Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 13, 2011

Pengajaran Kepada Hasan Ali dan Ustaz NAsa

Pengajaran terbesar kepada mereka adalah:

Bila buang kawan untuk berkawan dengan musuh, alamat buruk padahnya

Ustaz Nasa, Hasan Ali dan Ustaz Harun Din tidak pernah disukai oleh Geng “Ulama”/Terengganu sejak zaman dahulu lagi. Tulang Besi mempunyai maklumat secara terus dan pengalaman pribadi.

Mereka sentiasa di kutuk, diumpat dan diburukkan kepada sekelian ahli-ahli PAS dengan berbagai-bagai fitnah dan dusta.

Namun, keputusan pilihanraya 2008 menukar segalanya. Secara tiba-tiba, agenda PERPADUANG telah menyatukan mereka semua.

Tiba-tiba Ustaz Nasa, Hasan Ali dan Harun Din menjadi siulan dan percakapan golongan “Ustaz”/Terengganu ini.

Secara tiba-tiba Ustaz Nasa dinaikkan taraf kepada taraf “ulama” dan Hasan Ali mendapat sokongan padu dari ketiga-tiga Dewan di Negeri Selangor.

Secara tiba-tiba semua ahli PAS dikempen untuk member wala’ kepada Ustaz Nasa dan tidak boleh ada ahli PAS yang melanggar arahan serta kata-kata Ustaz Nasa.

Yang menghairankan, kempen dalaman ini dilakukan oleh mereka-mereka yang satu masa dahulu hebat menyebarkan fitnah serta dusta terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Harun Din.

Mereka yang pernah menjadi kawan dan pendokong Hasan Ali dan Ustaz NAsa telah dibuang ke dalam tong sampah. Malahan, mereka ini telah dilabel dengan berbagai-bagai label seperti tak wala’, geng Anwar, anti ulama dan sebagainya.

Secara mudahnya, agenda perpaduang dengan UMNO telah menyatukan Hasan Ali, Ustaz NAsa dan Harun Din dengan musuh-musuh tradisi mereka. Agenda Perpaduang telah menjadikan kawan mereka yang azali menjadi musuh.

Malangnya, selepas pemilihan 2009, segalanya berubah. Kalau masa pemilihan 2009 majoriti ahli masih tidak mengetahui berkaitan dengan “geng perpaduang” dalam PAS, selepas itu maklumat berkaitan dengannya tersebar luas.

Majoriti perwakilan telah sedar mereka ditipu pada Muktamar 2009 kerana mereka sangkakan mereka mahu melindungi Kepimpinan Ulama. Rupanya, mereka telah mengundi calon yang akan membawa mereka ke mulut buaya (yakni kea rah perpaduang dengan UMNO.

Maka, setahun sebelum Muktamar 2011, Ustaz NAsa telah dilawati rombongan dari bekas musuh beliau (Geng Ulama/Terengganu). Rombongan tersebut meminta supaya Ustaz Nasa menarik diri dari jawatan Timbalan Presiden. Malahan, pada masa itu lagi nama Dato Tuan Ibrahim telah disebut sebagai pengganti beliau.

PAda masa itu, barulah Ustaz Nasa sedar beliau keseorangan. Musuh yang telah menjadi kawan baru beliau, sudah pun mem”fail”kan fasakh terhadap beliau. Kawan yang beliau khianat dahulu tidak mungkin akan menerima beliau balik.

Maka, dalam pertemuan dengan rombongan tersebut, Ustaz Nasa menyatakan sikap degil dan menolak permintaan mereka.

Dan mengikut sumber-sumber yang sampai pada Tulang Besi, ustaz Nasaruddin amat gembira apabila Abang Mat Sabu diisytiharkan menang. Beliau bukan gembira kerana Abang Mat menang, tapi beliau gembira kerana Dato Tuan Ibrahim telah kalah.

Beliau puas hati calon pilihan kumpulan “Ustaz”/Terengganu tidak berjaya mengganti beliau.

Dato Hasan Ali pula cuba untuk mempertahankan “status quo” dalam Mesyuarat AJK pertama selepas Muktamar 2011. Beliau yang pertama menyatakan betapa perlunya pemegang jawatan yang dahulu dikekalkan.

Namun, permintaan Dato Hasan Ali ditolak mentah-mentah. Dan akhirnya, Dato Hasan Ali tercampak dari kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Maklumat yang Tulang Besi dapat, walaupun ada usaha untuk mengekalkan Dato Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya, namun kes beliau ini sudah terlampau berat.

Dikhabarkan, aduan disiplin Tulang Besi yang diserahkan kepada SU Agung juga menjadi salah satu “hujjah” mengapa beliau harus ditukar dari menduduki kerusi PJ Selangor.

Itulah pentingnya menjadikan segalanya dalam bentuk hitam putih. Kalau tidak puas hati dengan pemegang2 jawatan dalam PAS, buat aduan secara hitam putih kepada mereka yang berkuasa di dalam PAS. Jangan hanya mengomel di belakang semata-mata.

Yang masih tinggal keseorangan sekarang ini adalah Dato Harun Din. Saya tak yakin Dato Harun Din akan mampu bertahan lama. Beliau sudah tiada kawan dan beliau tidak mungkin lagi mendapat sokongan dari kumpulan yang pernah menyokong beliau.

Syukur pemilihan baru2 ini menjelaskan kepada kita sikap sebenar mereka yang beriye-iye menggunakan label ulama untuk mendapat jawatan.

Mereka sedar mereka tiada “modal” untuk dipilih. Mereka menjaja label ulama bagi mendapat jawatan secara mudah tanpa dipersoal oleh sesiapa sahaja.

Kesilapan ini harus menjadi tauladan kepada semua ahli2 PAS. Jangan sekali mengkhianati kawan yang selama ini menjadi penyokong dan pendokong kita secara ikhlas. Hanya kerana jawatan MB Selangor dan Timbalan Perdana Menteri yang dijanjikan UMNO, buta semua mata. Buta akan jasa dan sokongan yang diberikan oleh kawan kita selama ini.


Tulang Besi


4 comments:

Anonymous said...

Mereka sentiasa di kutuk, diumpat dan diburukkan kepada sekelian ahli-ahli PAS dengan berbagai-bagai fitnah dan dusta.

TB mendedahkan pekung pas sendiri. Rupa-rupanya parti PAS tak mengamalkan ajaran Islam sebab SENTIASA melakukan dosa besar mengumpat, fitnah dan dusta.

Inilah dia kelibat sebuah parti yang kononnya Islam, tapi amalannya langsung tak Islam.

Anonymous said...

UMNO pun 2 kali 5 jugak.

Bahkan lagi teruk.

hassan said...

tahniah, teruskan pendedahan benar walaupun pahit untuk ditelan..tapi itulah penawarnya

Anonymous said...

iya ke guna nama ulama' untuk dapatkan jawatan?

TB cuba tengok pembangunan masjid di selangor bawah seliaan siapa?

mungkin boleh muhasabah diri dulu sebelum muhasabah orang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.