Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 18, 2011

Mesti Boikot Kedai Mamak..


Tulang Besi mencadangkan supaya penyokong/pendokong Pakatan Rakyat memboikot kedai-kedai mamak. Ini kerana lebih ramai penyokong/pendokong Pakatan Rakyat yang minum/makan di kedai mamak berbanding penyokong/pendokong UMNO.

Penyokong/pendokong UMNO biasanya berjumpa dan menghabiskan masa di "Coffee House" di hotel-hotel seluruh Malaysia. Mereka berbuat begitu kerana mereka banyak duit.

Tidak seperti penyokong/pendokong PR yang sentiasa sengkek dan takda duit. Terpaksa menghilangkan dahaga di restoran2 mamak.

Dengan sokongan KIMMA yang terbuka kepada UMNO jelas satu penghinaan pada penyokong/pendokong Pakatan Rakyat. Maka, wajiblah kita MEMBOIKOT kedai-kedai Mamak. Biar kedai-kedai Mamak ni bergantung harap kepada orang2 UMNO yang majoriti lebih suka minum/makan di Coffee House.

Mamak2 kat MAlaysia ni tak sedar diri. Di mata UMNO, mereka ni setaraf dengan "pariah" aje. MElayu2 UMNO ni, sebelah mata pun tak pandang diorang ni. Tapi, mereka ni terhegeh-hegeh nak sokong UMNO.

Cumanya, yang Tulang Besi hairan, mamak2 yang buka kedai runcit, rata-rata penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Dengan kata lain, kalau kedai runcit tu tuan punyanya adalah mamak, maka jangan terus boikot kerana rata-rata mereka ni penyokong kita.

Tulang Besi sendiri kenal satu kedai mamak di Kampung Tunku, PJ dekat dgn Sekolah Menengah Sri Aman yang menjadi penyokong PAS yang sangat tegar mengalahkan Tulang Besi. KEdai runcit dia siap jual Harakah walaupun masa Mahathir pegi ban Harakah.

Pernah satu masa Tulang Besi nak dapat Harakah sikit punya susah, Tulang Besi pegi pada kedai dia.

Rasanya, petanda paling mudah adalah mereka ni jual Harakah/Suara Keadilan/Roket atau tidak.

Jarang Tulang BEsi tengok restoran-restoran Mamak jual Harakah/Suara Keadilan/Roket. TAPI, semua restoran Mamak ni jual Utusan Meloya/Berita Hairan dan semua akhbar UMNO.

Jadi, kalau kedai runcit/kedai buku/stall suratkhabar tak jual akhbar kita, pakat2 kita boikot.

Sekarang ni pun dah banyak restoran MElayu. Pakat pakat lah minum kat restoran MElayu.

Tulang Besi teringat reformis Nora masuk kedai Mamak lepas tu nampak gambar Mahathir. Terus Reformis Nora tu bangkit sambil meludah dan keluar dari restoran Mamak tu.

Kita kena ajar sikit diorang ni. Biar diorang respek sikit kat kita. Diorang kena ingat langit tinggi rendah. Jangan mudah2 ludah kat muka kita lepas tu harap kita nak dokong diorang.

Kita tak mintak diorang tunjuk sokongan kepada kita secara terbuka. Tapi, hormatlah pada kita penyokong/pendokong Pakatan Rakyat. Kalo ko buleh tunjuk sokongan kepada UMNO/BN, kitorang pun boleh tunjuk protes kitorang.

Tulang Besi

ps Restoran2 Mamak ni ada persatuan namanya PRESMA

Presiden Kimma dilantik senator

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari.

The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim (gambar), 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu.

“Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

“Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu,” kata sumber ketika dihubungi.

Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.

Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.

Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan. -TMI

Ulasan GB

KIMMA, sama seperti Ezam Mohd Noor, ke hulu ke hilir membodek Najib dan UMNO, maka diberi anugerah Senator. Tengok di bawah, baik punya bodek!

19 comments:

adam narzuan said...

huhuuhu.. dasyat diorang nie... kalau kat kedai org PR datang diorg cakap PR bagus. Kalau BN yang datang cakap BN plak bagus. huhuhu. dah habit diorang macam 2.. pusing-pusing macam gasing.
Rasanye kalau PR yang memerintah diorang akan sokong PR plak.. Pandai-pandai kita nilai yer..

