Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 20, 2011

Pengerusi SPR Membisu Berkenaan Dakwat Kekal


Kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya yang terbaru cuba untuk menampakkan seolah-olah BERSIH membuat tuntutan yang tidak munasabah. Namun, bagi Tulang Besi, ia seharusnya tidak menjadi satu kehairanan.

Ini kerana umum mengetahui SPR adalah biro UMNO. Yang terbaru adalah dalam pilihanraya Sarawak apabila calon BN di Muara Tuang telah dibenarkan bertanding walaupun tidak mengepilkan laporan kewangan beliau di dalam borang penamaan calon.

Juga, SPR telah menolak mentah-mentah permintaan PKR untuk kiraan semula di DUN Senadin walaupun Akta Pilihanraya membenarkannya.

Itu tidak masuk lagi tindakan2 SPR yang menyebelahi Barisan Nasional yang telah menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh.

Yang menarik dari kenyataan terbaru Pengerusi SPR yang terbaru adalah keengganan beliau menyentuh tuntutan dakwat kekal kepada setiap pengundi. Berbagai2 contoh yang diberikan oleh beliau untuk menolak tuntutan2 BERSIH, namun tuntutan pemakaian dakwat kekal tidak disentuh oleh beliau.

Ini kerana TIADA ALASAN bagi SPR untuk TIDAK MELAKSANAKAN pemakaian dakwat kekal. Negara Indonesia yang mempunyai 238 juta jiwa itu boleh melaksanakan pemakaian dakwat kekal kepada setiap pengundi (sila rujuk gambar di atas).

Maka, TIADA ALASAN UNTUK SPR MALAYSIA untuk tidak melaksanakan tuntutan ini. Indonesia yang jauh lebih besar dan lebih komplex pilihanrayanya boleh melaksanakan sistem ini, inikan pula Malaysia yang hanya mempunyai 27 juta jiwa.

Jelas dan terang, SPR telah melacurkan diri mereka untuk UMNO dan Barisan Nasional. Mereka tidak akan berganjak dari melakukan perubahan2 yang dituntut rakyat Malaysia melainkan rakyat Malaysia sendiri bangun dan menuntutnya.

Ingatlah kesemua diktator dalam dunia bermula kejatuhan mereka dengan mereka menipu dalam pilihanraya mereka. Di Mesir, misalnya, setahun sebelum revolusi Mesir 2011, Mubarak telah melakukan penipuan pilihanraya secara terang-terangan sehingga ke tahap rakyat sudah tidak tahan lagi dan turun ke jalanraya.

Masanya rakyat Malaysia menuntut hak mereka. Ayoh BERSIH 2.0

Tulang Besi

1 comment:

Anonymous said...

tuan, dakwat tu sah dibawa solat tak? saya pun sokong guna dakwat sbb byk sgt kad pengenalan palsu sekarang ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.