Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, May 8, 2011

PAS Wajib Kembang Sayap di Singapura. UMNO Singapura Tak Boleh Harap

Walaupun negara dah berubah, perangai UMNO tu tak boleh hilang. Seperti pepatah orang tua-tua:

”TELAGA YANG KERUH ITU TIDAK MUNGKIN MENGALIR AIR YANG JERNIH DARINYA?”


Sedih Tulang Besi melihatkan UMNO Singapura (PKMS) yang seperti tidak wujud di dalam pilihanraya yang baru tamat ini.

Sedih memikirkan UMNO Singapura yang mempunyai bangunan sendiri bernilai jutaan Dollar Singapura.

Bukan setakat itu, UMNO Singapura juga sebuah parti yang berdafar dan sah di sisi undang-undang Singapura.

Namun, pilihanraya baru-baru ini seperti UMNO Singapura tidak wujud. Tiada rapat umum yang dianjurkan, tiada kenyataan umum, tiada kempen dsbnya.

Yang kita tahu UMNO Singapura terkenal dengan pergaduhan fizikal sesama sendiri di bulan Ramadhan beberapa tahun lepas kerana berebut jawatan. (Sila ke blog ini untuk maklumat lanjut)

Apa punya jenis manusia, dah tua-tua pun boleh bertumbuk dan baling pasu depan orang ramai di tengahari bulan Ramadhan angkara merebut jawatan.

Padahal cawangan UMNO Singapura lebih tua dari parti PAP sendiri.

Maka, oleh kerana UMNO Singapura tak boleh diharapkan, sudah tiba masanya PAS melebarkan sayap mereka ke Singapura demi mempertahankan kedaulatan Islam dan Hak Istimewa Orang Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Singapura

Kerajaan Singapura tidak boleh mengharamkan atau menangkap pemimpin UMNO Singapura sekiranya mereka memperjuangkan Hak Istimewa Orang Melayu di Singapura kerana Hak Istimewa Orang Melayu termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Singapura.

Namun, kewujudan UMNO di Singapura seperti hidup segan mati tak mahu.

Bayangkan, kalau ada kempen yang agresif kepada orang Melayu di Singapura pilihanraya lepas, nescaya pembangkang Singapura menang lebih banyak kerusi dan boleh menyebabkan PAP terpaksa mendengar rintihan orang Melayu dengan lebih serius.

Tapi nak buat macamana, UMNO Singapura pun macam UMNO Malaysia, tak boleh diharap untuk mempertahan hak orang Melayu. Ada tanah rezab Melayu, UMNO boleh gadai, inikan pula nak bela Melayu (Rujuk bukti dokumentasi di sini)

Tulang Besi

4 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

ELOKLAH JUGAK. DAH BERKUBUR DI MALAYSIA CUBA NASIB DI SINGAPURA.

NANTI DAH BERKUBUR DI SINGAPURA BERJUANG PULAK DI INDIA...

Anonymous said...

undi pas masuk syurga, undi umno jahiliah...kah..kah..kah

Anonymous said...

UMNO kan parti bahalol, tau hidup makan suap dan jual hak Melayu saja. eloklah jika UMNO Singapura dah berkubur, UMNO Malaysia tunggu masa aje. tanah kubur ada banyak terutama di negeri sembilan dan melaka. dah ahli nya benggap benggap belaka, tak boleh di harap lagi dah.

andi said...

TANIAH TULANG BESI KERANA MENGELUARKAN ARTIKEL INI. MASIH BUTA HATI LAGI KER? MASIH KAH TULANG BESI SANGGUP LIHAT MELAYU SAMA MELAYU BERKELAHI SAMBIL TU YANG "LAIN" TU AMBIL KESEMPATAN.

ADAKAH INI YANG TULANG BESI CUMA MAKSUDKAN?"KERANA TULANG BESI ADALAH BLOS PARTI PEMBANGKANG MAKA TULANG BESI MALU UNTUK MENYATAKAN TERANG-TERANG"

:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.