Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 10, 2011

Selangor Akan Bina Rumah yang Mampu Dimiliki Bagi Pembeli 35 Tahun ke Bawah

NOTA EDITOR: Beruntungnya rakyat Selangor mempunyai kerajaan yang sensitif dengan masaalah rakyat. Dalam keadaan harga rumah yang melambung begitu tinggi, maka Kerajaan Selangor melalui PKNS akan membina "Rumah Mampu Milik" khas untuk mereka yang berumur 35 tahun ke bawah.

Yang herannya, negeri2 yang berketuanan Melayu mengapa tak terfikir untuk menyediakan perumahan untuk rakyat jelata?

Mengapa nak harapkan negeri2 Ketuanan Rakyat?


http://www.blogger.com/img/blank.gif

40% RMM Untuk Pembeli 35 Tahun Ke Bawah
Monday, 09 May 2011 | Ruangan: Berita


KUALA LUMPUR, 9 Mei: Ketika Umno BN sedang rancak menyusun pelbagai fitnah termasuk mengatakan kerajaan Selangor menzalimi rakyat dalam rangka menawan kembali negeri itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus menyusun pelbagai program untuk membantu dan membela rakyatnya.

Terbaru, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan 40 peratus rumah mampu milik (RMM) yang diperkenalkannya akan dikhaskan untuk pembeli berumur 35 tahun ke bawah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, rumah mampu milik yang telah diperkenalkan itu berkeluasan antara 750 hingga 850 kaki persegi dan berharga antara RM69,000 hingga RM100,000 seunit.

Menurut beliau, rumah-rumah tersebut dalam bentuk pangsapuri akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju-pemaju swasta yang bersetuju menyertai program itu.

Katanya, lebih 2,000 unit rumah akan dibina di pelbagai lokasi di Selangor dengan fasa pertama akan dilancarkan di Bangi pada 31 Mei depan.

“PKNS juga telah mengenal pasti 6 tapak untuk membina rumah-rumah mampu milik itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rumah-rumah mampu milik itu, menurut beliau, adalah untuk mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan.

“Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengawal jualan rumah mampu milik itu agar hanya mereka yang layak dapat membelinya,” katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menganjurkan Seminar Rumah Mampu Milik pada 5 Julai ini di SACC Convec, Shah Alam.

“LPHS dan PKNS akan mengendalikan seminar ini dan akan membentangkan rekabentuk-rekabentuk rumah mampu milik yang telah dihasilkan oleh PKNS,” katanya.

Beliau yang juga Adun Chempaka memberitahu, tujuan seminar itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap rekabentuk-rekabentuk yang telah dihasilkan itu.

“Para pemaju, para profesional, ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dijemput ke seminar tersebut,” jelasnya.

-Harakah Daily-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.