Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 20, 2011

Tok Guru Nik Aziz Dituduh Sesat oleh Utusan Malaysia

Sebagai reaksi pertama terhadap pengharaman Utusan Malaysia oleh kerajaan Kelantan, tuduhan sesat telah diberikan kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Malahan, dalam kolumn Awang Selamat, Utusan Malaysia telah menyamakan Tok Guru dengan Ayah Pin.

Soalnya sekarang, adakah pihak di belakang Utusan Malaysia (Biro Politik UMNO) berani untuk mencabar "keislaman" Tok Guru Nik Aziz di Mahkamah Syariah? Ataupun mereka cuma berani bercakap di belakang nama samaran (Awang Selamat) dan kecut untuk berhadapan dan bersemuka dalam Mahkamah Syariah?

Sikap Biro Politik UMNO yang diketuai Dato Najib Tun Razak membuat tuduhan melulu seperti ini adalah amat dikesali.

Sudah lebih 40 tahun Tok Guru Nik Aziz berdakwah dan bersyarah mengenai Islam kepada rakyat Malaysia. Sepanjang tempoh yang panjang ini, tidak sekali pun Tok Guru pernah di dakwa atau dibicarakan di mana2 Mahkamah Syariah atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat.

Tiba-tiba akhbar Utusan Malaysia yang mengutuk serta mencaci hukum Qazaf dalam Al Quran dan Sunnah berani menuduh Tok Guru dengan tuduhan yang sebegitu jijik dan kotor.

Tunggulah balasan ke atas kamu, wahai Utusan Malaysia. Sekarang ini pun kita lihat penjualan harian Utusan Malaysia sedang merudum begitu teruk sekali. 50% dari keuntungan Utusan Malaysia adalah atas pengiklanan badan-badan kerajaan dan bukannya dari rakyat biasa.

Utusan Malaysia akan mendapat balasan dari Allah SWT.

Tulang Besi

1 comment:

Anonymous said...

Utusan Malaysia duk bergelumang dgn hasil jual semi-porno melalui majalah mangga dan URTV yg selalu tayang paha dan pangkal payu dara anak melayu ( kononnya berenang untuk kesihatan ).Sekarang ini siap buat jelajah konsert Pancaindera nak bersaing konsert jom heboh yg diharamkan oleh mufti Perak dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.