Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 2, 2011

"Hanya Menunggu Tawaran UMNO Dalam Hitam dan Putih...."

(FAKTA: Isi Kandungan Utusan Malaysia ditentukan Biro Politik UMNO)

Muka depan Utusan Malaysia memetik kata-kata Ustaz Harun Din yang meminta semua perwakilan mengekalkan gandingan Ustaz Hadi-Nasa sebagai teraju utama PAS.

Sebelum saya menghuraikan tajuk artikel saya ini, suka saya membawa ingatan para pembaca sekelian sewaktu Dato Najib Terengganu pada 30 April 2011. Dato' Najib dilaporkan berkata:

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?“

Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.


Rupa-rupanya sebelum kepergian Najib ke Terengganu itu, Timbalan Mursyidul Am PAS telah menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan oleh salah seorang ahli keluarga Dato' Harun Din sendiri.

Khabarnya, ahli keluarga Dato Harun Din itu adalah seorang korporat UMNO yang mempunyai perniagaan di luar negeri khususnya di Afrika Selatan.

Di dalam majlis tersebut, Tulang Besi difahamkan, Timbalan Mursyidul Am telah membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan perkembangan terbaru projek "Kerajaang Perpaduang".

Dato Harun Din difahamkan membuat dua pernyataan:

1.0 Perbincangan ke arah Kerajaang Perpaduang telah pun selesai di peringkat atasan kepimpinan PAS dan UMNO. Secara amnya, persetujuan telah pun dicapai oleh kedua-dua pihak. Cuma menunggu permintaan kedua di bawah sahaja dilakukan UMNO.

2.0 Permintaan kedua itu adalah supaya UMNO meng "hitam putih" kan setiap tawaran yang telah dibuat oleh UMNO kepada PAS. Bukan hanya sekadar cakap mulut semata-mata.

Bererti projek "Kerajaang Perpaduang" ini berjalan terus walaupun berkali-kali kepimpinan PAS Pusat menegaskan secara terbuka bahwa ianya telah mati.

Mengikut maklumat yang Tulang Besi terima itu, Dato Harun Din telah menamakan 2 batu penghalang besar kepada projek "Kerajaang Perpaduang" itu. Ia adalah:

1.0 Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

2.0 Dato Seri Anwar Ibrahim

Tidak lama selepas itu Dato' Najib telah pergi ke Terengganu dan membuat tawaran terbuka kepada PAS untuk meninggalkan PAkatan Rakyat dan bersama dengan UMNO/BN untuk memperjuangkan Islam.

Sebagai seorang ahli politik dan Perdana Menteri tidak mungkin beliau sanggup membuat panggilan sebegitu tanpa ada apa-apa asas. Nanti orang kata Perdana Menteri ni macam perigi mencari timba.

Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.

Maka, tidak hairanlah Utusan Meloya hari ini secara terbuka berkempen untuk gandingan Hadi-Nasa.

Tok Guru Nik Aziz juga mendedahkan beliau telah lima kali ditawar jawatan untuk menubuhkan "Kerajaang Perpaduang".

Maklumat di atas Tulang Besi dapat dari sumber yang SANGAT DIPERCAYAI. Cumanya, Tulang Besi tak boleh dedah sebab dah janji. Terpulang pada pembaca sekelian untuk mempercayainya.

Bagi Tulang Besi, agenda PERPADUANG ini masih segar bugar dan masih berjalan. Pendapat Tulang Besi adalah pejuang agenda ini sedang menunggu Tok Guru Nik Aziz melepaskan nafas beliau yang terakhir sebelum membawa semula agenda itu ke tengah.

Untuk selamat, Tulang Besi minta sangat para perwakilan mengundi Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden kerana ia satu langkah yang mampu menghalang berjalannya agenda ini, inshaalah.

Sekian

Tulang Besi

ps Rahim Thamby Chik pun tolong kempen lawan kumpulan "Erdogan".






2 comments:

otakBesi said...

Sampai ke hari ini otakBesi tak faham, kenapa majlis syura memilih Harun Din sebagai Tim. Mursyid am?.
Yang otakBesi tahu bahawa PAS memilih Harun Din sebagai Tim. Mursyid am semata-mata ingin menumpang publasiti atau menumpang tuah. Satu lagi mengunakan kebolehannya untuk menghalau hantu pengundi hantu ketika pilihanraya.
Jika beliau ingin supaya PAS berpadu-padu dengan UMNO, otakBesi
tidak hairan, otakBesi dah lama menjangkakannya.

anuar C W said...

memang ko ni otak lembu, patutlah masuk geng tulang lembu.. ko ni hanya lah ahli umno yang menyusup dalam pas dgn tujuan untuk memecah belahkan pas sama mcm tulang lembu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.