Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 10, 2011

Takziah Kepada Sdr. Abdul Rahman Mayan dari Tulang Besi

Sebak hati Tulang Besi sewaktu mendengar perkhabaran akan perginyua Abdul Rahman Mayan Al Shah Alami.

Beliau adalah antara pelopor PAS Shah Alam sewaktu PAS biasa kalah hilang deposit di Shah Alam. Beliau gigih memikul dan menggerakkan PAS Kawasan Shah Alam sewaktu pejabat PAS Shah Alam di bangunan kedai-kedai di Seksyen 16 Shah Alam (di hadapan Flat Seksyen 16 Shah Alam).

Tulang Besi mengenali beliau dan abang beliau sewaktu Tulang Besi masih bersekolah di Victoria Institution.

Tulang Besi lebih rapat dengan beliau sewaktu Tulang Besi belajar di Shah Alam.

Di rumah beliau di Shah Alam Seksyen 18 adalah tempat kami biasa mengambil Harakah untuk diedarkan kepada ahli-ahli jemaah kampus.

Beliau memang terkenal aktif. Atas jemputan beliau, kami telah menghantar dua pasukan bola untuk pertandingan Bolasepak 9 sebelah anjuran PAS Kawasan Shah Alam.

Tulang Besi pernah makan di gerai beliau di Seksyen 19 Shah Alam berbelas tahun dahulu. Roti canainya cukup enak serta kuahnya cukup pekat dan sedap. Teh tarik beliau juga antara yang terbaik Tulang Besi pernah rasa.

Malahan sewaktu makan, TUlang Besi dengar sendiri Abdul Rahman Mayan bercakap Tamil dengan pekerja2 di gerai beliau itu.

Walaupun beliau ini boleh dikategorikan sebagai "mamak", tapi komitmen perjuangan Islam beliau JAUHHHH lebih tinggi dari ramai orang Melayu dalam PAS. Beliau adalah contoh pejuang Islam yang terbaik bagi semua ahli-ahli PAS untuk diikuti. Beliau istiqamah dalam PAS sehingga akhir hayat beliau.

Tulang Besi juga mendapat maklumat, dalam satu mesyuarat PAS Cawangan di Shah Alam, salah satu tulisan Tulang Besi telah dijadikan isu oleh beberapa orang pro-perpaduang. Mereka menuduh Tulang Besi sebagai orang luar PAS yang mahu menyerang PAS dari luar.

Arwahnya lah yang telah mempertahankan Tulang Besi dengan memberitahu arwahnya telah mengenali Tulang Besi sejak berzaman. Dan beliau tahu Tulang Besi orang lama dalam PAS, bukan orang luar.

Terus terang Tulang BEsi kata perginya Abdul Rahman Mayan adalah kehilangan besar kepada PAS Shah Alam dan Selangor. Sebagai salah seorang perintis PAS Shah Alam, perlulah generasi baru PAS Shah Alam mempelajari dari contoh2 beliau memikul PAS di waktu PAS dipandang hina dan dagang.

Setiap kali Tulang Besi ke Seksyen 16 Shah Alam, mesti Tulang Besi ingat pada Abdul Rahman Mayan dan Azlan Jan.

Tulang Besi

ps di bawah adalah tulisan dari Khalid Samad berkenaan dengan topik ini.


AL-MARHUM SAUDARA A. RAHMAN MAYAN
Semua yang bergiat dengan PAS Shah Alam mengenali A. Rahman Mayan. Beliau bergiat sebelum saya tiba di Shah Alam dan merupakan di antara penggerak utama PAS Shah Alam. Dewan restorannya di Temasya Food Court, semasa ianya disewa oleh Al-Marhum, sering digunakan untuk diadakan Mesyuarat Agung, Seminar dan Konvensyen. Beliau merupakan seorang periang, sangat-sangat murah hati dan penggerak yang komited. Beliau di antara pengasas Kelab Penyokong PAS yang sekarang ini telah dinaik taraf menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS. Keikhlasan orang seperti Al-Marhum sebenarnya adalah dorongan bagi diri saya sendiri. Hakikatnya, perjuangan ini panjang dan sukar, tidak mungkin ditanggung seorang diri. Dengan adanya orang-orang seperti Al-Marhum, yang berkorban walaupun bukan dia yang menjadi calon, memberi suntikan semangat untuk kami terus berjuang.

3 comments:

Asrol Budi said...

salam takziah..

KHALID MOHD ISMATH said...

saya pun kenal dia. saya pun rapat ngan sibling dia (kadir mayan). dulu pernah sama2 bertugas PRU bagi parlimen Kota Raja. masha allah tak tahu pulak dah meninggal Arwah Rahman ni. :-(

Anonymous said...

Beliau adalah antara pelopor PAS Shah Alam sewaktu PAS biasa kalah hilang deposit di Shah Alam?

Bila pulak PAS Shah Alam hilang deposit?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.