Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 30, 2011

Patutlah SPR Sebuk Sangat Nak Guna Sistem Biometrik

NOTA EDITOR: Terima kasih ANAKSUNGAI DERHAKA. Lepas ni, kita boleh lihat berderet Bangla dan Myanmar mengundi beratur sama dengan kita. Lagi pula, sistem biometrik ni ada pusat kawalannya. Siapa lagi yang akan mengawalnya kalau tidak orang-orang yang dipilih Barisan Nasional. Betul tak?

Kenapa takut sangat dengan dakwat kekal? Ia murah dan mudah dipakai serta berkesan?

Patutlah SPR sibuk nak gunakan Sistem Biometrik....
Beberapa hari yang lalu... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.

500,000 warga Bangladesh didaftar menerusi sistem biometrik

PUTRAJAYA 29 Jun - Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan,” katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata proses itu akan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam pada peringkat makro, untuk mengkaji bagaimana proses itu dapat dilaksanakan segera manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Datuk Alwi Ibrahim akan meneliti proses pendaftaran. - Bernama

1 comment:

zakwan said...

No wonder job opportunities are now scarce
We're being too generous to our Bangla counterparts

This is similar to the government giving away RM 12 million worth scholarship money to African students as a sign of good gesture to fellow tyrants Robert Mugabe and Omar Bashir

Just as the saying goes:
"Kera di hutan disusu, anak di rumah mati kebuluran"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.