Anonymous said...

Nak tengok penyokong Kimma tengoklah di kedai mamak.

Anonymous said...

cukup! jgn libatkan tempat makan dgn politik!!! aku pun sokong PR..tapi ada batasnya! tolong jgn buat macam tu...gambar PM wajib ada kat kedai macam agong...MB pun ada...mb selangor ada kat kedai yg di selangor pun...org mamak nak cari makan...biar dia cari makan sendiri...pasal mahathir tu mamak itu dia punya pasal...org umno pun melayu...mana ada org kutuk org melayu atau boikot kedai melayu? kebanyakan kedai mamak adala neutral...hang jgn masuk campur kacau tempat makan semua....biar! ada byk cara nak tunjukkan sokongan kat parti...sokongan kat parti dan kesetiaan kpd parti pun kena guna AKAL!!!

Anonymous said...

to anon 12.46pm

itu la dia kita ni kekadang akal letak kt lutut. sampai kedai makan pun nk dipolitikkan.. cukup2 la tu..

Tulang Besi said...

ni bukan soal politik, ni soal maruah. Bila KIMMA ni secara terbuka sokong UMNO, diorang secara otomatik menghina penyokong/pendokong Pakatan Rakyat yang lebih ramai menjadi pelanggan diorang.

Jadi, kita kena ajar mamak2 ni adab.

Itu je? Salah ke?

Kita belasah TV3 sebab dia jadi alat UMNO, sama lah macam KIMMA/ Kedai2 Mamak ni.

Apa masaalahnya?

Anonymous said...

TB ajar orang islam boikot business orang Islam. Cuba TB bagi satu dalil dari Al-Quran yang suruh orang Islam jahanamkan business orang Islam.

Mungkin TB nak jahanamkan business orang Islam supaya kita semua boleh pi lepak kat kedai bak kut teh puak DAP.

zakwan said...

Your logic is a little flawed, TB
We have a mamak PM/tyrant/firaun for 22 years
You didn't hear anybody urging a boycott
We have mamaks currently in the cabinet
One is a backdoor minister who got her ass kicked by Puteri Reformasi
Another is the Second Finance Minister who is pretty much incompetent in his work
And let's not forget the coup de tat MB from Pangkor
One look at his face and you'll express disbelief that a guy of his skin colour is actually a member of UMNO

The way see it, this call to boycott is long overdue
After following the political developments in the last 3 years, I can conclude that UMNO's strongest mamak vote bank is at Penang
We've seen all those demos organized by the BN opposition consisting of delusional mamaks, thinking that they are Malay bumiputras
So, I suggest boycotting all those nasi kandar joints in Penang only
A nationwide boycott may further alienate the Indian Muslims from joining the PR fold

Anonymous said...

sabungan dari anon 12.46pm:

TB salah...ada juga org PR berkawan dgn org umno...ini saya pernah tengok...kat parlimen pun sama...org umno lepak dgn org parti pembangkang lain...ideologi politik berbeza...tetapi kalau jumpa kat luar semua lain...tapi pandangan bercanggah...saya sokong PR...sepupu saya org kuat umno/perkasa...tapi kami masih rapat...bukan semua kedai mamak sokong Kimma...kalau sokong pun kenapa takboleh? umno org melayu masuk..kimma org mamak masuk..itu dia punya pasal la...kita kat PR sokong pr pasal tak tgk warna kulit dan nak kecekapan utk perintah agar semua rakyat m'sia bahagia...pada masa...org mamak tak ada sesiapa utk wakilkan mereka kalau ada apa2 isu....kdg2 org PR pun macam tak layan org mamak...saya pun kdg2 dlm dilemma pasal sokongan saya kpd PR...tapi takpe...lebih baik sokong PR dari BN...saya masih ada kepercayaan kpd PR...tapi TB kena guna akal baik2...pasal org macam TB yg gungho pasal kutuk umno/bn yg buat org neutral takut kat PAS/PR...tolong sedar apa yg TB sedang buat....islam juga mengajar kita belajar dari kesilapan...ambik nasihat dari saya ini secara logik dan fikir baik2 dan TARIK BALIK posting ini! kalau tak, boleh lupakan putrajaya.....kimma bukannya parti besar...saya mamak pernah pergi function depa...duit byk...org tak aktif...yg aktif pun hanya yg kaya2 ajer....nasihat saya ialah jgn ambik serious sangat pasal KIMMA ni....dan kalau nak attack BN/umno guna akal sikit...sokong parti politik mana2 kena guna akal...

