Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 9, 2011

DALIL CUTI HARI JUMAAT - Menjawab soalan Juak2 UMNO

Tulang Besi telah menulis artikel mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia sedangkan cuti umum rasmi Malaysia adalah pada hari Ahad dan bukan Hari Jumaat.

Seorang pembaca Malaysiawaves meninggalkan pertanyaan berikut:

Anonymous said...
Cuba bagi satu dalil agama yang kata umat Islam kena cuti hari Jumaat?
May 9, 2011 4:45 PM


Maka, dengan berbesar hati Tulang Besi membawa dalil yang diminta:

“ Among these Christians, Sunday worship and/or rest eventually became synonymous with a first-day "Christian Sabbath"..

(TERJEMAHAN: Di kalangan majoriti penganut Kristian, Ibadah pada hari Ahad telah menjadi serasi dengan hari pertama “Sabbath Kristian”.)


Jelas, dari WIKIPEDIA, hari Ahad diterima sebagai hari pertama “Sabbath” yang berkaitan dengan ibadah dan kesyukuran penganut agama Kristian.

Walaupun tiada dalil yang mewajibkan cuti hari Jumaat dalam Islam, tapi terdapat DALIL yang jelas HAri Ahad adalah hari ibadat untuk penganut Kristian.

Tindakan UMNO menukar hari cuti dari Hari Ahad ke HAri Jumaat di Perlis dan Johor, satu masa dahulu (terima kasih Muhyiddin Yaasin mantan MB Johor) adalah tindakan memuliakan Hari “Sabbath” orang Kristian serta menjulang tradisi serta amalan penganut agama Kristian.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Sekian

Tulang Besi

ps yang herannya, WIKIPEDIA pun tahu Hari Jumaat tu Hari Cuti dalam Islam:

Islamic rest day
For more details on this topic, see Jumu'ah.

The Quran acknowledges six-day Creation (32:4, 50:38) and Biblical Sabbath (yaum as-Sabt: 2:65, 4:47, 154, 7:163, 16:124), but Allah's mounting the throne after Creation is taken in contradistinction to Elohim's concluding and resting from his labors, and so Muslims replace Sabbath rest with jumu'ah (Arabic: جمعة ). Also known as "Friday prayer", jumu'ah is a congregational prayer (salat) held every Friday (the Day of Assembly), just after midday, in place of the otherwise daily dhuhr prayer; it commemorates the creation of Adam on the sixth day. The Quran states: "When the call is proclaimed to prayer on Friday, hasten earnestly to the Remembrance of Allah, and leave off business: That is best for you if ye but knew" (62:9). The next verse ("When the prayer is ended, then disperse in the land ...") leads many Muslims not to consider Friday a rest day, as in Indonesia; but many Arab countries, such as the United Arab Emirates, do consider Friday a rest day, and others, like Pakistan, half a rest day (after Friday prayer is over). Attendance is strictly incumbent upon all free adult males who are legal residents of the locality.

16 comments:

andi said...

memetik kajian yang saudara dapat dari wikipedia

1.wikipedia bukan kitab agama untuk kita buat rujukan mengenai hal2 agama.
2.wikipedia adalah sekumpulan maklumat yang dikumpulkan sebagai pengetahuan secara am.
3.merujuk kepada petikan yang diambil oleh saudara
"When the call is proclaimed to prayer on Friday, hasten earnestly to the Remembrance of Allah, and leave off business: That is best for you if ye but knew" (62:9). The next verse ("When the prayer is ended, then disperse in the land ...")"

tidaklah dikatakan untuk kita selepas sembahyang jumaat untuk bersama-sama mengeratkan silaturrahim sesama islam atau jiran2 anda, tetapi sebaliknya "apabila setelah selesai maka bersurailah kamu/berteraburlah kamu" amatlah diharap sekiranya saudara memberi dalil2 yang lebih jitu kalau boleh biarlah dari mana2 kitab islam bagi mengukuhkan pendapat2 saudara.

Anonymous said...

Biasala lembu2 Parti Anak Syaitan ni yang bertuhankan Father Nick Najis, Pope agama PAS di mana syurga mereka adalah jamban belakang rumah Father Nick.

Anonymous said...

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei ini.

Anonymous said...

62 [9]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

62 : [10]
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Note : sebelum sembahyang - tinggalkan jual beli > tak cuti

selepas sembahyang - carilah apa yang dihajati > rezeki tu > tak juga sebut cuti atau rehat.

