Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 26, 2011

Tantawi, Idris Ahmad dan Pemilihan Pemuda PAS

(PERHATIAN: Tulisan ini tiada kaitan dengan sokongan kepada mana2 calon Timbalan Presiden. Tulang Besi tidak suka cara bagaimana politik kepuakan dalam PAS lebih diutamakan dari kepentingan parti dan perjuangan Islam.)

Maklumat yang Tulang Besi terima, beberapa bulan yang lepas selepas Ketua Pemuda PAS pulang dari umrah, beliau telah memberitahu rakan-rakan yang rapat bahawa beliau tidak bercadang untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda.

Rupanya, ibadah umrah yang beliau kerjakan itu telah memberi kesedaran kepada beliau bahawa beliau tidak berapa berkemampuan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat.

Pernyataan Nasruddin Tantawi ini telah mengejutkan Geng Terengganu dan geng "Ulama" di dalam PAS.

Rombongan telah dihantar menemui beliau supaya beliau menukar pendirian beliau untuk tidak bertanding itu. Rombongan itu memberikan alasan2 seperti berikut:

1.0 Tantawi masih diperlukan untuk memastikan penerusan fikrah dalam PAS (tapi tak tau apa yang dimaksudkan dengan fikrah tu)

2.0 Kepimpinan "ulama" dalam Pemuda mesti terus dipertahankan kerana semakin ditolak oleh ahli-ahli Pemuda.

3.0 Sokongan dari ahli2 Pemuda terutamanya pelajar2 kampus kepada fikrah "ulama" semakin lemah. Kepimpinan Tantawi diperlukan untuk memastikan memastikan pelajar-pelajar universiti kekal dengan "fikrah" Pemuda yang ada sekarang ini.

Maka, atas alasan-alasan di atas Tantawi telah mengubah fikiran dan telah membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda beliau.

Tulang Besi mendedahkan perkara ini lantaran pengumuman Ustaz Idris Ahmad untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Ini kerana Ustaz Idris Ahmad adalah antara ahli rombongan yang memainkan peranan begitu penting di dalam mengubah pemikiran Tantawi untuk terus mempertahankan jawatan Ketua Pemuda.

PAra perwakilan PAS wajib tahu bahawa mengundi Ustaz Idris Ahmad bererti mengundi wakil kepada geng Terengganu dan kumpulan "ulama" dalam PAS.

Geng Terengganu dan kumpulan "ulama" ini juga adalah mereka yang telah dan masih menyokong agenda PERPADUANG dengan UMNO di dalam PAS. Agenda perpaduang inilah yang telah melemahkan PAS sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

Semalam pun MUBARAK telah isytihar sokongan kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasa sedangkan MUBARAK ini adalah UMNO.

Habislah tanggungjawab Tulang Besi di dalam menyampaikan maklumat yang sebenar kepada para perwakilan sekelian.

Wallahualam

Tulang Besi

ps Mereka juga menghantar rombongan berjumpa Raja Ahmad Al Hiss supaya menarik diri dari bertanding Naib Ketua Pemuda untuk memberi laluan mudah kepada Din Ayam (menantu Presiden). Ini juga satu maklumat yang perlu diketahui semua perwakilan.

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah sheikh, serangan anda telah tenggelamkan Mat Sabu.

Siapa-siapa yg dapat TB sebagai strategis - diucapkan tahniah.

Anonymous said...

Tulang Besi tidak suka cara bagaimana politik kepuakan dalam PAS lebih diutamakan dari kepentingan parti dan perjuangan Islam

Eh eh.... tak malu ke keluar kenyataan macam ni. Saban hari belasah Nasha, Hadi, itu bukan kepuakkan ke?

Kepentingan parti menurut siapa? Ikut awak yang tak ada apa-apa jawatan dalam parti atau ikut presiden? Perjuangan Islam ikut siapa? Ikut TB ke?

Orang macam awaklah perosak jemaah dan pemangkin kepada kepuakkan dalam jamaah. Apa yang awak mahu ialah PAS ini menurut acuan yang awak nak.

