
Tulang Besi tidak nampak jalan lain lagi. Tulang Besi merasakan media milik UMNO sudah semakin menjadi-jadi.
Tulang Besi ingin mendesak kepimpinan Pakatan Rakyat memboikot media-media milik UMNO. Media-media ini adalah:
1.0 Utusan Malaysia
2.0 Utusan Kosmo
3.0 Berita Harian
4.0 New Straits Times
5.0 RTM
6.0 TV3
Bentuk boikot adalah, antara lain:
1.0 Menghalang wartawan-wartawan media UMNO dari menghadiri mana-mana sidang akhbar Pakatan Rakyat atau parti-parti komponen Pakaan Rakyat
2.0 Menghalang mereka membuat liputan apa-apa program Pakatan Rakyat atau parti-parti komponen Pakatan Rakyat
3.0 Menghalang serta melarang media-media milik UMNO dari membuat liputan di atas apa-apa program kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat
4.0 Melarang media milik UMNO dari membuat liputan Persidangan DUN dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat
5.0 Melarang wartawan-wartawan UMNO menghadiri sidang-sidang akhbar yang dianjurkan kerajaan2 Negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.
6.0 Meminta rakyat Malaysia supaya jangan membeli, membaca atau menonton media-media milik UMNO.
2.1 Sekarang ini, melakukan sedemikian lebih mudah memandangkan wujudnya media
alternatif yang lebih meluas
Program boikot Media UMNO ini lebih mudah dilakukan sekarang berbanding sebelum Pilihanraya 1999 yang lepas. Ini adalah kerana media alternatif (internet) jauh lebih meluas sekarang berbanding dahulu.
LARANGAN MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM PAKATAN RAKYAT SELARAS DENGAN PRINSIP KEBEBASAN MEDIA
Ada kepimpinan PAkatan Rakyat mengatakan kempen boikot media ini berlawanan dengan prinsip kebebasan media. Seolah-olah kita akan mengorbankan prinsip kebebasan media apabila kita memboikot media di Malaysia.
Saya rasa hujjah ini hujjah yang dangkal lagi cetek. Mereka yang membawa hujjah ini TIDAK FAHAM apa yang dimaksudkan dengan kebebasan media.
Kebebasan media tidak bermakna kita boleh membiarkan fitnah dan dusta. Kebebasan media hanya menjamin kebebasan seseorang melaporkan perkara yang benar dan berasas. Adapun fitnah dan pembohongan, ianya tidak dijamin di bawah prinsip kebebasan media.
Apabila Pakatan Rakyat memboikot media, ianya semata-mata mahu melindungi diri kita dari fitnah dan pendustaan yang melampau-lampau. Itu sahaja.
Tiada kena mengena dengan mengengkang kebebasan media.
Sedih Tulang Besi dengar pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang menyokong media2 milik UMNO ini.
Ertinya ada kepimpinan Pakatan Rakyat yang menyokong budaya fitnah dan dusta serta qazaf.
Tulang Besi
Kata pakatan rakyat mahukan kebebasan media...kenapa perlu boikot....takut menghadapi media perdana?......dunia demokrasi penuh kebebasan...jgn sekat media la bro...meeka hanya buat kerja mereka...
ReplyDeleteanon 6.19pm
ReplyDelete"...hanya buat kerja mereka..."?
a regular thief comes visit your house at nite, EVERYNIGHT, you still let him in?
look at utusan.... and this toilet paper's reporting quality and standard of professionalism...
lower class than tabloids.
4RAKYAT
Inilah contoh hipokrisi mereka yang mengaku memperjuangkan kebebasan. Realitinya ialah kebebasan hanyalah apa yang memihak pada mereka. Kebenaran itu hanya apa yang menguntungkan mereka.
ReplyDeleteBerapa kali mau tipu orang ha
Syabas Tulang Besi! Kita berharap semua Raayat Malaysia yang bertanggungjawab bukan setakat boikot tapi bakar semua surat kabar bohong dan tipu.
ReplyDeleteKalau nak memikat pengundi orang Melayu dan Islam jangan sampai berfitnah dan menghancurkan kedamaian bangsa kita.