Allah Maha Mengetahui. Dia tak tetapkan hari cuti.

Yang tetapkan hari cuti pada hari Ahad cuma paderi-paderi. bukan injil. dan satu dunia dah ikut cuti sabtu ahad.

Kalau Islam cuti hari lain, susah pula nak berniaga, forex, dan berurusan international. Kita cuti, depa kerja, depa kerja kita cuti. macam mana nak berjaya?

> "...supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." ??

Kau dah qatam kitab Wiki, TB?

Asrol Budi said...

cuti pada hari jumaat lebih baik kerana Hari Jumaat adalah Penghulu bagi segala hari. Pada hari jumaat juga mereka yang bercuti dpt memperbanyakkan amalan sesuai dengan pahala yang berlipat kali ganda. Nanti kat akhirat mereka ni senang bagi alasan.. " Kenapa tak solat Jumaat?" pastu diorang jawab "sebab sibuk ngan kerja " hehehehehe

Tulang Besi said...


Yang tetapkan hari cuti pada hari Ahad cuma paderi-paderi. bukan injil. dan satu dunia dah ikut cuti sabtu ahad.
.

yang menetapkan cuti Jumaat adalah tafsiran ulama2 Islam.

Ertinya UMNO telah meninggikan ajaran paderi2 Kristian berbanding ajaran ulama2 Islam.

Akhirnya mengaku jugak juak2 UMNO ni mereka meninggikan ajaran paderi Kristian berbanding ajaran ulama2 Islam.

krass said...

kalau cuti jumaat :
1. boleh datang awal ke masjid..boleh solat sunat dgn sempurna,
2. boleh dengar kutbah jumaat dgn sempurna (ada yg solat sunat semasa kutbah jumaat... mana yg penting, solat sunat atau mendengar kutbah jumaat),
3. imam boleh baca doa dengan tenang, panjang sikit dan sempurna,
4.boleh buat majlis kuliah agama selepas solat jumaat.. anak jemaah lebih ramai,
5. dll...

kalau kerja hari jumaat:
1. ada yang tak solat jumaat (pernah ada kes majikan kilang tak benarkan pekerja islam solat jumaat..),
2. ramai yang tiba lambat ke masjid (semasa kutbah sedang disampaikan)..pastu solat sunat (solat jumaat hanya 2 rakaat daripada solat zohor yang 4 rakaat semata-mata memberi laluan kepada kutbah.. jadi mendengar kutbah itu hukumnya... tanyalah ustaz.. kita pun dilarang bercakap2 semasa kutbah..fikir2lah),
3. imam terpaksa baca doa yang ringkas sebab nak kena hantar anak ke sekolah untuk sesi petang pada pukul 2.20 ptg.. heehee,

Anonymous said...

Kepada semua pencacai UMNGOK yang sememangnya amat dikehendaki 'kebodohan' dan 'kedungu' annya...soalnya sekarang, kenapa hari ibadat orang kristian kita bagi cuti? Bukan kah lebih mudah orang2 Islam mengerjakan sembahyang jumaat tanpa perlu memikirkan tergesa2 nk ke tempat kerja, doa pun tak sempat, jalan jem...tapi ini lah tahap pemikiran pencacai2 UMNGOK...mereka2 lebih suka pertikai dengan hujah2 bodoh yg sesuai dengan kebodohan mereka...

Anonymous said...

Umno tukar cuti jumaat kepada ahad sebab puak2 umno nak galakan orang melayu baca bible. Kalau hari jumaat semua melayu kena baca quran. Jadi untuk menyesatkan melayu itulah dibuatnya. tak caya tanya Shahidan kassim yang dah kena sumpah hari jumaat.Jatuh tergolek jawatan MB.Tu pun masih tak sedar diri. Orang perlis kena bangkit menentang parti perosak agama seperti umporno.

Anonymous said...

Masa zaman Nabi saw dah pakai sistem kalender Gregorian ke? Setahu saya masyarakat Arab pada masa itu mengira hari dalam satu cycle kedudukan bulan, 28 ke 30 hari .... oleh itu hari tidak dinamakan kitaran tujuh hari seminggu spt kalender Gregorian. Ada sesiapa yg lain kefahamannya? Boleh kita bertukar2 pendapat utk percambahan ilmu.

Anonymous said...

Satu lagi puak2 bodoh umno ni tak faham ayat2 yang dia sendiri tuliskan.

