Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 9, 2011

Mahathir Perlu Dibicara di Mahkamah Syariah atas Tuduhan Murtad?

NOTA EDITOR: Sudahkah kita lupa bagaimana Dr. Mahathir memberikan lessen judi bola kepada Vinsetan beberapa minggu sebelum beliau turun dari kerusi Perdana Menteri?
Malahan, tuduhan Dr Mahathir terhadap hudud adalah satu bentuk kemunafikan yang cukup besar.

Ada bukti bertulis Dr. Mahathir menolak hokum syariah Islam dan ada rekod umum amaran diberikan oleh beliau untuk tindakan yang keras sekiranya hudud dilaksanakan di Kelantan.

Bukankah Mahathir memperlekehkan janggut Nabi?

Bukankah Mahathir mempermainkan hokum Qazaf dalam Islam serta menyebarkan dosa Qazaf kepada jutaan rakyat Malaysia?

Bukankah Mahathir yang telah menghina Islam banyak kali sepanjang pemerintahan beliau?

Bagi saya, tiada beza antara Mahathir dgn Karpal. Cumanya, Karpal tidak berbohong dan menyorok di belakang nama Islam. Karpal bukan Islam. Maknanya tidak salah untuk beliau tidak menerima hudud.

Mahathir mengaku Islam tapi menolak dan menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam. Itu adalah satu bentuk kemunafikan yang paling besar dan dosanya jauh lebih besar dari dosa Karpal.

Saya berdoa ada orang yang akan membuat laporan kepada MAhkamah Syariah supaya Mahathir dibicarakan atas tuduhan murtad kerana menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam.

Rakyat Malaysia ada hak untuk tahu samada Dr. Mahathir ini masih Islam atau tidak.

Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Mahathir, selar Nik Aziz
Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.
Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.”

“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).
“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir...
orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.

“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.

“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.
Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.

“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

12 comments:

Anonymous said...

Mudahnya mahkamah islam pas bersidang dan menjatuhkan hukum....kalau mcm ni pas perintah negara...alamat bukan hukum islam yg pas buat tapi hukum mengikut selera dan pandangan pas...hancur negara...hancur umat.....mintak dijauhkan dari pas...

TupperwareParty said...

Tak payah berdoa org lain buat laporan ke mahkamah syariah.. Apa kata engkau sendiri je buat laporan, baru gentleman bro.. apa da.. Jgn ckp tak serupa bikin..Buat jgn tak buat TB

Anonymous said...

Ya ramai orang PAS suka cakap berbeli-beli sejak kawan dengan lawyer DAP murtad tak ada serban tu.

Anonymous said...

Hang jangan main sedap mulut tuduh Mahathir tu Murtad. Hang lagi munafik tau.Apa hukum murtad tu hang boleh jatuhkan sesedap mulut hang.
Hang tu le mak bapak hantak sekolah tak nak belajar sungguh2, pastu bahasa melayu pun hang tak faham. Cuba hang hayati dan fahamkan apa yang Tun Mahathir tulis kat MB ngok hang tu...nak kelentong rakyat Kelantan boleh le.Awat MB Nik Aziz hang tu tak laksanakan hukum tu bila Tun Mahathir dah bersara? Masih nak dolak dalek. Dah bengong tak tahu macam mana nak laksanakan hudud dok salahkan orang lain. Dalam Islam ni bukan hukum hudud je yg ada tau. Pi belajar sampai abis dan dalami Islam tu dulu sebelum pepandai kata orang murtad. Apa hak hang nak tau TDM tu murtad ke tak? Dia tak bongkak macam hangpa, ilmu besar taik hidung rasa macam le dah dalam macam lautan.
Ni..awat hang saja tak pi repot kat mahkamah syariah kata TDM murtad? Pi le boleh le lepas ni kalau hang salah aku mintak mahkamah syariah pulak bicara hang kerana fitnah TDM....ada berani ke?

abu idris said...

Ar Rayah World News
http://www.arrayah.info/
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global - Khilafah Islamiyah

V7 said...

islam, kafir dan murtad itu kerja Allah SWT...Tulang Babi nak ambik alih kerja Allah SWT ker??? atau lebih tepat lagi tulang babi nak jadi tuhan ker...

V7 said...

aku rasa, tulang babi kena tanya hadi dulu samada hukum hudud tu ada ker tidak dalam quran...bukan apa takut-takut hadi keluar fatwa kata hudud tak ada dalam quran...

