Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 8, 2011

Pemilihan PAS 2011 Adalah Kemenangan Arwah Fadzil Nor

NOTA EDITOR: Saya dah tau lama dah pasal pertembungan aliran Ustaz-Ulama orthodox (dikenali sebagai kumpulan "ulama") dgn pembaharuan yang mahu dibawa Arwah Ustaz Fadzil.

Tulang Besi ada pengalaman pribadi bagaimana kumpulan ulama di dalam PAS begitu memusuhi pembaharuan yang mahu dibawa oleh Arwah Ustaz Fadzil Nor.


Saya tahu secara pribadi, agenda "PAS untuk Semua" telah disabotaj golongan "Ulama"(UG) dan golongan ini menggantikan dengan "Dokumen Negara Islam" sebelum pilihanraya 2004.

Kesannya adalah PAS kalah tergolek pada 2004 dari 27 kerusi Parlimen turun kepada 6 kerusi. Juga, PAS hilang negeri Terengganu. Hilang habis segala harapan PAS untuk memerintah Malaysia selepas 2004. Segala harapan hanya tinggal abu.

Kekalahan teruk 2004 telah menyebabkan Timbalan Presiden PAS pada masa itu, ustaz Hasan Shukri diturunkan takhta serta diganti oleh Ustaz NAsa yang diharap dapat membawa perubahan arwah Ustaz Fadzil Nor.


Dan terbukti, agenda PAS UNTUK SEMUA serta Negara Berkebajikan dikedepankan pada pilihanraya 2008 berjaya membawa kejayaan gemilang kepada PAS.

Malangnya, agenda itu sekali lagi disabotaj oleh golongan ulama (orthodox) kerana mereka mengkedepankan agenda "KERAJAANG PERPADUANG".

Sungguh tidak disangka-sangka, golongan ulama dalam PAS telah belot kepada pejuangan PAS dan mahu membawa PAS duduk dalam satu kelambu dengan UMNO.

Maka keputusan 2011, perwakilan menolak golongan ulama dan menaikan mereka-mereka yang komited dengan perjuangan peninggalan Arwah Ustaz Fadzil Nor.

Semoga wasiat Ustaz Fadzil Nor ini dapat diterjemahkan dengan lebih baik dengan kepimpinan yang baru ini.

Ada kemungkinan kekalahan Ustaz Tuan Ibrahim adalah kerana ustaz Tuan tidak dilihat sebagai salah seorang yang membawa wasiat Arwah Ustaz Fadzil Nor.

Ustaz Tuan cuma dilihat lebih cenderung kepada golongan ulama yang anti kepada agenda Arwah Ustaz Fadzil Nor.

Kumpulan yang baru menang ini adalah mereka yang memikul amant Arwah Ustaz Fadzil Mohd Nor. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Wallahualam

ps pernah dengar dengan teliga Tulang Besi sendiri dari salah seorang ahli keluarga Arwah Ustaz Fadzil, bahawa beliau jelak dengan gaya dan cara golongan lulusan agama yang tiada jalan lain kecuali mengharamkan itu dan ini. Tidak ada jalan yang kreatif mahupun menarik bagi menarik umat kepada Islam. Hanya tahu haram,haram, haram.



Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai – oleh Liew Chin Tong



7 June 2011



7 JUN – Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.

Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.

Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.

Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.



Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:
● Masyarakat madani
● Hak saksama (al-musaawah)
● Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
● Keadilan (al-‘adalah)
● Meritokrasi (as-solahiyah)
● Negara berkebajikan
● Pentadbiran dinamik dan inovatif

Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.

Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.

Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.

Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:

● Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law

● Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah

● Takwa

● Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)

● Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)

● Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’

● Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.

Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.

Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.

Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.

Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.

Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.

Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.

Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.

Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com

Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera

9 comments:

V7 said...

maksudnya kumpulan fadzil nor menolak ulamak???

Anonymous said...

