Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 25, 2011

Pasal Selamat Mangsa Tanah Runtuh pun UMNO nak Bohong.....


NOTA EDITOR: UMNO tak habis-habis cuba menagguk di air keruh. Kononnya, ADUN mereka datang awal ke tapak kejadian tanah runtuh Hulu Langat. Padahal, Adun mereka Johan namanya, hanya tiba jam 4 dan itu pun cuma berlegar di luar kawasan sahaja.

Sedangkan sukarelawan PAS (Bridgade Amal) telah tiba seawal setengah jam selepas kejadian dan membantu kerja-kerja menyelamat.

UMNO memang muka tak malu. Tak buat kerja tapi mengaku buat kerja. UMNO ni sampai hari kiamat penipu.

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.

6 comments:

Anonymous said...

Dah dasar parti Bohong Negara. Gitulah...

Anonymous said...

kelakarnya TB ambik gambar white board ...giler glamour ke aper....setakat white board tu...cina buta pun boleh tuleh ler....akai tarak ka TB...jgn malukan PAS ler...mentality second class....puak pas mana sempat nak g selamat kan org sebab sibuk DEMO lynas...demo utusan ...sibuk ceramah maki hamun org weeiiii......

Anonymous said...

Puak pas kalau bab demo memang no wahid la bro....dia ada skuad demo yg tak der keje lain...keje dia demo jer...dpt upah tuuuu....bebudaq despactch ramai depa rekrut....geng mat rempit pun ramai yg join....inilah sumbangan pas pada kemunduran negara....meeka menaja kaki rempt dgh duit demo...

dino.yp@gmail.com said...

Tipu orang nampak, tipu diri sendiri 10 X tak nampak! Kawan2 Anwar dalam PAS macamtu lah perangai...macam sial!

Anonymous said...

Puak umngok bab menipu no wahid dulu kini & selamanya menipu.

Dia ada skuad video lucah. Kerja dia memfitnah org.

Inilah sumbangan umngok bagi menjahanamkan negara. Mereka menaja siapa sja yg sanggop jadi barua.

Mcm si eskalator. Tayang video sama ber3. Bersumpah sorang2. Dlm umngok mmang dah banyak sesumpah.

Cukup anon 10.38? Ko mmang bodo lagi buta mata hati

Anonymous said...

puak UMporNO

dulu .kini dan selamanya penipu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.