Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 4, 2011

Syukur Alhamdulillah. Agenda Perpaduang Kalah Kali Ini....

Utusan Malaysia hari ini menyatakan kemarahan kepada Presiden PAS kerana ucapan dasar beliau menghentam ulama. Mengikut Utusan Malaysia, ulama2 dalam PAS menyokong UMNO.

Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

AHLI JAWATANKUASA KERJA (hanya 18 calon sahaja yang dipilih)
1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

14 comments:

otakbesi said...

KALAU TULANG BESI (tb) IKHLAS MAHU MENEGAKKAN DAN MENDAULAT ISLAM, MULAI HARI INI, MARILAH KITA BERJANJI AKAN HENTIKAN PANGGILAN PRO UG DAN ANTI UG DALAM PAS.

norman said...

alhamdulillah.....gandingan kepimpinan Presiden & Tim Presiden yang saya nanti-nantikan sejak 1987 lagi akhirnya muncul...

bangkitlah 'Singa PAS'!....walaupun telah melalui banyak mehnah & rintangan di dalam susur galur perjuangan sebelum ini.

Ulama' dibantu oleh Prefessional untuk terus meredah perjuangan Islam di Malaysia ini.....umpama air yang mengalir, walau cuba diempang atau disekat....pasti akan terus mencari titik-titik kelemahan untuk terus menembusinya....

sehinggalah....andaikata titik-titik lemah itu tidak dijumpainya....akhir pasti akan dirempuh apa jua halangan atau rintangan yang ada di hadapannya....demi untuk menuju ke matlamat akhirnya....

Tahniah kepada Abang Mat!

V7 said...

bagus lah akhirnya abang tiri tulang babi si mat labu tu menang...gembira nampak tulang babi hari nie...

akhirnya golongan yang mengaku pejuang islam sendiri telah menolak kepimpinan ulamak dan terima kepimpinan alamak...

Anonymous said...

1.mat sabu atau mat sapu?lama dok peghati perangai mat sabu ni dari dulu lagi.
2.zaman 80an-mat sapu-falsafah dia-sekampit untuk ana,sekampit untuk parti.ialah zaman pas susah-pakat-pakat derma semasa ceramah.
3.zaman 98-majalah tamadun-anuar telah dilaknati oleh Allah,waktu tu anuar tak keluar umno lagi.falsafah dia-al-juburi,muka anuar berjerawat-tanda melakukan liwat 1.pakat-pakat tak percaya!rujuk majalah tamaddun buah tangan ahmad lufti,sekarang pengarang harakah.
4.zaman sekarang-falsafah dia-takpa la dicucuk idung oleh puak kapiaq dap!!
5.apa yang telah dibawa oleh mat sabu!apa yang boleh dipelajari dari mat sabu!!dari segi agama!cara hidup!!
6.pakat-pakat pikiaq la noo!lepas ni rasuah!khalwat!akan menjadi perkara biasa dalam pas!ala macam umno jee!!tiada bezanya!!

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah. Agenda Perpaduang Kalah Kali Ini....
Marilah kita sama-sama teruskan perjuangan TB pecah belahkan umat islam supaya lebih lemah dan cina semakin kuat dengan DAP.

Amin

Pak Mat said...

Jawatan Setiausaha Agong kena tukaq bagi dekat orang lain, baru pentadbiran dan gerak kerja pusat lebih terancang dan tersusun. Sudah sampai masanya geng2 perpaduan ditendang dari kepimpinan Pas Pusat. Bukan masanya untuk berbaik2 dengan amno tapi matlamat utama ialah Putrajaya dan buku jingga.Lawan tetap Lawan....

Khun Pana aka johanssm said...

Syabas kepada Parti PAS.
PAS sudah matang dan sudah arif tentang cara penipuan dari umno.

umno rompak negara dan rakyat .
Rompakan terkini ialah malakoff kepunyaan kroni umno yang akan bekal letrik kepada TNB dengan harga 25 sen kWh.

Anonymous said...

Alhamdulillah.

Tahniah. Abang Mat Sabu- TP PAS= Amirul Jihad PAS @ "Panglima Jihad Gempur Firaun UMNO" yang baru.- TP PAS perlu tegas, istiqamah & agresif, jangan lembab dan lembik lagi ....... berdepan politik kotor, rasuah, jijik, lucah & ganas UMNO.

