Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 8, 2011

Laman Facebook Sokong Khalid Samad Sebagai PJ Selangor

Tulang Besi bukan nak promote, tapi Tulang Besi bersetuju benar dengan laman Facebook ini.(klik di http://www.facebook.com/pages/Khalid-Samad-Sebagai-Pesuruhjaya-PAS-Selangor/189846081068162)

Khalid Samad sudah mempunyai nama di peringkat nasional. Tiada tokoh PAS yang dibenci dan digeruni oleh KETIGA-TIGA parti komponen Barisan Nasional pada satu masa selain YB Khalid Samad.

Beliau berjaya memikat hati pengundi-pengundi Melayu, Cina dan India sekaligus.

Hujjah Tulang Besi adalah:

1.0 Masa sekarang adalah masa pilihanraya. Kalau Khalid Samad menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, seluruh PAS Selangor tidak perlu bekerja keras di kawasan-kawasan bukan Melayu.

2.0 Masa dan tenaga yang ada boleh ditumpukan di kawasan2 Melayu kerana faktor Khalid Samad sebagai Pesuruhjaya sudah cukup kuat untuk menarik pengundi2 bukan Islam.

3.0 Adanya Khalid Samad memimpin Selangor akan memberikan pukulan maut kepada UMNO Selangor. Hasilnya nanti UMNO terpaksa bertahan dari menyerang seperti yang ada sekarang.

4.0 Kalau tak suka pada Khalid Samad pun, lepas kita dah menang nanti, kita boleh tukar PJ. Yang penting untuk pilihanraya mendatang ini, kita perlukan Khalid Samad memimpin PAS Selangor.

5.0 Khalid Samad seorang yang veteran dalam PAS. Ceramah PAS pertama yang Tulang Besi dengar adalah dari Khalid Samad di Markaz Tarbiyyah yang belum siap. Beliau juga pernah ditangkap ISA. Beliau banyak berkorban untuk perjuangan Islam dan Islam

6.0 Hanya kerana Khalid Samad mahu menghidupkan wasiat Arwah Ustaz Fadzil Nor, janganlah beliau itu dibenci begitu sekali.

Sekian

Tulang Besi

3 comments:

Anonymous said...

Melantik KS sbg PJ S'gor merupakan action paling kurang akal. Nak matikan PAS Selangor bolehlah. Jadi YDP Shah Alam pun tak boleh nak handle kawasan. Cukuplah ngan HA buat PAS Sgor mandom. Hampir 10 cwgn dlm kwsn S.Alam mati dan tak adakan AGM pada tahun ni. Laporan AGM mesyuarat kawasan puntak pernah hantar pda pendaftar pertubuhan untuk beberapa tahun. Kalo ko tak caya pegi cek dgn KS sendiri. Bukan nak bai hidup PAS, pegi telugkup lagi adalah.

lan said...

Sokong!

Anonymous said...

1.1 dan PAs akan terpaksa berkerja lebih lebih keras lagi di kawasan kawasan luar bandar - melayu ramai dan PAS banyak bertanding.
1.2 Silap silap Shah Alam pun hanyut sama.

org shah alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.