62 [9]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

maksud ayat ini mengatakan sekiranya sesiapa yang datang selepas dari azan yang pertama, maka sembahyang jumaatnya pada hari itu tidak sah. Jadi kalau kerja hari jumaat konform 80% mereka yang datang adalah lambat. Sia-sia sembahyang mereka pada hari tu. So itu menunjukkan cuti hari jumaat adalah lebih afdal kerana para jemaah akan terlepas dari ikatan kerja.BONGGOK!

Anonymous said...

Dalam Tulang **** sibuk membidaahkan sumpah Eskay, rupa-rupanya Tulang **** ni ulama wikipedia.

Tafsir al-Quran ikut wikipedia. Baguslah haji Tulang ****

Anonymous said...

umno = bodoh & bahlol!

andi said...

anon May 9, 2011 10:45 PM, minta maaf nak tanya dari dalil atau fatwa yang mana anda pakai
"maksud ayat ini mengatakan sekiranya sesiapa yang datang selepas dari azan yang pertama, maka sembahyang jumaatnya pada hari itu tidak sah. "

tolong jelaskan sikit?

krass-
1.itulah gunanya hak pekerja atau persatuan pekerja.
2.kebanyakkan syarikat swasta telah pun membenarkan pekerja keluar awal untuk ke solat jumaat.(jadi apa lagi alasan untuk tidak tiba awal ke masjid?)
3.Tolong bagi dalil yang mengatakan imam harus membaca doa yang panjang2 selesai solat jumaat.
4.minta tolong rujuk balik pandangan anon May 9, 2011 8:30 PM

Tulang Besi May 9, 2011 8:51 PM
"yang menetapkan cuti Jumaat adalah tafsiran ulama2 Islam.

Ertinya UMNO telah meninggikan ajaran paderi2 Kristian berbanding ajaran ulama2 Islam.

Akhirnya mengaku jugak juak2 UMNO ni mereka meninggikan ajaran paderi Kristian berbanding ajaran ulama2 Islam."

inilah yang dinamakan tolenrasi dalam islam, sebab tulah bila tulang besi bukak artikel ni ada yang minta tolong tunjuk dalil yang mengatakan umat islam harus untuk cuti pada hari jumaat.Tapi sebaliknya apa yang tulang besi buat adalah lebih kepada mencari salah, tanpa memberi penjelasan yang jelas kenapa kita patut cuti hari jumaat.

Anonymous said...

Anonymous 10:45pm, bahana terlalu tepu otak membodohkan orang, anda tidak pula dapat menjawab persoalan yg diutarakan oleh Anonymous 10:39pm. Fakta sdr, mana fakta? Mana dia kaitan jwpan sdr terhadap soalan oleh Anonymous 10:39 tu? Sdr tahu ke tidak sejarah awal Islam pada zaman Rasulullah saw? Apa kene mengena soalan saya dengan attribute umno? Mana sdr tahu atau dapat bukti saya ni umno? Bukankah saya mengajak kepada perbincangan yg boleh membawa kpd percambahan ilmu? Sdr tahu ke sejak bila mula2 takwim Islam diujudkan? Takwim Islam tidak sama dengan kalender Gregorian, ciptaan paderi Kristian bernama Gregorian. Hairan, macam mana pulak aktiviti2 ibadah umat Islam menggunakan kalender Gregorian, iaitu lebihkurang ada 4 hari Jumaat dalam satu kitar fasa bulan, sedangkan mengikut takwim Islam,tiada satu hari dalam cycle satu bulan yg berulang! Ni, sure sdr tak tahu, kan? Lagi satu sdr, mengikut bahasa Arab, hari Ahad hinggalah hari Khamis dan juga Sabtu dipanggil "yaumal Ahad, yaumal Ithnaini, yaumal Thalatha, dan seterusnya mengikut bilangan angka. Tiba aje hari ke6, kenapa pulak tdk dipanggil yaumal Sittah, sdgkan hari ke7 boleh pulak dipanggil yaumal Sabth? Ada kepala otak sdr bertanykan ini? Gerenti tkde, beza para penghafal dengan orang yg belajar dgn mengkaji dan menyelidik!

Anonymous said...

Banyak kebaikkan cuti umum pada hari Jumaat. Dapat bawa family masing2 ke masjid, dengan itu penduduk kwasan perumhanan dpt berjumpa. Dapat dtg awal ke masjid ( pahala spt korban seekor unta : boleh tgk youtube ceramah dari hamza yusuf : Honoring houses of God). Persiapan ke masjid lebih rapi (mandi sunat). Masa mencukupi utk beribadah, tidak terkejar2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.