Suka atau tidak apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir amat betul, Karpal menang . PAS dah tukar slogan negara Islam kepada negara kebajikan. PAS kalah. Pemimpin PAS lagi lemah dari pemimpin UMNO. Orang Melayu semua sedih dengan sikap pemimpin PAS.

mohamad said...

ustaz fadhil tidak tolak ulama. perkara asas tetap sama. berbeza dari segi approach. perasaan aku lebih baik dari orang lain itulah yang merosakkan. tapi tak jadi masalah sebab kita masih bebas memilih pemimpin. setiap alasan mesti ada hujjah yang kukuh. oleh itu ilmu amat mustahak sebagai pemandu. kalau jahil, nilai amat rendah. kalau dalam UMNO harganya paling mahal RM300. jual segalanya.

Supar Yop said...

Corak kepimpinan PAS sekarang bakal membawa ke jurang yg lebih teruk dari keputusan PRU 2004.Orang melayu melihat PAS SBG TIADA PENDIRIAN - dulu bersungguh mengkafirkan UMNO skrg bersepakat samapai keluar amanat Hadi. Skrg dah sepakat pulak dgn Kafir Harbi DAP dgn mengenepikan negara Islam dan menegakan negara kebajikan konon. Dulu dgn melayu nak ajak gaduh sj, tapi dgn cina nak bersatu sj walaupun mereka jelas tak iktiraf Islam.Kenyataan seorang tok guru bahwa dalam Quran tidak ada sebut negara Islam sebijik macam Astora Jabat, ulamak murahan tahun 80an.Sungguh memalukan

V7 said...

perkara asas tetap sama??? negara islam kan tak ada dalam quran...negara kebajikan ada...asas apa yang sama???

ilmu mustahak??? maksud kau nak masuk syurga ilmu kena tinggi lah...kalau tak berilmu ahli neraka ker???

kalau tak tolak ulamak kenapa tak pilih ulamak jadi pemimpin??? kena mesti pilih golongan professional jadi pemimpin...adakah ilmu golongan professional lebih tinggi dari golongan ulamak???

Anonymous said...

Apa perjuangan PAS sebenarnya? Negara Islam, Perlaksanaan Hudud dan Syariah? Atau negara kebajikan?

Selama ni kafir mengkafir, undi masuk syurga, dakwaan pas itu Islam sudah pi mana?

Tulisan ini jelas menunjukkan pas itu adalah parti politik semata-mata.

Anonymous said...

PAS = Parti Agama Se-Malaysia

PIS = Parti Islam Se-Malaysia

Agama ni ada macam-macam agama. Islam tetap satu.

mungkin hari ni kita lebih faham kenapa selama 50 mereka masih di panggi PAS. Sebab mungkin mereka akan menjadi parti bagi semua agama di Malaysia.

Melaksanakan "negara Islam" bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab didalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan "negara kebajikan" belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik. [Zulkfli Nordin]

Anonymous said...

slogan "PAs untuk semua" "PAS for all" ni masa 2006-2008... bukan masa election 2004... nampak sangat hang spin fakta... macam mana nak di sabotaj masa election 2004... abis PKR dari 5 parlimen sampai tinggai 1 (majoriti kurang 100) tu pun pasai ada geng ulama UG dalam PKR juga ke?

BTW hang pernah duduk di kawasan luar bandar ke?? kawasan dimana banyak PAS bertanding?

Tulang Besi said...

slogan "PAs untuk semua" "PAS for all" ni masa 2006-2008... bukan masa election 2004... nampak sangat hang spin fakta... macam mana nak di sabotaj masa election 2004... abis PKR dari 5 parlimen sampai tinggai 1 (majoriti kurang 100) tu pun pasai ada geng ulama UG dalam PKR juga ke?

BTW hang pernah duduk di kawasan luar bandar ke?? kawasan dimana banyak PAS bertanding?
.

Slogan PAS untuk Semua pada asalnya mahu dijanakan sebelum 2004.

Tapi, disabotaj oleh geng ulama/terengganu. lepas tu diganti dgn Dokumen Negara ISlam yang telah membunuh PAS pada 2004.

Saya terlibat secara pribadi dalam usaha ini. Saya tahu apa yang saya katakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.