Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 31, 2011

Perlu Ambil Calon Timbalan Presiden yang "Kebal UMNO"


Abg Mat Sabu seorang yang telah menghabiskan hampir seluruh umur beliau melawan UMNO. Bak kata orang tua-tua, kalau Abg Mat dicincang 30 pun, beliau tetap tidak akan duduk bersama dengan UMNO dalam satu saf.

Di zaman UMNO gagah dan perkasa dan di zaman PAS lemah dan ditindas (antara pilihanraya 1982 ke 1995), Abg Mat dengan berani melawan dan menentang UMNO sehingga merengkok dalam ISA sebanyak 2 kali.

Ada pun calon2 lain untuk jawatan Timbalan Presiden masih belum teruji.

Komitmen Ustaz Nasaruddin kepada agenda PERPADUANG dengan UMNO adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.

Adapun Ustaz Tuan Ibrahim bukanlah terkenal dengan agenda ini.

Namun, Ustaz Tuan Ibrahim terkenal dengan sikap "wala'" beliau.

Apa akan jadi sekiranya Tok Guru pergi meninggalkan kita dan Majlis Syura Ulama pula dikuasai oleh mereka2 yang jelas komited dengan agenda PERPADUANG?

Adakah Dato Tuan Ibrahim akan menolak arahan Syura untuk "BERPADU" dengan UMNO?

Tulang Besi sendiri merasakan ianya tidak akan berlaku.

Lebih lebih lagi Dato Tuan Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan PAS TErengganu.

Tidak hairanlah akhbar2 harian serta MUBARAK (persatuan yang 100% UMNO) juga menyokong Dato Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PAS.

Bukan kerana Dato' Tuan Ibrahim ini PRO PERPADUANG sangat. Tapi, mereka amat arif dengan sikap WALA' Dato Tuan Ibrahim yang akan membantu agenda PERPADUANG mereka.

Adapun, Abang Mat Sabu, kita boleh harap untuk memastikan AGENDA PERPADUANG tidak menjadi kesampaian.

Kalau Ustaz Nasa, memang confirm akan terjadi PERPADUANG, tak payah wala'2.

Itu sahajalah "reservation" Tulang Besi berkaitan Dato Tuan Ibrahim. Bukan Tulang Besi kata dia jahat atau PRO UMNO. Tapi, tak konfiden beliau mampu melawan agenda PERPADUANG atas sikap beliau yang wala' itu.

Tulang Besi

6 comments:

Anonymous said...

Tuan Brahim tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai Pesuruhjaya Pahang.Dalam PRU yang lalu,PAS Pahang tidak cemerlang dibandingkan dengan negeri-negeri lain,yang sepatutnya "boleh maju".Selaku Pengerusi,JK Disiplin pun beliau tak mampu,yang salah terlepas,yang tak bersalah pulak dihukum.Ini akibat Tuan Brahim adalah "calun paracut" macam juga Nasaruddin dan Hassan Ali,yang tidak datang dari bawah seperti Mat Sabu.Calun-calun paracut ini tidak boleh bertahan lama dan tidak punya semangat daya tahan.Depa bergantung semata-mata atas "wala" kepada Presiden.Calun jenis ini,tidak punya pendirian sendiri,sekadar jadi burung terkukur sahaja.
Terserahlah kepada para perwakilkan untuk memilih - nakkan seorang pejuang atau seekor burung terkukur.

Anonymous said...

org nak sokong mat sabu, disebabkan penyokong dia serang titm, maka semua berpaling.

tulah kebodohan penyokong mat sabu - bukan tolong mat sabu cari kawan, tapi buat musuh.

takbir

Anonymous said...

Abg Mat Sabu....

manjanya

Anonymous said...

Salam Saudara...

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, "Berpegang teguhlah kamu pada jalan@tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah".

Berkaitan artikel yang saudara keluarkan ini, menampakkan saudara seorang yang anti-perpaduan Islam. Persoalan saya:-

1- Apakah salah atau berdosa besar jika PAS dan UMNO bersatu hati demi tuntutan Islam? Sedangkan Allah SWT meminta kita bersatu padu.

2- Apakah orang UMNO tidak mengucap 2 kalimah syahadah, tidak solat 5 waktu sehari semalam, tidak puasa, tidak berzakat? Ataupun bila orang UMNO nak bersolat, mereka niat bukan kerana Allah Taala? Habis tu kpd siapa... Najib ke? Putrajaya ke?

3- Adakah syurga itu dikurniakan kepada ahli PAS sahaja? Ahli UMNO tak layak ke nak masuk syurga? Ahli DAP ke mana pula? Syurga atau neraka?

Apa-apapun saudara, marilah kita seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga PAS dan UMNO bergabung@bersatu demi perpaduan umat Islam. Amin...

perwakilan veteran said...

Anon 4.44pm,
Penyokong Mat Sabu serang titm dianggap cari musuh.Bagai mana pulak penyokong titm dan nasha yang serang Mat Sabu sehingga kata dia syiah.Itu apa?Doa?Alam cyber adalah tempat berbincang,percanggahan pendapat dan perbalahan fikiran.Tak timbul soal cari kawan atau lawan.Asas demokrasi:Agree not to disagree.

Anonymous said...

Kabinet Bayangan PAS

Mursyidul Am PAS :
TGNA

Timbalan Mursyidul Am PAS :
TG Dr. Haron Din

Presiden :
DS Haji Hadi

Timbalan Presiden :
Yang Berbahagia Mohamad Sabu

Naib Presiden 1:
Datuk Paduka Husam Musa

Naib Presiden 2:
Dato Seri Ir Nizar Jamaludin

Naib Presiden 3:
YB Mahfuz Omar

Setiausaha Agung :
Dr. Dzulkifli Ahmad

Bendahari Agung :
Dr. Hatta Ramli

Ketua Penerangan :
YB Khalid Samad

Pengarah Pilihanraya :
YB Solehuddin Ayub

Pengerusi Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah :
Tuan Ibrahim Tuan Man

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.