Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 15, 2011

Komen/Maklumat Berkaitan Perlantikan Terbaru Kabinet PAS Pusat

Berikut adalah komen Tulang Besi berdasarkan beberapa maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber yang boleh dipercayai berkenaan kabinet baru PAS Pusat:


1.0 PJ Melaka - Pertukaran kerana Ustaz Ghani Abdul Rahman uzur. Ustaz Ghani dikatakan pergi untuk dialisis 3 kali seminggu kerana kedua-dua buah pinggang beliau telah rosak. Mari kita doakan kesihatan Ustaz Ghani yang banyak berjasa kepada Islam. PAS Melaka menjadi begitu giat berkembang di bawah pimpinan beliau.

2.0 PJ Terengganu - Faktoir keuzuran juga sehingga nak baca Ucapan Dasar pun tak larat. Seharusnya beliau berundur sepenuhnya kerana jelas beliau sudah tidak layak memegang apa-apa jawatan. Tulang Besi dapat membaca kritikan2 Tulang Besi kepada PAS Terengganu selama ini didengari oleh mereka. Kalau dahulu mereka tuduh Tulang Besi mahu kempen untuk Dr Syed Azman, syukur sekarang ini sudah mula ada kemahuan mahu berubah. Tak payah terus buat fitnah pada Tulang Besi kerana memfitnah Tulang Besi tidak akan memenangkan PAS di Terengganu.

Namun, Tulang Besi tetap tidak yakin PAS Terengganu akan berjaya merampas Terengganu. Ini kerana semangat membenci Pakatan Rakyat masih menebal di kalangan pimpinan peringkat pertengahan dan atasan di Terengganu.

3.0 PJ Negeri Sembilan - Lebih kepada menyelesaikan masaalah dalaman di Negeri Sembilan. Tahniah YB Taufik. Membetulkan semula PAS Negeri Sembilan bukan tugas yang mudah. Percayalah.

4.0 PJ Selangor - Dari sumber Tulang Besi sendiri menyebut kes beliau sudah tidak dapat dipertahan lagi. Kalau tak tukar, imej PAS sendiri akan terus rosak. Maka, pertukaran dilakukan untuk menyelamatkan imej PAS.

5.0 SU Agung - Atas permintaan Presiden

6.0 Ketua Penerangan - Atas permintaan Presiden kerana mahukan representasi "ulama"

7.0 Bendahari - Atas permintaan Presiden

Tulang Besi


3 comments:

serenity9260 said...

xyah la gado yg kt ganu tuh,buang masa je la


Ni best bro!!!
Giler Aje!Burger Yang Diperbuat Daripada Najis
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Mohamad Husaini said...

Tugas PJ baru Negeri Sembilan, YB Tuan Haji Taufek memang sukar tetapi dengan kerjasama semua pemimpin, ahli dan penyokong PAS, kerja sukar menjadi senang.Insya Allah.
www.mohamadhusaini.blogspot.com

Anonymous said...

Berikut adalah komen Tulang Besi berdasarkan beberapa maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber yang boleh dipercayai berkenaan kabinet baru PAS Pusat:

dr sumber2 gua yg boleh dipercayai semua maklumat tulang besi nih 110% tak betol....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.