Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 31, 2011

Pegawai Kerajaan Kedah Sabotaj Kerajaan PR Kedah?

NOTA EDITOR: Ini semua sebahagian perancangan UMNO. Mereka tahu pegawai2 kerajaan masih menyokong UMNO. Mereka gunakan pegawai2 ini untuk sabotaj kerajaan negeri.

17 ahli majlis Sg Petani mogok
Susan Loone Mei 30, 11 12:08pm


Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

gmma committee pc 250608 simon ooi tze minSemalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.

Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi (kanan), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan.

"Walaupun insiden perobohan itu menyebabkan kami keluar dewan, kami turut sedar Rozaina gagal bekerjasama membawa banyak pembangunan ke Sungai Petani sejak sekian lama," kata Simon.

sungai petani city council logo"Apabila kami mencadangkan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan stesen bas dan pasar untuk orang ramai, tetap tiada tindakan susulan, maklum balas atau taklimat daripadanya sama sekali."

Simon yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen Singai Petani Datuk Johari Abdul berkata, kumpulan itu telah berunding dengan Azizan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli majlis daripada PKR memaklumkan pada ketua negeri berhubung tindakan mereka itu.

2 comments:

Anonymous said...

It quite true that government officer did not support the state ruling government. So the rakyat must object them in their planning , because the rakyat is to face the hardship daily. Support state government.

Anonymous said...

who paying their gaji aa?federal or state?..if state,tendang pungkok mereka and gantikan them with fresh employees..or..outsource those jobs to ngos..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.