Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 13, 2011

"Negara Berkebajikan" Wujud Sebelum PAS Bekerjasama Dengan DAP Lagi

Media-media UMNO dalam beberapa hari ini beriya-iya menuduh PAS mengorbankan prinsip kerana mengkedepankan konsep “Negara Berkebajikan”.

Sedarkah mereka “Negara Berkebajikan” ini adalah polisi yang PAS pegang sebelum Pilihanraya 2008 lagi.

Yakni, sebelum PAS menjalin hubungan dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Jelasnya, tidak timbul soal PAS menggadai prinsip kepada DAP atau PKR. Ini kerana polisi "Negara Berkebajikan" telah pun PAS kehadapankan sebelum Pilihanraya 2008 lagi.

Di bawah adalah kenyataan akhbar Presiden PAS Pusat bertarikh 27 Februari 2008 yang diambil terus dari Laman Presiden PAS Pusat:

NEGARA BERKEBAJIKAN : TAWARAN PAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Ditulis oleh DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG Rabu, 27 Februari 2008 03:30
Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan. PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.
Konsep dan definisi
Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
Sejarah
Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.
Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.
Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:

1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
4. Menurunkan harga petrol dan gas.
5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
6. Melaksanakan akta gaji minima
7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari
Penegasan dan Gesaan
Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

21 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

7 comments:

Anonymous said...

puak2 dengki tu macam2 dicakap, selagi ada lidah... tu ada org cakap mereka lebih pas drp org pas sendiri (bila ulas lepas muktamar baru2 ni),
konon org2 pas kecewa, pas tak tetap arah perjuangan bla bla...

gerammmm...

serenity9260 said...

tv3 boleh nafikan segala galanya untuk tuan diorg,BN!!!!!!


Ni best bro!!!
Jawapan Untuk SKMM Kerana Menutup Site Sharing File

Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Anonymous said...

Ini ayat Al-Quran berkaitan kebajikan:

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu
ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian
Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anakanak
yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang
meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta
mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat
perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga
dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah
orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang
bertaqwa." (Al-Baqarah 2:177) |

Wake UP! said...

Tok soh dok ciluk idea UMNO la. Semua tu UMNO dah wat lama dah.

Naper peniaga pasar lama di Kota Bharu tu marah sebab letrik dipotong?

drrita said...

tak payah la nak pusing2 BABi..
mana die negara ISLE muuu????

hassan said...

ciluk tak ciluk, PRU13 mapuhlah UMNO, nak kambus dalam laut gak macam amerika buat kat osama

Anonymous said...

belum tahu lagi pru 13 nanti macam mana...jangan pas jadi arwah macam negara islam depa sudah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.