Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 2, 2011

Pakatan Rakyat Memerlukan Abang Mat Untuk 2 Tahun Mendatang Ini

Sedar atau tidak, pilihanraya yang akan datang bakal menentukan survival Pakatan Rakyat ataupun UMNO/BN. Sesiapa yang kalah, bakal tidak mampu menghadapi pilihanraya2 seterusnya.

Di dalam Ustaz Nasa menjadi Timbalan Presiden sepanjang dua tahun kebelakangan ini, Abang Mat Sabu telah memainkan peranan yang AMAT BESAR di dalam menjamin keharmonian Pakatan Rakyat serta menjamin Pakatan Rakyat tidak pecah.

Hubungan pribadi Abang Mat dengan SU Agung DAP, Lim Guan Eng, telah banyak menyelesaikan masaalah serta perbezaan pendapat sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Hasil dari kerja tangan Abang Mat Sabu, Pakatan Rakyat mempu kekal bersatu dan menghadapi semua cabaran serta serangan UMNO dan Barisan Nasional.

Ini adalah hakikat yang diakui semua yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Pakatan Rakyat. Abang Mat Sabu mempunyai peranan yang cukup besar di dalam mempertahankan Pakatan Rakyat.

Pilihanraya depan, PAS akan berhadapan dengan UMNO sebagai komponen Pakatan Rakyat. Ertinya harapan PAS untuk menang lebih banyak kerusi bergantung kepada kuat dan mantapnya Pakatan Rakyat.

Sekiranya Pakatan Rakyat masuk pilihanraya dalam keadaan lemah dan berpecah, natijahnya PAS yang akan hilang kerusi paling banyak berbanding dengan parti lain.

Secara mudahnya, Pakatan Rakyat yang mantap menjamin kerusi yang banyak untuk PAS sendiri.

Maka, bagi Tulang Besi, demi menjamin PAS memenangi lebih banyak kerusi dalam Pilihanraya yang akan datang, Abang Mat Sabu mesti dinaikkan sebagai Timbalan Presiden, biarlah untuk 2 tahun sahaja pun tak pa.

Bagi penyokong Dato’ Tuan Ibrahim, masa dua tahun itu terlampau pendek tetapi penting untuk masa depan PAS. Dalam dua tahun lagi, boleh kita undi Dato Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden ataupun Presiden PAS. MAsa itu mungkin Dato Tuan Ibrahim telah pun menjadi MB Pahang, inshaalah.

Tulang Besi

1 comment:

Anonymous said...

1.dr Harun Din dah bersuara,kekalkan gandingan hadi dan nasharuddin.
2.cakap makhluk macam hangpa ni sesuai untuk puak-puak dalam hutan je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.