Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 2, 2011

Rahim Thamby Chik Pun Anti Kumpulan "Erdogan"



Ada orang email keratan akhbar di atas. Kalau ada dalam PAS yang anti "Kumpulan Erdogan", bererti setaraf dan sebarisan lah mereka itu dengan Rahim Thamby Chik.

Begitulah adanya.

Tulang Besi

ps Artikel di atas ditulis seperti berikut bagi mereka yang tak dapat baca dengan jelas:

Pemimpin Pas kini sudah ditanam dengan pemikiran yang dicipta Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan mereka tetap mempertahankan Ketua Umum PKR itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menjadi mangsa ‘kumpulan erdogan’ sehingga menganggap Anwar tidak bersalah walaupun apa saja dilakukannya.

“Kumpulan erdogan ini memang ditanam oleh Anwar dalam Pas seperti juga dia lakukan pada UMNO dahulu. Inilah yang menguasai pemikiran dan pandangan Nik Aziz sekarang hingga menjadi sempit dan terasing.

“Ia juga menyebabkan Nik Aziz hanya mendengar kepada kumpulan erdogan ini untuk membela Anwar, walaupun segala pembuktian yang ada menjurus ke arah kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 Koperasi Rancangan Tanah Pinggir Kawasan Masjid Tanah di Dewan Japerun Lendu, di sini, semalam.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, pemikiran yang ditanam kepada Nik Aziz kumpulan itu juga boleh merosakkan pemimpin Pas pada masa akan datang.

“Saya khuatir, pada masa akan datang kepimpinan seperti Nik Aziz ini akan menjadi persoalan amat besar dalam Pas itu sendiri apabila ia menggunakan pemikiran sehala sahaja.

“Pemikiran sehala yang dimaksudkan adalah dengan tidak melihat faktor lain dan tidak memberi ruang kepada perkara lain untuk dipertimbangkan,” katanya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.