Tulang Besi terbaca maklumat di bawah di PenangDaily. Izinkan Tulang Besi menambah beberapa maklumat lain:
1.0 Mereka telah bersetuju bahawa Pemuda adalah benteng terakhir "fikrah PAS" lantaran kekalahan geng ulama(UG) di peringkat Pusat. Yang dimaksudkan Fikrah PAS ini adalah Fikrah geng Terengganu yang bersumber dari Ustaz HArun Taib. Fikrah yang sama juga yuang banyak menghambat pembaharuan yang mahu dibawa oleh arwah Ustaz Fadzil Nor dahulu.
2.0 Penolakan Abdullah Karim dan Ramadhan Fitri sebagai exco lantikan adalah atas desakan Ustaz Ridhuan Mat Nor. Tujuannya tidak lain adalah untuk membersihkan Pemuda PAS dari mereka yang tidak sefikrah mereka. Ramadhan Fitri juga dilihat sebagai penghalang kepada Pemuda menyebarkan "fikrah PAS" itu kepada pelajar-pelajar universiti menyebabkan Pemuda PAS semakin tertolak di kampus-kampus
3.0 "Professional" yang dilantik adalah mereka yang dianggap boleh mengikut telunjuk. Selain dari itu, mereka dianggap dapat melakukan kerja-kerja susah yang golongan Ustaz dlam Pemuda tidak dapat lakukan. Secara mudahnya, exco2 lantikan professional ini hanyalah machai semata-mata. Kata-kata serta idea mereka boleh ditolak sesuka hati mereka.
4.0 Penolakan tiga bekas Exco dilakukan atas dasar dendam kesumat serta nafsu tidak mengambil kira jasa dan kebolehan ketiga-tiga tokoh ini. Ketiga-tiga tokoh yang dibuang adalah mereka yang banyak berjasa kepada Pemuda dan kepada Tantawi sendiri.
5.0 Pemuda PAS tidak akan merubah gaya dan cara mereka seperti dua tahun yang lepas. Rakyat Malaysia janganlah berharap apa-apa dari Pemuda PAS. Dua tahun mendepan ini adalah dua tahun yang malap dan suram bagi Pemuda PAS. Golongan Ustaz yang menyamar sebagai ulama menguasai Pemuda PAS hanya kerana mahu mempertahankan fikrah sempit yang diasaskan oleh Ustaz Harun Taib dan Geng Terengganu semata-mata/ Itulah perjuangan mereka yang utama untuk dua tahun ke hadapan ini.
Tulang Besi
Pemuda selesai bentuk 'kabinet', Nasruddin gugur tiga nama
Selasa, 07 Jun 2011 16:20
Tiga nama termasuk Pak Lah atau Abdullah Abdul Karim nampaknya tidak tersenarai dalam "kabinet" atau jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sesi 2011/12.
Dua nama lagi ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Sabki Yusof dan Pengerusi Lajnah Pembangunan Mahasiswa Muhd Ramadhan Fitri Elias.
Pak Lah khabarnya disingkirkan kerana didakwa paling lantang menentang gagasan "Kerajaan Perpaduan" yang membabitkan beberapa pemimpin muda pro Ulama, di samping isu yang dikatakan ada hubungkait dengan Mursyidul Am TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sumber memberitahu Penangdaily, tindakan Abdullah membuat laporan tatatertib mengenai pemimpin muda pro Ulama – Sheikh Abdul Qadir al-Joofry – menuduh beberapa pemimpin PAS pusat sebagai perosak ‘jamaah’ PAS beberapa bulan lepas juga dikatakan ada kaitannya juga.
Sumber dalaman pejabat agung PAS berkata, Pak Lah juga tidak mempunyai hubungan baik dengan Nasruddin, selain Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS yang baru.
Mesyuarat jawatankuasa Ahad lepas, turut memahsyorkan Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob sebagai Naib Ketua Pemuda PAS yang baru, manakala Khairul Faizi Ahmad Kamil dilantik sebagai Setiausaha, dan tiga Penolong Setiausaha Kamaruzaman Mohamad, Nasaie Ismail dan Khairul Fahmi.
Kerusi Bendahari disandang oleh Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor dpula ilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda yang baru.
Mohd Sany bin Hamzan menggantikan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar sebagai Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda yang baru.