Sepatutnya orang macam awak tu tubuh parti politik sendiri. Buat apa yang awak suka. Mungkin Zakwan, Tinta Hitam boleh jadi ajk awak sebab dalam pas sendiri pun awak tak mampu nak dapat apa-apa jawatan.

Anonymous said...

percaya sungguh tb kat mubarak tu bak kata siti percayalah

Safarul said...

Tujuan PAS menyertai pilihanraya adalah satu wadah dlm perjuangan PAS untuk menegakkan agama ALLAH. PAS adalah satu gerakan ISLAM, siapa pun yang memimpin, cara apa yg di gunakan, asalkan selari dengan apa yg dibawa Rasulullah s.a.w Insya Allah di sana ada pertolongan dari ALLAH. BUKAN dengan kuasa orang perseorangan untuk menentukan banyaknya sokongan dari rakyat, tapi itu adalah dari ALLAH s.w.t. semakin kuat dan tebal iman dan takwa pemimpin dan anak buahnya, insya Allah, semakin kukuh parti itu sendiri. Kalau ahli gerakan islam tu, usrah pun tak pergi, prog tarbiah pun tak join, gerak kerja pun tak disumbangkan, letak la pemimpin yg sehebat mana pun, tiada yg berubah. PAS sebagai parti siasah, dakwah dan tarbiah tidak mengharapkan pertolongan manusia dlm perjuangannya. tapi ALLAH semata2. Insya ALLAH, PAS yang sekarang ini dipimpin oleh golongan ULAMA yg profesional, dan golongan profesional yg ulama' akan semakin menyinar apabila ahli dan pemimpin nya semakin bertakwa kepada ALLAH. SELAMAT mengundi. ORANG yang paling bijak diantara kamu adlah orang yg paling takut kepada ALLAH s.w.t.
Setuju dengan anon 2:11pm - TB agak bias dalam memberikan pandangan.

Anonymous said...

tpulang la kepada ahli PAS samada nak berubah atau pun tak...

lau xnak berubah, jgn harap la nak kalahkan UMNO dalam election akan dtg..PAS kena igt PAS byk kalah kt kerusi UMNO dlm elecyion yg lepas...

so, hope Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS kali ni...bg chance sekali kt dia...

sy sokong PAS, Keadilan ngan DAP...tp one thing, lau nak compare barisan kepimpinan tertinggi PAS ngan Keadilan, Keadilan jauh menang...

so, berubah la PAS...jgn terpengaruh ngan UMNO musibat...

ghani said...

ust Idris memang hipokrit dan oprtunis.
Dia gunakan kedudukan dia sbg ketua penerangan selama ni utk nak kempen jawatan naib presiden.

Anonymous said...

Agenda perpaduang inilah yang telah melemahkan PAS sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

yang melemahkan PAS dalam 3 tahun ini adalah kerana propaganda UMNO bahawa PAS dah jadi kuda tungangan DAP dan ini diperkuat oleh tindakan beberapa pemimpin fraksi Erdogan sendiri yang tindakan mereka seakan mengiakan propaganda UMNO itu. Lihat bagaimana Utusan memainkan sentimen Melayunya untuk menakutkan orang Melayu dari mengundi PAS... dan fikirkan apa akibatnya jika tindakan beberapa pemimpin fraksi Erdogan itu seakan sama dengan apa yang ditohmahkan oleh utusan TV3 RTM dll...??? ini ditambah lagi dengan kurangnya penetrasi maklumat alternatif yang sampai di kawasan luar bandar.

Dibawah Fraksi Erdogan, PAS mungkin akan kuat di kawasan orang islam liberal serta kawasan bandar dan kawasan bukan Islam... yang kebanyakannya ditandingi oleh DAP dan PKR... tetapi PAS akan lemah di kawasan orang Islam terutama di luar bandar yang kebanyakannya ditandingi oleh PAS...

anuar C W said...

geng2 lembu ni, bab menfitnah org no 1, ckp ahli pas, presiden sendiri dok hentam siang mlm.. ckp berdegar2, kalau hebat sgt masuk bertandinglah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.