Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 12, 2011

Bolasepak Penang Tercorot Angkara MP Lompat Zahrain?

NOTA EDITOR: Logik jugak hujjah Jagdeep Singh, ADUN Datuk Keramat. Zahrain, MP lompat Bayan BAharu telah dilantik Presiden Persatuan Bolasepak Penang atas tiket Pakatan Rakyat.

Sekiranya beliau bermaruah, beliau sepatutnya letak jawatan tersebut kerana beliau dilantik pada mulanya sebagai memegang amanah dari Pakatan Rakyat.

Sekarang ini, oleh kerana beliau adalah balachi kepada UMNO, menjalankan kerja-kerja kotor UMNO dengan menyebarkan fitnah2 terhadap Pengerusi Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, sudah tentu beliau segan dan alah untuk memohon bantuan dari Kerajaan PAkatan Rakyat Penang.

Maka, yang menderita adalah pasukan bolasepak Pulau Pinang yang menduduki tempat tercorot dalam Liga 2 Malaysia. Dalam 13 perlawanan, mereka cuma seri satu perlawanan dan kalah semua yang lain.

Yang sedap adalah Zahrain dgn muka tidak malu mengutip elaun sebagai Pengerusi Persatuan Bolasepak Penang. Macam ni punya manusia pun boleh ada kat Malaysia ni ye?


http://www.blogger.com/img/blank.gif

Jagdeep dakwa Zahrain punca Pulau Pinang corot
Fakhri Ali


GEORGETOWN, 4 Mei: Kedudukan tercorot pasukan bola sepak Pulau Pinang dalam Liga Premier 2011 dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Menurut beliau lagi, selepas 16 aksi permainan dalam liga tersebut, Pulau Pinang hanya mampu berada di tangga tercorot dengan kemampuan hanya mengumpul satu mata tanpa adanya kemenangan yang telah diperolehi.

"Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah prestasi skuad bola sepak negeri ini, yang pada suatu ketika dahulu pernah digeruni dan menjadi kuasa besar dalam arena bola sepak dengan menggondoli beberapa kejuaraan utama.

"Ini juga adalah berpunca dari Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang tidak berfungsi serta berperanan untuk membawa kejuaraan dan kegemilangan persatuan bola sepak ini,” dakwanya.

Katanya, pengurusan yang tidak cekap itu harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri, dengan mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negeri ini.

Dalam 15 perlawanan yang telah disertai pasukan negeri semuanya tewas dan hanya mencatat seri bagi satu perlawanan sahaja.

Ini, katanya menunjukkan adanya ketidakcekapan dalam pengurusan yang ditadbir oleh Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Zahrain mengisytiharkan wakil rakyat Bebas pada 12 Februari 2010.

Semasa pilihan raya umum 2008 beliau mewakili PKR mengalahkan calon Barisan Nasional, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya 16,589 undi.

3 comments:

Anonymous said...

Kes ni macam kes kerajaan persekutuan dan kelantan. Kelantan kata mereka tercorot dalam pembangunan kerana diskriminasi.

Bolehkah zahrin juga boleh kata beliau didiskriminasi kerana bukan lagi dalam PR?

Lagi satu, sejak bila Zahrin lompat? Zahrin tak lompat ke umno pun. Dia tu bebas. Maksudnya Zahrin ialah MP yang keluar dari PKR, bukannya lompat.

Anonymous said...

kamu ni terlebih pandai.
orang pun tak kata zaharin lompat, namun dia tak ada pendirian aja. macam macam alasan bila kluar pkr.

Anonymous said...

dah kuar pun ngata mcm2 kt pimpinan kerajaan penang...... dah tau x function tu kuar jele..... elaun ambik gak... bikin malu.... keje tara bikin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.