Begitu juga kepada ketiga-tiga NP PAS yang diperbaharui mandat ahli- Anda semua adalah "Pahlawan Hawariyyun Setia Syahid " - wajib membawa "Panji-panji Harapan Rakyat" ke Putrajaya walau dengan "gigitan gigi" sekiranya "terpotong semua tangan anda".- tiadalah NP PAS yang pengecut longlai berdepan dengan ahli2 munkar UMNO .....

Kepada semua AJK Pusat PAS yang baru; Anda semua adalah "Wira Murabbithun Gempur Maut UMNO/BN" yang menjadi benteng hadapan parti dan rakyat dari kefiraunan UMNO serta golongan-golongan bersekongkol dengan nya. AJK PAS Pusat yang bekerja dan berjuang untuk Islam & rakyat serta yang membuatkan ketua2 lanun UMNO tak tidur malam....

Insya Allah., kami, rakyat menumpah "bai'ah setia" bersama anda semua. Kita langsaikan "hutang" lama para pejuang terdahulu untuk lenyapkan kebongkakan UMNO dibumi Malaysia ini!

Ingatan keras:

Jangan ada seorang pun dari pucuk pimpinan baru PAS selepas ini yang "belot" mengkhianati amanah rakyat dengan “U-turn” menjilat UMNO sekadar terpesona dengan tawaran manis "asobiyyah jahiliyyah UMNO" dan hajat duniawi peribadi!.

Kami akan musuhi anda-anda yang "pembelot" dan "pengkhianat" terhadap amanah Allah, Rasul, Islam dan Ummah!

Allahu Akbar! 3x

Anonymous said...

Rukun Isle PAS yang baru;

1.Kepercayaan kepada DAP
2.Kesetiaan pada Kit Siang dan Guang Eng.
3.Penzina di agungkan.
4.Peliwat di junjung.
5.Tak de negara isle, cuma negara kebajikan.-Dipetik dari amanat Khalipap Guan Eng.

Anonymous said...

engko ni islam ke kapir?? islam tak ucap shukur pada perpecahan.

mat gegar said...

tewas nya nasha bersama agenda ukhuwah islamiah dan perpaduang seperti luncai terjun dgn lelabunya. ternyata agendanya tidak mendapat sokongan para jemaah.syabas untuk bro mat. walaupun penantian kita untuk lihat bro husam berganding dgn bro mat tidak menjadi tapi percaturan kita tetap menjadi. dgn barisan yg telah kita jangkakan, kita pasti pru 13 kali ini milik kita. kali ini kita pasti dapat menawan putrajaya dan mentadbir dari klcc oleh big bro kita. syabas dan bravo semua.

Anonymous said...

Akhirnya, golongan ulama dicampakkan ke lubang jamban oleh Erdogan. Begitulah perlunya "restu" dari pemegang kunci syurga dalam perjuangan PAS.


Kasihan perwakilan PAS, dibadigolsootkan oleh kuncu-kuncu Anwar.


Perwakilan PAS sangat jahil tentang politik. Apa yang mereka tahu? Pemimpin bercakap tersembur air liur, maka itulah ikutan mereka. Jangan dibantah, nanti berdosa!


Inilah akibat dari kitab suci mereka, Haramkah yang membodoh-bodohkan ahlul PAS, sehingga tidak mampu berfikir di luar kotak. Jangankan di luar kotak, di depan muka pun tidak mampu difahami. Bodoh piang.


Anwar melonjak sakan. Gembira dengan khabar baik ini.

Tulang Besi said...

Yang jelasnya UMNO gelabah. kemenangan Mat Sabu menjadikan PAS berpotensi besar menjadi pengganti UMNO.

Harapan untuk PERPADUANG juga hancur berkecai-kecai.

kabinet baru PAS ini GELI GELEMAN tekak bila dengar pasal perpaduang ni.

Alhamdulillah

Anonymous said...

Berapa kali UMNO nak bersandiwara dengan perpaduan Melayu dan kedaulatan Islam untuk TIPU para ahli & pemimpin PAS?

Diskrimanasi UMNO terhadap PAS tak pernah surut ...

Kadang2 terfikir MCA & MIC lebih mendapat "hak istimewa" daripada melayu PAS/ melayu PKR/ dll ditindas melalui ISA, Mahkamah, SPR, SPRM, myKAD, dlllllllllllll...........

Itu sebahagian dari kezaliman UMNO.. dulu, kini dan selamanya ( jika tidak ditolak UMNO itu)..

PAS ganti UMNO!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.