Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 7, 2011

Berkenaan Permintaan Pemuda untuk Menjadi 40% Calon PAS

NOTA EDITOR: Satu artikel yang cukup baik dari Zainulfaqar.

Cermin muka & buktikan Pemuda layak tanding 40 % kerusi di PRU13…

Respons | Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi sempena muktamar pemuda baru-baru ini menuntut supaya 40 peratus calon di pilihhttp://www.blogger.com/img/blank.gifan raya umum ke-13 wajar dipilih dari kalangan pemuda.

Alasan paling utama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat antaranya pengundi paling ramai pada pilihan raya yang dijangka paling awal November tahun ini adalah muda.

Dalam reaksi spontan, Datuk Husam Musa selaku Naib Presiden yang baru meminta pemuda terlebih dahulu memperkemas daftar pengundi muda yang ketika ini pada tahap tiada persediaan.

Nak jadi calon muda di pilihan raya umum bukan macam tanding menjadi ketua kelas yang tidak memerlukan rancangan masa depan yang dinamik lagi koprehensif.

Cuba bertanya pada Nasruddin – apakah wawasannya serta manifesto untuk anak muda (baca: bukan untuk pemuda PAS sahaja).

Kalau idea “negara syariat” yang nak dibawa, percayalah bahawa idea itu sendiri hari ini ditolak oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan,” tegas Abdul Hadi.

Sudah lama, saya memperkatakan mengenai kaedah usul berbunyi “al-hukmu yaduru ma ‘ala musamma la ‘ala ismi” yang bermaksud, “hukum itu berlegar pada perkara/inti yang diberikan nama, bukan jenama”, tetapi beliau sebelum ini masih dengan idea-idea mandul seperti tersebut.

Nah! Percayalah, hari ini pemuda PAS akan tetap menerima idea baru ini kerana mereka tidak mempunyai wawasan Islam tersendiri yang dinamik lagi tersendiri.
Percayalah, mereka akan terus mengekor faham Abdul Hadi kerana di kalangan mereka seakan tidak ada wacana fiqh tersendiri yang dinamik.

Jangan kata tidak ada, kerana inti mesyuarat berkala yang sampai pada Nota Merah menggambarkan kebanyakan keputusan diambil tidak atas dasar wacana ilmu dan rasional.

Pemuda wajar mempunyai faham fiqh yang baru. Kalau kepemimpinan pemuda ala-ala Taliban ini bertanding di kawasan Nota Merah – Parlimen permatang pauh & Dun Pemtang Pasir – Nota Merah akan berkempen menolak kepemimpinan mereka supaya Islam serta golongan Ustaz atau Ulama hatta PAS tidak difitnah kelak disebabkan prilaku dan cara berfikir mereka yang tidak dinamik.

Anggap ini satu cabaran jika berasa diri layak tanding 40 peratus kerusi di PRU13.

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob
Bukit Mertajam | 9.30 malam

4 comments:

Anonymous said...

Pemuda nak 40% kerusi?

Tajuknya, cermin dahulu keupayaan pemuda.

Nak meletakkan seorang YB yg berpengalaman di dalam Jawatankuasa teratas termasuk TKP DPPP pun Tantawi dah bantah, atas sebab tidak sama pandangan, apatah lagi nak jadi YB yg sudah pasti bukan wakil PAS semata, tapi wakil rakyat.

Tantawi kena suluh apa yg disebut ke dalam kepimpinan beliau dahulu.


Wallahu'alam

Anonymous said...

Sokong Khalid Samad sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor

Anonymous said...

Usahla terlalu kejar jawatan YB, Ketua itu & ini .........

Pencapaian matlamat perjuangan lebih penting daripada habuan jawatan.

InsyaAllah. Allah akan menyempurnakan janji kepada yang beriman, beramal, berjuang dan ikhlas.

Bila dah menang nanti, sebagaimana sirah Rasul SAW semasa Futhul Makkah, bukan setakat jawatan ketua negara di Hijjaz, bahkan Allah anugerahkan dua empayar besar Rom dan empayar Parsi milik para pejuang Islam & rakyat mustadhaifin.

Yang penting kita bersatu & berjuang sehingga tertolak segala kemungkaran dan kezaliman masakini yang didokong oleh mustakbirin UMNO/BN.

superboy said...

40%? Kalau dikira standard Tantawi,Nik Abduh dan Redwan Mat Nor,10% pun tak layak.Betul kata Anon 1.35pm,pergilah lihat cermin dulu.Kerja belum dirangka,dah nak jadi YB dulu.Orang yang kuat kerja,berpotensi dan ada wawasan ditolak,pilih anak-anak pemimpin aje.100% kronisma sama macam UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.