan diikat dengan janji Tantawi, selepas ini sekiranya Tantawi sekali lagi berlagak seperti 2 tahun yang lepas, Shuhaizan tidak mungkin mampu menegur Tantawi dek kerana janji yang telah diberi Tantawi.

Baiklah kita sama-sama memenangkan YB Firdaus. Shuhaizan kita boleh lantik sebagai Pengarah Pilihanraya ataupun SU Pemuda selepas ini.

Dan, begitulah liciknya Geng Ketagih Candu Wala' dalam PAS menyusun kepimpinan untuk memastikan kumpulan mereka terus mengawal kepimpinan Pemuda PAS Pusat.

Objektif terakhir mereka adalah membawa PAS bersama dengan UMNO di dalam kerangka "PERPADUANG".

Wallahualam

Tulang Besi

10 comments:

Anonymous said...

Bercakap pasal islam berdentum dentam....tiada sapa lebih islam melainkan mereka inilah....tapi bila bab politiking...waduhhh terok giler ...baru jer allah bagi sedikit kemenangan yg diperolehi atas kelemahan org lain dan bukan kerana kekuatan sendiri...dah berperang bagai nak ghakkk geng pas ni....ini mcm nak perintah malaysia....aku rasa lebih baik BN dari jelmaan yg disangka malaikat ini....

Anonymous said...

salam.. kesian sungguh aku tengok pas.. kebanyakkan pemimpin vateran dah kemaruk kuasa. tak sedar diri dah tak lg popular...ELO pemimpin2, akhirnya dunia ni milik anak muda.. ko org boleh tak jgn kacau "stim" anak muda? "stim " ank muda ni lain mcm. ank muda suka yg semangat melawan mcm mat sabu. yg berperinsip, kental, tahal lasak . bukan dok suka main2 belakang , berkalwat dgn UMNO diam..

WOI!sapa2 pemimpin PAS yg xsuka akan perubahan , suka pemimpin yg poyo, pegang jawatan penting tp mcm tunggul kayu, suka kenyit2 mata dgn UMNO.. aku ucapkah dgn ikhlas "PUNDEK KAMU ORG!!"

PUNGGAH said...

Apa la hebatnya anak nik aziz di mata PEMUDA MALAYSIA... macam taik ja kelaku manusia2 macam nie... dah tak popular dan buat kerja baik bagi org yg buat kerja...kerja dok kaut harta ja yg dia tau..org buat kerja nak lawna umno bukan nak kawan dgn umno...entah laa POLITIK GILA BABI jaa sekali kala bila dipikiaqkan puak PAS kat ATAS nie.. itu pasai la banyak anak muda lari p kat PKR... meluat tengok kelaku macam nie laa...

org nak jadi ketua atau timbalan hidup dan mati kena dalam program PAS nie tak pusing satu MALAYSIA pon org tak kenai sapa NIK ABDUH..nasib baik PAK dia nama NIK AZIZ jika tidak org ingat mamat mana tak tau...

Kalau nak lawan ukuq baju badan sendiri laaa...nie apa pon tak dak jasa last dok nak pie dok tangga no 2...

haru haru.....

otakBesi said...

kelemahan Nasarudin tantawi sebagai ketua pemuda PAS tidak boleh dipertikaikan lagi, sama ada oleh parti lawan, atau parti kawan, atau parti sendiri.
Kelemahan pemuda PAS ini akan berganda jika nik Abduh, atau Suhaizan kayat, atau firdaus dipilih sebagai Tim. ketua pemuda, ketiga-tiga orang hanyut ini hanya tukang kena suruh, suka beretorik dan minat nak berniaga. Aku malas nak panjangkan, tapi tanyalah sendiri dengan Salahuddin Ayob.
Realitinya, pemuda PAS terpaksa menerima kenyataan, bahawa mereka akan merasa terlalu bodoh dan hina bila berhadapan dengan kecergasan Pemuda UMNO,PKR dan DAP.
Sebagai org kuat dewan ulamak, aku merasakan kelemahan ketua pemuda dan tenteranya tiada kaitan dengan ulamak dalam PAS, atau permainan catur dari dewan Ulamak, seperti didakwa Tulang Besi atau sesetengah pihak.

Anonymous said...

Tok Guru Nik Aziz kata dalam Pas tak ada puak2 ulamak dan profesional...itu hanya label diberi UMNOBN ..tapi ikut tulisan kreatif Tulang Besi macam menidakkan kenyataan Tok Guru..siapa sebenarnya Tulang Besi..adakah dia agen UBN untuk merosakkan PAS

Anonymous said...

Dalam sosio & geo-politik Malaysia dgn non-muslim 45% dan multi-racial, PAS memang perlu membawa pendekatan erdogan, bukannya taliban.

Anonymous said...

Mat Sabu ialah ahli 'pulaihtaik' atau dalam bahasa Inggerisnya 'politician' yang suka berkelana dari satu negeri ke negeri lain setiap kali PRU.

Ringkasnya 'pesalah khalwat' yang dibebaskan atas sebab-sebab teknikal di Kota Bharu beberapa tahun lalu itu, 'sangat dikehendaki' di mana saja atas kebolehannya yang luar biasa - maki hamun - yang akhirnya ramai tidak tahu asal usul tempat kelahirannya.

Anonymous said...

Muktamar tahun ni telah ditukar menjadi Majlis Perasmian dan Tayangan Amal Videos Seks Anuwar Berahi bagi menggalakkan lebih ramai ahlul-ahlul Pasberg terlibat dengan dengan zina. Takebeer!!

Anonymous said...

macam ni rupanya politik dalaman parti PAS ni.. ingatkan hebat sangat sbb nama pun pakai parti islam.. rupanya indah kabo dari rupa lah yer... dunia dunia.. kuasa kuasa.. 2 x 5 jer lah..

Anonymous said...

TAK MUNGKIN DAP NAK BODOHKAN PAS.
PAS NAK MEMANG BODOH DARI DULU LAGI. PENUBUHANNYA PUN ATAS SEBAB YANG BODOH.
kalau memang dah barua, sepanjang masa akan tetap jadi barua dap tu..
kata pejuang Islam, tp jadi anjing suruhan yg diperbodohkan setiap masa.. memalukan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.