Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 10, 2011

Cadangan Lambang Baru Untuk PAS Reform



Tulang Besi mencadangkan supaya gambar Allahyarham Ustaz Fadzil Now dijadikan lambang "PAS Reform" yang baru.

Ini kerana segala perubahan yang ingin kita bawa dalam PAS sekarang ini tidak lebih dari merealisasikan impian dan visi Allahyarham.

Allahyarham hanya mahu menjadikan PAS sebahagian dari arus perdana, diterima oleh semua kaum dan agama tanpa mengorbankan prinsip dan asas Islam.

Perubahan yang ingin dibawa oleh Allahyarham mendapat sokongan padu dari Mursyidul Am PAS. Malahan, dalam isu Kerajaang Perpaduang, Tok Guru Nik Aziz semata-mata mahu mempertahankan amanah serta wasiat Allahyarham Ustaz Fadzil Nor.

PAS yang terasing dari arus perdana hanya merugikan Islam. PAS adalah duta Islam di Malaysia. Kalau PAS tidak bersama di dalam kehidupan majoriti rakyat Malaysia, bagaimana Islam hendak berkembang di Malaysia?

Sepanjang pemerintahan Ustaz Fadzil tiada berlaku perpecahan seperti yang kita lihat selepas PRU 2008. Ini kerana Ustaz Fadzil Nor memberi sepenuh wala' kepada Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz.

Sekian

Tulang Besi


6 comments:

Anonymous said...

duta islam ada dalam quran tak??? jangan sampai sia-sia lagi 30 tahun...

Anonymous said...

TGHA bukanlah seorang tokoh siasah yang terbaik. Sudah tentulah disaat PAS sedang berdepan dengan cabaran2 hari ini, beliau nampaknya sudah berat kepada lialibiliti. Walau bagaimana pun, setidak2nya beliau mestilah dibersihkan dari saki baki geng perpaduang. Kalam 'barangan tamat tempoh' yang pernah diungkapkannya dulu barangkali boleh digunakan semula. Kali ini kepada sekutu2nya yang berada di T'ganu pula.

anuar C W said...

nti lantik je tulang lembu jadi presiden pas.. tgok hebat ke x hebat dia ni......

anuar C W said...

pas refom tu pe? sayap pemuda umno ke..

Anonymous said...

Mengenali Lim Guan Eng, pastilah kita akan tahu juga tentang helah-helahnya untuk membeli jiwa. Namun ramai yang tidak sedar, bahawa Lim Guan Eng sebenarnya telah meletakkan tahap dan taraf komuniti yang memusuhinya serendah-rendah dan sehina-hinanya.

Tengok sajalah macam LGE beli jiwa Melayu. Dengan bermodalkan hanya RM100, LGE diberikan imej sebagai seorang Ketua Menteri yang baik. Padahal pada masa yang sama, perampasan demi perampasan, sekatan terhadap perniagaan, malahan cubaan merampas tanah kubur orang Islam selain tanah wakaf, sedikit pun tidak menjadi kudis kepada Melayu-Melayu yang mudah gelap mata dengan RM100.

Pada jangka panjang, demografi pengundi di Pulau Pinang mengalami perubahan yang sangat ketara. Belum pernah dalam sejarah mana-mana negeri di Malaysia di mana kerajaan negerinya terbabit aktif memindahkan atau menghalau mana-mana etnik bagi mengekalkan kuasa mereka.

Itulah yang dilakukan oleh LGE. Sekalipun para penyokongnya menganggap apa yang dilakukan oleh LGE adalah perbuatan wajar untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Padahal apa yang dilakukan oleh LGE bukanlah untuk kemenangan PKR jauh sekali PAS. Sebabnya penyokong utama PKR selepas India adalah Melayu. Manakala PAS pula sememangnya berkonfrontasi dengan UMNO untuk dapat undi Melayu.

LGE telah memastikan undi di bahagian pulau adalah undi Cina. Dan berdasarkan trend semasa, undi Cina akan berpihak kepada DAP. Dan kalaupun undi Cina itu akan beralih kepada Barisan Nasional, DAP kekal sebagai pendesak terhebat yang akan memperolehi apa-apa sahaja yang mereka hajatkan!

Yang aku nampak, LGE mudah beli jiwa Melayu sebab Melayu di Pulau Pinang dan Melayu Pakatan Rakyat memang jenis TIDAK BEROTAK dan SANGAT MURAH. Dengan hanya RM100, diorang akan jilat sejilat-jilatnya punggung LGE. Bila LGE umumkan bantuan untuk warga tua, Melayu Pakatan bersorak mengatakan BN tidak pernah buat macam tu. Yang selama ini warga tua menikmati pelbagai kemudahan termasuklah perubatan dan kebajikan, siapa pula yang usahakan?

Bila LGE umumkan SEDEKAH untuk ibu bersalin, Melayu Pakatan bersorak lagi dengan penuh keriangan, sebab kata mereka kalau Pulau Pinang terus berada di tangan BN, tidak merasalah duit beberapa ringgit itu.

Tapi bila LGE umumkan tentang Universiti Nanyang di kawasan bermajoriti Melayu serta pengambilan tanah, Melayu Pakatan juga bersorak kononnya, tanah-tanah tersebut wajar diambil untuk pembangunan. Bila LGE hapuskan perkampungan Melayu di atas tanah wakaf, kata Melayu Pakatan, perbuatan LGE itu adalah wajar mengikut undang-undang. Tapi bila LGE kekalkan perkampungan setinggan Cina malah diberikan status warisan dunia, Melayu-Melayu Pakatan buat-buat pekak dan buta.

Aku kasihankan Melayu Pulau Pinang bukan kerana UMNO tidak boleh perintah negeri itu. Tetapi aku kasihankan diorang, sebab di sebalik raungan diorang kononnya UMNO tidak sebaik LGE, diorang terlupa dan tidak nampak, diorang sedang kehilangan sesuatu yang lebih besar... TANAH!

Melayu Pulau Pinang hanya mampu berbangga dan tengok betapa hebatnya dan betapa mahalnya rumah-rumah baru yang sedang dibina, sedangkan untuk memilikinya, diorang tidak akan mampu..

Itulah tandanya kemenangan Melayu Pakatan!

Anonymous said...

Cakap banyak tak Guna... yang dok bagi tanah pada Gerakan tu sapa?? Pas ke?? Bile pulak pas memerintah Penang sebelum ni?? Umno la jawapannya. tak payah nak tulis/taip berjela-jela. macam orang gile jek cubaan mempertahankan umno tu.



manpokken

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.