Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 11, 2011

Lagi Maklumat Berkaitan Percubaan Membunuh Anwar Ibrahim

NOTA EDITOR: Kalau kereta Proton kita boleh percayalah skrew ni tercabut, skrew tu tercabut. Tapi ni kereta Mercedez. Skrew kecik dalam tempat memandu pun susah nak tercabut, inikan pula skrew pada brek (yang amat penting dan berkait dengan keselamatan).

Cukup saya katakan, percubaan membunuh Anwar semasa Anwar masih Timbalan Perdana Menteri lagi.





Pemandu dakwa kesan usaha mahu bunuh Anwar, brek kereta diusik
TERKINI @ 06:16:05 PM 10-05-2011
Oleh Clara Chooi
May 10, 2011


PETALING JAYA, 10 Mei — Pemandu Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu.

Laporan polis dibuat di balai polis Tropicana di sini petang ini oleh pemandu Anwar (gambar), Abdullah Sani Said.

Balai polis itu terletak beberapa pintu dari ibu pejabat PKR di sini.

Abdullah Sani, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350 bernombor KCD 77.

Katanya, kereta itu dipinjamkan kepada Anwar oleh rakan beliau.

Ketika kejadian kata Abdullah Sani, dia dan seorang pembantu Anwar iaitu Mohd Nurol Sayah baru sahaja mengambil isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dari satu majlis PKR di Chemor dekat Ipoh.

“Ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 1 tengah hari, sebelum susur keluar Sungkai dekat KM353, sebuah lori secara tiba-tiba memotong ke arah laluan kanan dan memaksa saya menekan brek kereta,” katanya dalam laporan polis dibuat hari ini.

Abdullah Sani berkata, ketika dia cuba menekan brek keretanya, Mercedes S350 dipandunya mula menggetar dengan kasar.

“Saya dengar bunyi seolah-olah ada yang bunyi kasar dari bahagian belakang.

“Secara tiba-tiba tayar belakang seolah-solah terkunci dan tersekat, memaksa saya sedaya upaya memandu kereta ke arah bahu jalan,” katanya.
Kata Abdullah Sani, pemeriksaannya mendapati ada serpihan cakera brek kereta yang telah berpecah di atas jalan.

Katanya, dia dengan segera menghubungi kereta tunda di Slim River dan kereta itu dibawa ke bengkel RCY Benz di Glenmarie, Shah Alam untuk pemeriksaan.

Di bengkel, kata Abdullah Sani, dia dimaklumkan oleh mekanik bahawa cakera brek bahagian belakang kehilangan satu ‘pin bolt’, yang lazimnya berperanan sebagai penyokong kaliper brek.

“Saya dimaklumkan mustahil bagi ‘bolt’ terkeluar tanpa diusik,” katanya.

Kata Abdullah Sani, berdasarkan penjelasan mekanik, adalah jelas bahawa “ada pihak” yang telah cuba untuk mengusik kereta dengan matlamat mahu “menyebabkan kecederaan atau membunuh” ketua pembangkang atau anggota keluarganya.

“Dan, atas nasihat mekanik, ini menunjukkan bahawa ada elemen sabotaj, dengan melihat kenderaan ini selalu digunakan oleh Anwar,” katanya lagi.

Kata Abdullah Sani, dia khuatir tentang keselamatan dirinya dan ketuanya, oleh itu berharap polis akan menjalankan siasatan dengan segera.

Aduan Abdullah Sani disusuli dengan laporan daripada mekanik bengkel, Azman Hassan.

Dalam deklarasinya, Azman mengesahkan “mustahil bagi ‘pin bolt’ untuk terkeluar dengan sendirinya tanpa diusik oleh mana-mana pihak.

“Saya mendapati punca insiden disebabkan oleh kehilangan satu ‘pin bolt’ pada kaliper brek.

“Untuk pengetahuan anda, perlu ada dua ‘pin bolt’. Kehilangan salah satunya yang menyebabkan keseluruhan sistem brek sebelah kanan di bahagian belakang kereta rosak,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, kata Azman, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai mekanik dan pakar dalam kerja-kerja menyelenggara kereta Mercedes Benz selama tujuh tahun, mustahil bagi ‘pin bolt’ terkeluar dengan sendirinya.

Di luar balai polis, wakil Lawyers for Liberty Murni Hidayah Anuar yang menemai Abdullah Sani berkata, dia membuat laporan kira-kira sebulan selepas kejadian kerana mereka menunggu laporan siasatan mekanik.

Abdullah Sani berkata, dia pernah memeriksa sistem brek kereta itu Oktober lalu dan tidak mengesan sebarang kekurangan pada kenderaan itu.

3 comments:

orexero said...

kalau orang Umno diorg tanye.. kenape dah sebulan semalam baru buat report?

matpanah said...

aku tak nak tanya itu, aku cuma nak tanya, apa cerita dgn kes lari sembunyi kat kedutaan turki dulu? kes arsenik? kes disuntik virus hiv?

Anonymous said...

Macam mana nak sabotaj anwar padahal kereta tu Wan Azizah ikan sepat kering punya. Awatlah bangang sangat penyokong PR ni. Elok juga ikut saranan wali selipar jamban supaya jilat tapak kaki, bontot dan telur anu war sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.