Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 4, 2011

UMNO Terhegeh-Hegeh Cari Simpati PAS

NOTA EDITOR: Syabas kepada YB Firdaus. Sememangnya UMNO terhegeh-hegeh mencari simpati PAS. Ada ke Najib kata nak berjuang Islam mesti masuk BN?

Lupakah Najib siapa yang lulus lesen judi bola terdahulu? Kalau ditakdirkan PAS bersama BN selepas PRU 2008 lepas, nescaya PAS terpaksa menyokong pemberian lesen judi bola kepada Vinsetan tersebut.

Hakikatnya, Najib sedang cuba menggunakan taktik yang digunakan Dr Mahathir dalam memecah Barisan Alternatif.

Kalau kita ingat sewaktu Dr Mahathir merasmikan Perhimpunan Agung MIC di PWTC, beliau telah menaikkan temuramah Presiden PAS bersama Malaysiakini yang mana Presiden PAS dilaporkan berkata PAS masih berpegang dengan agenda Negara ISlam.

Hasilnya, DAP menjadi marah dan selepas itu DAP keluar Barisan Alternatif. Walaupun DAP telah keluar, BArisan Alternatif tetap kekal dan mencatat kejayaan gemilang pada PRU 2008.

Taktik yang sama cuba dipakai oleh Najib ke atas PAS pula. Kalau Mahathir menggunakan taktik ini kepada DAP, Najib berharap taktik yang sama dapat menarik PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Tapi, siapakah dalam dunia ini yang mahu mempercayai Najib Tun Razak dalam hal berkaitan perjuangan Islam? Jawabnya, hanya orang yang otak mereka tidak berfungsi dengan baik sahaja yang mempercayai Najib.

Syukur, pelawaan Najib ditolak mentah2 oleh kepimpinan PAS serta keseluruhan ahli2 dan penyokong PAS.

Cuma, Tulang Besi ada dengar sebelum pelawaan ini dibuat, terdapat perbincangan antara beberapa pimpinan PAS yang pro UMNO dengan wakil2 dari UMNO berkaitan pelawaan ini.

Tulang Besi menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk membuat pendedahan ini.

Akhir kata, cukuplah PAS kena tipu dengan UMNO sekali. Berapa banyak kali lagi PAS akan ditipu dengan UMNO? Cuba jawab soalan ini, wahai Najib Tun Razak.



Umno kini terhegeh-hegeh cari simpati PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan Umno yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, Umno kini ibarat ‘orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja’ sedangkan mereka selama ini yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan hodoh dan menghinakan.

Selama ini, katanya mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, perlu dingat bahawa selama puluhan tahun Umno hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka.

Menurutnya, PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar.

Bahkan, ujarnya hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR.

Selain itu, katanya hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihan raya umum dan kecil.

“Apakah dalam keadaan demikian, Umno masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS?” soalnya.

Tegasnya, DPPP mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangan mereka dalam pentas politik di Malaysia, bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah dikenakan ISA, dipenjara, bahkan dibunuh.

Ini semua, jelasnya dilakukan oleh pemimpin Umno yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu.

Beliau menambah, masih segar dalam ingatan bagaimana tindakan Umno terhadap kerajaan Terengganu yang majoritinya bangsa melayu pada tahun 1999-2004 apabila dinafikan royalti petroleum hanya kerana mereka diperintah oleh PAS.

Begitu juga, ujarnya nasib yang sama diterima oleh Kerajaan PAS Kelantan yang sehingga ke hari ini terpaksa memperjuangkan hak untuk mendapatkan royalti petroleum di mahkamah.

Menurutnya lagi, sejarah juga membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati hak orang melayu sebaliknya Umnolah yang menjadi petualang dalam menghakis hak keistimewaan orang melayu.

“Apakah kita lupa bahawa biasiswa telah digantikan dengan PTPTN, bagaimana bantuan sekolah agama rakyat ditarik?” tanya beliau.

Beliau turut mempersoalkan ke mana perginya saham bumiputera yang bernilai 52 bilion.

Ini, katanya semua berlaku kerana Umno sememangnya tidak pernah memikirkan bagaimana mahu membantu orang melayu sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan dengan mengaut keuntungan peribadi.

Tambahnya tindakan mempelawa PAS ini menjelaskan kepada semua bahawa sebenarnya sokongan orang Melayu kepada Umno sudah semakin terhakis.

“PAS pula dilihat sebagai pengganti yang sesuai bagi orang Melayu, lebih-lebih lagi dengan budaya politik kotor dan keji yang mereka amalkan seperti video lucah seperti yang dipaparkan sekarang,” katanya.

Tegasnya, orang Melayu sudah semakin meluat dengan politik ‘Machiavelli’ Umno sehingga sanggup mengenepikan syariat Islam.

DPPP juga, katanya melihat tindakan Presiden Umno yang mempelawa PAS keluar daripada PR dan bersama dengan BN sebagai helah politik semata-mata demi untuk menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakan-rakan di dalam PR.

“Dan ini juga merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan sisa-sisa riwayat Umno yang semakin menghampiri penghujungnya.

“PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan Umno sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13,” tegasnya.

3 comments:

pakngah santan said...

umno sebenarnya hendak menyelamatkan pas yang telah menyimpang jauh. sanggup jadi anjing dap kerana pas sendiri sebuah parti yang lemah. pas sudah jadi parti angguk saja.

tapi macamana pun, apa-apa yang kerajaan buat untuk golongan bumiputra, pas tetap sapu juga. cuba pemimpin pas suruh pengikut buat satu benda yang berfaedah iaitu bila beli rumah, bayar full price, jangan ambil diskaun 5% untuk bumiputra.

sebenarnya, parti pas adalah sebuah parti parasit saja.

Anonymous said...

Gua tak nak komen banyak pasal puak PAS ni... Dorang tu memang dah SAH kena nasik kangkang Anwar. Sebab tu lah dorang tetap wala' kepada Mat Omega tu walaupun banyak salah laku moral yang dia lakukan..

Dalam kitab pun ada cerita, diakhir zaman nanti akan ada satu kumpulan yang mengaku kuat keimanannya tapi menjadi kumpulan pertama yang jadi pengikut Dajjal..

Anonymous said...

AMK buta kecoh kat Masjid Sentul dan Masjid Negara. Tolong bagitau kat Wali Selipar Jamban a.k.a Mur-Shit-Dol-Hampas,Nik Najis Pukimak bahawa masjid adalah tempat beribadat dan bukan berpolitik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.