Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 27, 2011

Artikel Tulang Besi di Malaysiakini

NOTA EDITOR: Selamat membaca

Persaingan Melayu untungkan rakyat
Abdul Rahman Talib
Jul 26, 11
11:25am
Kongsi 84

Sejurus selepas pilihan raya 2008, agenda perpaduan Melayu tiba-tiba muncul dari mulut ahli-ahli politik dan NGO Melayu seluruh Malaysia.

Kalimah perpaduan Melayu menjadi siulan banyak ahli-ahli politik, terutamanya dari parti yang memerintah.

NONEMalahan, Jun tahun lalu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (kiri) dilaporkan berkata:

"Usaha-usaha pertemuan dan perbincangan bersama antara Umno dan PAS harus diteruskan. Pandangan-pandangan manusia boleh berubah, apabila kita 'cop' seseorang itu, tidak selamanya dia begitu. Mungkin Mat Sabu baik, itu saya tak tahulah," ujarnya mengulas kemenangan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Ahmad diminta mengulas kemungkinan pintu rundingan kedua-dua parti itu yang gagal sejak zaman Nasharuddin Mat Isa menjadi timbalan presiden PAS.

Persoalan yang timbul sekarang, benarkah Melayu berpecah? Sepanjang wujudnya Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan, PAS dan Umno sering berada di pihak yang berbeza.

Dari pilihan raya pertama lagi, PAS sudah bertanding melawan Umno. Ada calon Umno yang dikalahkan PAS. Malah, nama besar seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas speaker Dewan Rakyat Tun Zahir Ismail juga pernah menerima nasib itu.

Pendek kata, di mana Umno meletakkan calon, di situ ada calon PAS yang melawan. Jarang kita dengar Umno melawan calon parti lain. PAS lawan tradisi Umno. Justeru, yang menang sama ada PAS atau Umno.

PAS-Umno sentiasa berlawan

Dengan kata lain, selama mana wujud demokrasi di Malaysia, PAS akan berlawan dengan Umno. Hanya selepas 2008 sahaja isu perpaduan Melayu bermain di bibir politikus, terutamanya dari parti pemerintah.

Bagi saya, perpecahan bukanlah perkataan yang tepat bagi menerangkan fenomena PAS dan Umno dalam konteks pilihan raya Malaysia. Bagi saya, perbezaan PAS dengan Umno adalah satu persaingan, bukannya pepercahan.

umno pasJusteru, tidak wujud perpecahan Melayu. Oleh itu, perpaduan Melayu juga tidak perlu dibangkitkan.

Mari kita ambil misal sebuah pejabat. Antara semua pekerja dalam pejabat itu, terdapat seorang pekerja yang malas, tidak produktif dan sering datang lambat.

Adakah kita patut mengekalkannya sebagai pekerja ataupun memecat pekerja tersebut? Sudah tentu dia patut dipecat.

Soalan saya lagi: Sekiranya pekerja itu seorang berbangsa Melayu, patutkah beliau dipecat? Adakah kita memecat Melayu itu bermakna kita menentang perpaduan Melayu?

Hujah saya, perpaduan tidak harus menjadi alasan untuk membiarkan kebobrokan berterusan.

Alasan perpaduan tidak harus dijadikan alasan untuk mengekalkan orang yang korup, pemakan rasuah, penyalahguna kuasa, pemeras, pembohong dan mereka yang mempermainkan agama.

Perpaduan seharusnya tidak menjadi penghalang kepada proses pembersihan kepimpinan bangsa Melayu dari mereka yang korup dan rasuah. Jikalau tidak, perpaduan tersebut bukanlah perpaduan tetapi satu bentuk penipuan.

Setelah lebih 50 tahun berlawan, saya tidak nampak mana-mana bangsa Melayu rugi. Malahan, saya melihat bangsa Melayu mendapat mendapat keuntungan yang banyak dari persaingan antara PAS dan Umno ini.

Susah saya hendak melihat kerugian kepada bangsa Melayu yang terhasil akibat dari persaingan ini.

Perpaduan untuk kalahkan DAP

Kalau kita perhatikan retorik yang dilayangkan selepas 2008, tidak nampak sebab yang jelas mengapa PAS dan Umno mesti bersatu. Adakah penyatuan PAS dan Umno akan menjamin pentadbiran negara yang bersih dari rasuah?

Adakah penyatuan itu akan menaikkan taraf ekonomi Melayu? Adakah penyatuan ini akan menaikkan pegangan ekuiti Melayu? Adakah penyatuan akan menaikkan bilangan perniagaan yang dipunyai Melayu? Dan banyak lagi soalan-soalan praktikal seperti ini tidak dijawab dan tidak dihuraikan oleh promoter agenda ini, selepas 2008.

NONEAtas sebab itulah panggilan perpaduan Melayu ini hanya retorik kosong semata-mata. Ia tiada isi dan tiada asas yang kukuh.

Mungkin Ahmad mempunyai asas yang jauh lebih kukuh apabila beliau berkata penolakan agenda perpaduan adalah memenangkan DAP dan Karpal Singh (kiri). Ertinya, Ahmad mahukan perpaduan PAS-Umno untuk mengalahkan DAP dan Karpal.