Berikut adalah AJK Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang baru:
Sdr Suhaizan bin Kaiat
YB Ust Mohd Firdaus Jaafar
YB Ust Nasir bin Zakaria
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin
Sdr Nasaie bin Ismail
Dr. Suhazeli bin Abdullah
Dr. Zuhdi bin Marzuki
Dr. Aminurrasyid bin Yatiban
Herman Samsudee
Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus
Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman
Sdr A. Halim B. Ahmad
Ust Ahmad Tarmizi Mohd Din
Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff
Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad
Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi
Sdr Juhari Uthman
Sdr Hassan bin Aladi
kasihan Ust Ramadan, seorang yg saya fikir boleh pergi jauh dalam jemaah
ReplyDeleteKita tunggu dah linat la kekuatan Pemuda selepas ni
ReplyDeleteMengapa harus menyatakan komen yang bersifat negatif seumpama ini? Adakah saudara sedang membina jamaah atau meruntuhkan jamaah?
ReplyDeleteSaya tidak menyatakan perkara negatif. Saya hanya menyatakan hakikat sebenar perlantikan professional dalam Dewan Pemuda.
ReplyDeleteSedari awal lagi dalam mesyuarat pertama dah kata, Pemuda adalah benteng terakhir fikrah PAS.
Amenda tu saudara Ibnul Munzir?
YAng menyedihkan adalah yang dimaksudkan sebagai "Fikrah PAS" adalah fikrah yang pernah dicuba untuk diubah oleh Arwah Ustaz Fadzil Nor.
ReplyDeleteMengapa Pemuda PAS masih mahu mempertahankan fikrah yang merugikan Islam?
penang daily = zainulfaqar
ReplyDeletepatutpun.....
Item 1 ulasan saudara: Saudara telah menuduh menggunakan label geng Terengganu, mengapa saudara suka melabel2 seumpama itu? Mungkin saudara tk setuju dengan Ust. Harun Taib, tetapi selagi ia seorang pemimpin dalam jamaah, saudara tidak boleh menjatuhkannya dengan tulisan2 saudara. Ingatlah akan hadis yang mengharamkan menjatuhkan pemimpin, di situ bermaksud kepimpinan jamaah.
ReplyDeleteItem 2 ulasan saudara: Bagaimana saudara tahu apa tujuan Ust. Ridzuan seumpama itu? Saudara telah membelah isi hatinya? Ulasan ini hanyalah bersifat fitnah yang keji. Bertaubatlah saudaraku.
Item 3 ulasan saudara: Profesional itu adalah mereka yang boleh mengikut petunjuk? Saudara semua cukup kenal dengan mereka semua? Alangkah besarnya fitnah saudara...
Item seterusnya... saya tak perlulah komen ulasan saudara yang hanya mengundang perasaan benci sesama islam.
PERLU KESIAN KAT AHLI2 PAS TERUTAMA PEMUDA YG TIDAK MENCALONKAN SESIAPA UTK BERTANDING UTK JAWATAN KETUA PEMUDA..DAN MEMBERI LALUAN MUDAH KEPADA NASH TANTAWI..NASIB KOURG LAAA
ReplyDeletePAS WMAJU
Oh, i remember Tantawi, the guy talked about Ketuanan Islam !
ReplyDeletebuat pelebelan pun dah tak kena...
ReplyDeleteulamak tapi sokong geng professional...
dan professional tapi sokong geng ulamak... orang kelantan/pahang tapi geng terengganu ... dan orang terengganu tapi geng professional...
TB ni suka melebelkan orang .. macam Bush.. either you're with me or you're against me...
ini mencerminkan jiwa kacau TB... yang sekarang ini melancarkan witch hunt...
kalau PAS tanpa Ulamak.. jadilah PAS macam PKR dan UMNO... PKR dan UMNO ni sama saja sebab PKR ni pun asal ahlinya ramai dari UMNO... terutama yg masuk selepas PRU12... sebab tu yg lompat tu tak ada masalah nak lompat sebab tiada beza antara PKR dan UMNO... sokong PKR macam sokong UMNO....
pemuda pas hampas .bos dia serban besar otak keldai .timbalan dia berselindung diketiak tok guru nik aziz..
ReplyDeleteSuka saya nyatakan, Ust ramadhan fitri elias tidak disingkirkan. beliau masih ada dalam saff Dewan pemuda pas pusat..
ReplyDeleteharap check balik maklumat tersebut dengan sumber yang berauthoriti.