Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 9, 2011

Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda PAS: Ketelusan Projek Mega: Sistem Pemantauan Perlu Wujud

Kenyataan Media (9 Jun 2011)


KETELUSAN PROJEK MEGA: SISTEM PEMANTAU PERLU WUJUD

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) memastikan projek mega berjumlah lebih RM500 Juta akan bebas rasuah memerlukan satu pemantauan khas berkaitan ketelusan pembangunan projek tersebut berjalan oleh Jawatankuasa Keutuhan dan Integeriti di bawah SPRM untuk melihat lebih dekat projek Menara Warisan 100 tingkat bernilai RM5 bilion, Transit Aliran Massa (MRT) bernilai RM36 bilion dan pembangunan semula kawasan Penjara Pudu, dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion amat dialu-alukan.

Kami suka mencadangkan agar SPRM menyenaraikan setiap projek tersebut yang mana telah diberikan hak kepada syarikat-syarikat yang memohonya melalui tender yang telah ditetapkan. Penyenaraian tersebut penting kerana di situ rakyat dapat melihat kepada pihak manakah pemberian projek tersebut oleh Kerajaan Pusat. Ianya juga bertujuan memastikan setiap tawaran yang diberikan akan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Barulah semua pembangunan yang di buat terjamin dan selamat dengan cara demikian. Bukan sahaja unsur rasuah boleh dielakkan, tetapi keselamatan rakyat terjamin berikutan ketelusan setiap pembinaan tersebut. Kami berharap ketegasan daripada pihak SPRM bagi memastikan isu keselamatan rakyat terjamin di dalam usaha membeteras unsur gejala rasuah akibat projek yang akan dibina. Kami tidak ingin melihat lagi seumpama bumbung Stadium Gong Badak di Terengganu runtuh dan kerosakan-kerosakan bangunan Hospital dalam Negara kita.

Ini tidak termasuk kelewatan sesuatu projek yang pernah berlaku seperti pembinaan sekolah-sekolah baru dahulu dan adalah menjadi tanggungjawab besar SPRM bagi mencegah kejadiam seumpama ini yang ada unsur rasuah atas kelemahan pihak-pihak tertentu.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

1 comment:

Anti Dr Palsu said...

Lain macam aje kenyataan ni? Mengalahkan kenyataan Khairy pulak. Hello Dr Raja....takde ke yg lebih cerdik dari ni? Cakap lah pasal tender terbuka yg adil dan bebas bukan suruh umum senarai penerima kontrak. Adoyai...aku ingatkan dah Dr ada Raja lagi cerdik tapi huhu...mcm pemangku pemuda perkasa plak....bukan nak serang psl sharbani tapi dia puji pulak sprm....adoyaiiiii......perpaduang perpaduang....!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.