Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 1, 2011

Siapa yang UMNO Takut? Abang Mat, Tuan Ibrahim atau Nasa

Dari coretan-coretan akhbar milik UMNO seminggu dua ini berani Tulang Besi merumuskan:

Abang Mat Sabu : Calon Timbalan Presiden yang paling DITAKUTI dan DIBENCI UMNO. Mereka tahu, kalau abang Mat jadi Timbalan Presiden, harapan untuk menubuhkan KERAJAANG PERPADUANG dengan PAS hampir 100% pupus. Malahan, mereka pula terpaksa berhdapan dengan PAS yang akan begitu garang melawan segala penipuan serta putar belit pilihanraya yang sedang mereka taja sekarang ini.

Ustaz Nasaruddin Mat Isa : Calon impian dan idaman UMNO dan Barisan Nasional. Kalau Nasa menang kenduri besar UMNO seluruh negara. Bersiap sedialah PAS untuk kalah dengan lebih teruk selepas ini kalau ansa menang.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man : Yang menjadi fakta, UMNO tidak takut atau benci dengan Ustaz Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden. Samada mereka suka atau tidak, saya tidak pasti. Cumanya, MUBARAK, Persatuan yang berkiblatkan UMNO, secara terbuka menyokong Tuan Ibrahim sebagai calon Timbalan Presiden.

Yang jelasnya, PAS memerlukan Timbalan Presiden yang "kebal UMNO". Sampai bila kepimpinan PAS akan terus beroperasi dalam keadaan tidak tentu hala tuju. Yakni badan di dalam Pakatan Rakyat, tapi hati bersama UMNO?

Kesannya adalah PAS tidak mungkin dapat maju ke depan manakala UMNO menggunakan peluang ini untuk menguatkan kedudukan mereka di kalangan orang Melayu lantaran PAS tidak melangkah ke hadapan dengan cergas.

3 tahun sudah terbuang angkara ini. Peluang PAS memberi pukulan maut kepada UMNO tidak digunakan lantaran sepanjang 3 tahun kebelakangan ini PAS tidak jelas kedudukan mereka. Hati dgn UMNO tapi badan dengan Pakatan Rakyat.

Jalannya mudah untuk mengubati penyakit ini. Paastikan Abang Mat menjadi timbalan Presiden. Kerana jelas di hadapan kita UMNO amat takut Abang Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS.

Cumanya, kalau Abang Mat jadi Timbalan Presiden, kita semua letih nak berdemo sebab Timbalan Presiden sendiri akan memimpin demo.

Tulang Besi

5 comments:

anuar C W said...

mat sabu timbalan perisden.. nanti muktamar skali lg tulang lembu masuklah bertanding naib prsden....

anuar C W said...

mat sabu timbalan perisden.. nanti muktamar skali lg tulang lembu masuklah bertanding naib prsden....

Anonymous said...

Tulang Besi Bila tiba saja musim pemilihan Pas Pusat maka ramai para Ustaz yang dok sembunyikan Ayat ini heran kenapa

Al Baqarah Ayat 246
"tidakkah Engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh Kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak Diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," mereka berkata: "Mengapa pula Kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang Kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" maka apabila perang itu Diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang zalim.

AlBaqarah Ayat 2 4 7 .
dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi
meliputi ilmuNya. "

Oleh itu saya amat yakin masa untuk MAD SABU memimpin sudah sampai sama lah seperti mana revolusi yang belaku di Negeri Arab.Iannya di pimpin oleh orang muda yang berani dan berpengetahuan dai segi IT bukan sekadar Ilmu dalam kitab kita yang tak luak di baca.Tetap semagat semakin kendur.Lagi banyak Ilmu lagi pegecut jadinya.Oleh itu tiada pilihan .

Anonymous said...

sebenarnya dalam permainan politik ni tak ada yang betul bendul... ada yang tersurat dan tersirat. Sokongan utusan dan Mubarak kepada Ustaz Nasa dan Ustaz Tuan Ibrahim mungkin adalah tersurat, tetapi yang tersiratnya adalah mereka menyokong MAt Sabu.

Semua org tahu Utusan adalah lidah rasmi UMNO dan Mubarak adalah persatuan bekas wakil rakyat UMNO.. jadi mana orang PAS yang akan dengar cakap cakap Utusan dan Mubarak ni. Jadi apa yang dicakap oleh 2 organisasi ni dibaca tersurat / langsung oleh org UMNO tetapi bagi oranbg PAs ianya dibaca terbalik/tersirat... kerana orang PAS tak percaya kepada Utusan dan Mubarak ni. (mungkin TB saja orang PAS yang percaya sangat sangat apa Utusan dan mubarak ni kata kut)... dalam kes Pemilihan PAS, audiance dia adalah orang PAS.. jadi yang sebenarnya utusan menyokong Mat Sabu dengan menulis/buat kenyataan sokong lawan Mat Sabu. Dan Mat Sabu lah calon pilihan UMNO ...

yang saya kata Utusan/UMNO secara terselindung sokong Mat Sabu ialah kerana terdapat weakest point pada Mat Sabu, yang boleh dieksplotasi oleh UMNO iaitu kes Khalwat yang akhiran kisahnya agak kelabu. jadi kalau TB nak bantu Mat Sabu menang, TB Wajib menjelaskan kepada orang ramai yang spa sebenarnya terjadi dalam kes khalwat tersebut. Dan bila kes khalwat ini dimainkan UMNO, ianya senada dengan kes berbau seks Anwar... ada synchronization di situ bagi menyenangkan kerja kerja UMNO utk menjarakkan PAS/PKR dari orang Melayu terutama di pendalaman...

nak kata PAs akan kalah teruk kalau Nasa menang... selama beberapa penggal ni jawatan Tim. presiden disandang oleh Nasa...

Anonymous said...

sebenarnya TB (tulang babi) ni memang bodoh, secara tak langsung dia dah bantu umno untuk pastikan abg mat biol dia tu menang calon timbalan presiden parti ajaran sesat (PAS) dia tu.

kalau mat labu tu menang, aku ingat umno pasti buat kenduri besar punya...dan kalau dia menang menunjukkan orang pas sendiri sudah pilih ular dalam semak bukan pilih ulamak lagi sebagai pemimpin mereka...padan muka pas akhirnya jadi puak-puak malaon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.