Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 27, 2011

Kalau Pilihanraya Kotor, Rakyat Tetap Akan Keluar ke JalanRaya

Apakah UMNO ini buta? Apakah UMNO ini bodoh? Apakah UMNO ini tuli.

Majoriti revolusi di seluruh dunia berlaku selepas pilihanraya yang kotor dan penuh penipuan.

Ia berlaku di Cuba, Nicaragua, Filipina, Indonesia, Tunisia, Mesir, Algeria, Yemen, Syria dan banyak lagi.

Apabila sistem pilihanraya sudah menipu, rakyat akan merasakan kerajaan yang ada kerajaan haram.

Makan tidak ada yang boleh menghalang rakyat turun ke jalan-jalan raya mendesak kerajaan yang ada turun dari takhta.

Mesir adalah contoh yang terbaik. Setahun sebelum revolusi, parti Mubarak, NDP, telah memenangi 90% dari kerusi parlimen di Mesir.

Sepatutnya, kerajaan yang sebegitu popular sebegitu tidak akan menghadapi aksi jalanraya seperti yang kita lihat awal tahun ini.

Namun, hakikatnya Mubarak telah menipu dalam pilihanraya. Rakyat Mesir maklum bahawa mereka telah ditipu Mubarak yang kononnya menang 90% dari kerusi Parlimen MESIR.

Akhirnya, rakyat Mesir turun sendiri ke jalan-jalan raya dan akhirnya Mubarak tersungkur menyembah bumi.

Begitu juga Suharto dan Marcos. Semua menang besar dalam pilihanraya setahun sebelum mereka dijatuhkan oleh revolusi di negara masing-masing.

Adakah UMNO fikir rakyat Malaysia akan duduk sahaja kalau UMNO terus menang pilihanraya dengan menipu.

Kalau BERSIH tidak berjaya, rakyat Malaysia akan turun juga lambat laun. Ini bukan hasutan Tulang Besi. Ini adalah lumrah dan hukum tabii' manusia. Apabila mereka sendiri merasai kezaliman, mereka akan memberontak.

Lebih2 lagi sekarang ini revolusi boleh digerakkan dengan Facebook, Twitter and WIKILEAKS.

Sekuat2 Ben Ali, beliau jatuh tersungkur apabila rakyat Tunisia membaca Wikileaks yang menceritakan bagaiman Ben Ali boleh menghantar jet milik negara ke Perancis semata-mata membeli ais krim kegemaran anaknya. Di waktu yang sama, rakyat Tunisia sedang kelaparan dan kehausan.

Tulang Besi

4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya pembankang dimalaysia lebih banyak menipu....suasana di malaysia dan di negara2 yg disebutkan oleh TB sgt berbeza.....rakyat dah jelak dgn sandiwara politik pembangkang dimalaysia....politik mencari alasan bila kalah dan ditolak rakyat....lihatlah PRN sarawak...terang dan nyata pas dan pkr kalah terok masih mereka mendakwa mereka mampu menang....yg jelas..pembangkang memang mampu menang tapi bukan menang pilihanraya ...MENANG SORAK jer....sebab dlm pimpinan pembangkan banyak mr bean dan clown clown yg boleh di recycle....


Jay Dubai

Anonymous said...

Eloklah PR lepaskan semua kerusi yang dimenangi sebab pilihanraya sebelum ini kotor.

Bubarkan saja semua Negeri yang dimenangi sebelum ini, Kelantan, Kedah , Penang, Selangor kerana tak sah.

Bila menang dulu sibuk sorak tsunami etc etc dan makin hampir ke putrajaya ( 16 september pun sendiri tipu)

Anonymous said...

masalahnya ramai rakyat malaysia yang macam tulang babi (TB) bodoh, biol dan sial...

rata-rata rakyat yang keluar di jalan raya tu hanya lah anjing-anjing perliharaan dap aje...


yang pasti anwar ibrahim dah kantoi, pakar telah tentukan yang dalam video lucah tu memang anwar ibrahim...

yang bodoh lagi biol adalah pengikut pas yang sanggup tolak ulamaknya sendiri dengan alasan utusan sokong ulamak pas dan sanggup pilih puak-puak biol dan bodoh iaitu puak-puak alamak dengan alasan mereka professional...tak kan si mahfuz yang macam orang tak sekolah aje tu dan mat labu senget tu pun pro...

akhirnya pas jugak sanggup jadi pengikut kepada orang yang suka langgan pelacur...tahniah pas anda semakin sesat dan ke arah jahanam...

tak tahu apa2 said...

biasanya orang yang kalah akan membuat bantahan mengatakan pihak yang menang menipu dalam pilihanraya, masa PR menang 5 negeri PRU 2008 yang lepas, sikit je kot pihak yang kalah 5 negeri tu buat bantahan. hampir tak dengar plak pihak yang kalah tu claim pilihanraya kotor di negeri2 tersebut. Kalau betul kotor pilihanraya masa tu,kita boleh agak siapa yang main kotor sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.