Anonymous said...

kau aje lah boikot...suka hati dia lah nak sokong siapa...dah pas macam sial sanggup jual agama untuk dapat kuasa...

Anonymous said...

Nasib baik lah india muslim pandai berniaga...jadi naiklah sikit statistik ekonomi muslim di malaysia ni...harapkan pak pak lebai pas yg asyik melalak dlm ceramah apa satu sen pun tak menyumbang kepada ekonomi org islam...malah mereka asyik mintak sedekah jer......now depa nak boikot mamak....hahahahah alamat depa makan kat kedai roniie liew laahhh....kopitiam DAP....

Anonymous said...

macamana mamak boleh nama syed ?

matpanah said...

sikit-sikit boikot,
sikit-sikit boikot,
drpd dulu sampai sekarang entah dah berapa banyak diboikot, tapi hasilnya apa?

rasional la sikit, bro.
bercakap pasal demokrasi berdegar-degar, tp pada masa yang sama...hampeh!

biar la Kimma nak sokong sapa pun. tu hak dia org. lg pun takkan semua ahli kimma tu sokong BN? sama la mcm dalam Perkasa; bukan semuanya UMNO, ada juga penyokong tegar PKR dan PAS kat dalamnya.

Anak Perelih said...

http://www.malaysiakini.tv/video/21621/protesters-issue-call-defend-utusan-at-all-costs.html

PemUda KIMMA... singkatannya = PU KIMMA

Anonymous said...

Mamak terpaksa sokong BN sebab senang jalan bisnes la bro..Nanti tak dapat permit ambil pekerja mcm na...Diaorang ni slalu kena kacau oleh pihak berkuasa,dia orang ni bangsa yang kuat cari duit.Sebenarnya depa ni tahu siapa yang patut dipilih.TB sesekali apabila jumpa tauke kedai sambil pekena teh ajak la dia sembang dan dengaq rintihan depa.KIMMA tu hanya sebagai talian hayat bisnes depa.Jangan la nak boikot je ...sebab ada depa ni la dapat juga kita tengok kedai orang islam di pekan-pekan besaq...(Jangan lah emosi seperti puak tu...rasis la)

Anonymous said...

Mamak terpaksa sokong BN sebab senang jalan bisnes la bro..Nanti tak dapat permit ambil pekerja mcm na...Diaorang ni slalu kena kacau oleh pihak berkuasa,dia orang ni bangsa yang kuat cari duit.Sebenarnya depa ni tahu siapa yang patut dipilih.TB sesekali apabila jumpa tauke kedai sambil pekena teh ajak la dia sembang dan dengaq rintihan depa.KIMMA tu hanya sebagai talian hayat bisnes depa.Jangan la nak boikot je ...sebab ada depa ni la dapat juga kita tengok kedai orang islam di pekan-pekan besaq...(Jangan lah emosi seperti puak tu...rasis la)

Anonymous said...

jangan salah faham sebenarnya kepimpinan UMNO itu sendiri didominasi oleh minoriti MAMAK. Ssipa mahathir kutty reezal merican NAINA merikcan maohamad noor yaacop sharizat jalil rahim baling rahim thamby cik dan lain lain.Cuma melayu bodoh anggap mereka ini melayu Keturunan ini akan menyelinap masuk utk merebut kuasa kerana mereka tahu MELAYU MUDAH LUPA

Anonymous said...

KIMMA puKIMMAK.

Anonymous said...

inilah mentaliti orang melayu..mane nak maju klo cmni perangai..

Anonymous said...

Aku ni tak nak lah komen tentang boikot. Yang aku tak sedap tu bila baca slogan " Kimma berdiri teguh di belakang UMNO dan BN".Sebab masa ni puak2 UMNO ni suka tonggeng buntut.. di belakang ada Kimma berdiri tegap dan teguh (tegang?)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.