Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 25, 2011


Hairan juga Tulang Besi. Mengapa MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) yang dianggotai bekas-bekas wakil rakyat UMNO menyokong kedua-dua calon Timbalan Presiden (Tuan Ibrahim dan Nasaruddin Mat Isa) tapi menolak Abg Mat Sabu?

Mengapa begitu semangat dan gembira sekali mereka dengan kedua-dua calon ini Tulang Besi tidak tahu.

Cumanya, apabila seseorang itu solat, tapi SYAITAN menyukai solatnya ertinya solat itu bathil atau tertolak. Ini kerana tidak mungkin syaitan menyukai seseorang yang melakukan amal kebaikan yang diredhai Allah SWT.

Dalam kes ini, MUBARAK yang pekat UMNO menyukai kedua-dua calon ini. Tulang Besi amat risau dan gusar. Apakah ini petanda yang tidak baik kepada PAS?

Tulang Besi masih ingat sewaktu pemilihan 2009 dahulu, KESEMUA BLOG UMNO menyatakan sokongan terbuka kepada Nasaruddin Mat Isa. BLogger2 UMNO yang sama ini juga bertanggungjawab menyebar fitnah dan melakukan Qazaf dengan terbuka. Blogger2 UMNO yang sama yang menuduh pemimpin2 tertinggi PAS berzina dan ada hubungan seks haram di dalam keretapi.

Tak termasuk menuduh Anwar meliwat Saiful tanpa 4 saksi yang secara otomatik menjadikan mereka ini blogger2 Fasik.

Blogger2 yang sama ini juga telah memberikan sokongan terbuka kepada Nasaruddin Mat Isa pada tahun 2009. Bukan setakat itu, mereka merayakan kemenangan Nasa dengan perasaan yang sangat sangat gembira pada tahun 2009.

Sekarang ini MUBARAK pula membuka mulut memberikan sokongan kepada Tuan Ibrahim dan Nasaruddin Mat Isa.

Kenapa hati Tulang Besi gundah gulana terhadap sokongan terbuka ini?

MUBARAK: Ada sinar perpaduan Umno-PAS
Jimadie Shah Othmanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Mei 25, 11
2:16pm


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) positif masih ada sinar harapan untuk usaha perpaduan PAS-Umno kerana hasrat itu masih terbenam di lubuk hati sebahagian pemimpin kanannya.

Enggan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kedua-duanya 'OK'.

NONE"Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif yang berbeza. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud.

"Cuma hendak merungkainya sahaja," katanya ketika ditanya sejauh mana keputusan pemilihan PAS akan mempengaruhi kerjasama kedua-dua parti Melayu itu di masa akan datang.

Pemilihan PAS kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nasharudin sebagai penyandang, Tuan Ibrahim dan bekas naib presidennya Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, antara kesemua mereka, Mohamad dilihat paling anti-Umno, yang berkemungkinan menutup rapat pintu rundingan dengan Umno sekiranya berjaya memenangi kerusi nombor dua itu.

Kesal anggota miskin tegar

Nasharudin pula sebelum ini dikaitkan dengan 'rundingan sulit' dengan Umno semasa pemerintah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Aziz bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada anggota PAS sendiri bagi menentukan pemimpin pilihan mereka.

azlanIni kerana, tambahnya, beliau belum melihat profil kesemua calon yang bertanding dalam pemilihan parti Islam itu kali ini.

Ditanya sekali lagi tentang siapakah calon pilihannya, sambil ketawa, beliau tetap enggan menyatakannya dengan jelas.

Muktamar PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di markaz tarbiahnya di Gombak.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menyatakan kekesalan ekoran terdapatnya anggota MUBARAK yang didakwa masih berstatus miskin tegar dan harus mendapat pembelaan.

Selaras dengan itu, tambahnya, majlis yang dipimpinya itu menubuhkan Gabungan Koperasi MUBARAK bagi merancakkan ekonomi negara, sekali gus, membantu anggotanya.

1 comment:

sokongpr said...

bagi tajuk utk mudah link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.