Anonymous said...

mnentang hukum HUDUD sama seperti menentang ALLAH.....klau dh mnentang ALLAH ............????? x murtad ke ???

V7 said...

Anonymous June 10, 2011 9:30 AM
said...

mnentang hukum HUDUD sama seperti menentang ALLAH.....klau dh mnentang ALLAH ............????? x murtad ke ???
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

siapa yang tentang hudud??? hadi awang ker???

maksud kau kalau tentang hudud hukumnya murtad lah???

negara berkebajikan buat hukum hudud ker???

kalau negara berkebajikan tak buat hudud maksudnya orang yang mencetuskan negara berkebajikan tu menentang hudud lah...dan bila dia menentang hudud maksudnya dia menentang Allah SWT. kalau dah menentang Allah maknanya dia murtad lah...

maksud kau hadi awang presiden parti islam semalaysia tu murtad lah???

Aurafaz said...

Kerana DAP org PAS sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa mengadai akidah. hebat hebat

Anonymous said...

kpd yg empunya blogger.... adalah lebih baik jika anda tidak mengomen peribadi pemimpin2 umno krn .... di mata penyokong2 umno, pemimpin mereka adalah maksum, biarlah di dpn mata mereka sendiri pemimpin2 itu melakukan segala macam larangan allah dan menentang segala suruhan allah tapi krn tiada istilah halal/haram dlm mereka menjalankan pemerintahan dan tiada istilah dosa pahala dlm mengekalkan kuasa mereka. kepercayaan kpd rukun islam dan rukun iman hanya mainan di mulut. ape yg di maksudkan dgn 'kepercayaan' itu sendiri tidak mereka fahami. segala wahyu allah hanyalah mainan utk mereka meng'halal'kan cara sama macam artis2 berkata mereka cari makan cara halal. ape yg dimaksudkan dgn 'kafir', 'fasik' dan 'munafik tidak mrk fahami. sstghnye membaca wahyu2 allah utk di putarbelitkan bukan utk mencari sirotul mustaqim. dr menghabiskan masa dgn bertengkar ttg siapa salah siapa betul tanpa ilmu adalah lebih baik baca wahyu2 allah yg dgn jelas menunjukkkan org yg benar dan yg salah. lg 1, saya perhatikan keyakinan manusia yg mengaku diri mrk islam(satu dunia,bukan kat malaysia je)terhadap adanya hari qiamat adalah 0% krn mrk lebih taksub kpd dunia. ingatlah kpd kehidupan yg kekal itu nanti dan lakukanlan apa shj kebaikan krn allah swt. tq

V7 said...

Anonymous
June 11, 2011 3:57 PM said...

kpd yg empunya blogger.... adalah lebih baik jika anda tidak mengomen peribadi pemimpin2 umno krn .... di mata penyokong2 umno, pemimpin mereka adalah maksum, biarlah di dpn mata mereka sendiri pemimpin2 itu melakukan segala macam larangan allah dan menentang segala suruhan allah tapi krn tiada istilah halal/haram dlm mereka menjalankan pemerintahan dan tiada istilah dosa pahala dlm mengekalkan kuasa mereka. kepercayaan kpd rukun islam dan rukun iman hanya mainan di mulut. ape yg di maksudkan dgn 'kepercayaan' itu sendiri tidak mereka fahami. segala wahyu allah hanyalah mainan utk mereka meng'halal'kan cara sama macam artis2 berkata mereka cari makan cara halal. ape yg dimaksudkan dgn 'kafir', 'fasik' dan 'munafik tidak mrk fahami. sstghnye membaca wahyu2 allah utk di putarbelitkan bukan utk mencari sirotul mustaqim. dr menghabiskan masa dgn bertengkar ttg siapa salah siapa betul tanpa ilmu adalah lebih baik baca wahyu2 allah yg dgn jelas menunjukkkan org yg benar dan yg salah. lg 1, saya perhatikan keyakinan manusia yg mengaku diri mrk islam(satu dunia,bukan kat malaysia je)terhadap adanya hari qiamat adalah 0% krn mrk lebih taksub kpd dunia. ingatlah kpd kehidupan yg kekal itu nanti dan lakukanlan apa shj kebaikan krn allah swt. tq
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kau cakap nie kena batang hidung kau sendiri nie...yang taksub dengan nik ajis sesat tu sampai sanggup sembah nik ajis bukan kau dan puak-puak pas kau tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.