Seluruh bangsa Melayu di Malaysia tidak jelas siapa sebenarnya yang akan untung dari perpaduan PAS dgn Umno? Adakah bangsa Melayu itu sendiri yang beruntung ataupun hanya beberapa kerat kepimpinan dari kedua-dua parti yang mendapat laba? Persoalan ini tidak jelas dan tidak pernah dijawab.

Sekiranya Umno menyimpang dan tidak mampu menjalankan tugas memimpin orang Melayu, maka PAS boleh menggantikannya. Begitu juga sebaliknya.

Mengapa orang Melayu perlu terus mengekalkan kepimpinan atau parti yang sama walaupun parti tersebut telah rosak dan bobrok.

Kelebihan persaingan

Kalau kedua-dua PAS menjadi rosak, sesiapa juga boleh menubuhkan parti baru dan menggantikan kedua-dua parti tersebut.

Yang utama adalah kepimpinan orang Melayu itu mestilah adil, berilmu, berkemampuan, berkelayakan, bersih, bijaksana, beragama dan amanah.

Hari ini kita mula melihat kelebihan persaingan antara parti-parti Melayu.

NONEJumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan berikut:

"Mereka (Pakatan) beri RM100 riuh sekampung. Kita sudah beri berbilion ringgit pada rakyat. Cuma pihak sebelah sana pukul gendang lebih kuat saja," katanya.

Najib merujuk kepada program kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang memberi wang kepada warga emas dan mereka yang miskin.

Ia menunjukkan persaingan sedang wujud antara kedua-dua parti utama di Malaysia. Yang untung dari persaingan ini adalah rakyat Malaysia.

Atas dasar inilah, saya berpendapat perpaduan Melayu hanya merugikan orang Melayu itu sendiri. Yang untung hanyalah beberapa kerat pemimpin parti-parti politik sahaja.


Abdul Rahman Talib merupakan pengelola blog politik terkenal Malaysia Waves. Beliau belatarbelakangkan bidang kejuruteraan, tetapi meminati politik semenjak di bangku sekolah. Beliau percaya, menilai politik dari sudut empirikal lebih utama dari ideologi semata-mata. Abdul Rahman boleh dihubungi di cabearth3@yahoo.com.

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


4 comments:

V7 said...

macam mana kau pasti yang perpaduan melayu merugikan melayu dan untungkan segelintir pemimpin melayu??? itu pendapat kau lah....suka hati kau lah...biol, sial dan anjing...

tapi yang pasti dan sahih perpaduan melayu bukan sahaja menguntungkan orang melayu tapi akan memertabatkan lagi islam di malaysia...

mana ada perpaduan yang akan merugikan...orang bodoh dan kaki spin macam kau aje yang akan cakap macam tu...

mengaku aje lah yang kau ni kaki jilat dan hisap kote anwar ibrahim dan kafir harbi si dap laknat tu...

bodoh punya melayu...perpaduan melayu rugikan melayu...maksud kau permusuhan dan perpecahan melayu tu akan untung kan melayu ker??? lagi sekali kau memang bodoh dan sial lah...

maksud kau, dengan cara jilat dan hisap kote dap yang pas tengah buat sekarang nie...akan menguntungkan melayu lah...

maklum lah sekarang nie negara islam dah tak dalam quran pas yang ada cuma negara kebajikan ajaran dap...

Anonymous said...

perpaduan melayu yg mengkayakan kroni???

dap jauhhhhhhh lebih baik drp amno yg penipu!!!!

V7 said...

Anonymous July 28, 2011 10:20 AM said...

perpaduan melayu yg mengkayakan kroni???

dap jauhhhhhhh lebih baik drp amno yg penipu!!!!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

maksud kau dap si kafir harbi yang merupakan ahli neraka selama-lamanya tu lebih baik dari orang umno yang islam dan percaya serta yakin bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW ada pesuruhNYA...

kau sesat nie...kesian kau...dan padan muka kau...akhirnya Allah SWT sesat kan kau jugak disebabkan keangkuhan kau yang menyamai azazil...

Anonymous said...

BN khususnya UMNO kalau nak tarik kaum bukan Melayu untuk terus undi parti ini adalah dengan memberikan sedikit kuasa yang ada pada BN untuk sama-sama mentadbir. Contohnya Dato' Najib nak pastikan kaum India untuk terus sokong MIC adalah dengan melantik Dato' G Palanivel sebagai Menteri Penuh. Kira langkah yang terbaik, menjamin kebajikan kaum India dan satu kerjasama yang meyakinkan.


Tetapi PAS kalau nak tarik bukan Melayu sokong adalah dengan biarkan saja pusat-pusat hiburan diwujudkan tanpa perlu lesen, permit atau sebagainya. Sebabnya mudah. Undi PAS maka semuanya mudah termasuklah memerintah.


Syarat nak jadi MB pun bukan susah sangat. Kalau reti perintah, ikut cara Nizar. Kalau tak reti perintah ikut cara Azizan. Semua tak tau. Lagi 'best' kalau nak perintah sampai seumur hidup pegang 'title' MB adalah ikut Nik Aziz. Mudah saja. Cuma guna perkataan Celako, celako, celako.


PKR tak payah ceritalah kat sini. Sebabnya pemimpin-pemimpin PKR tak ubah macam watak-watak hantu dalam masyarakat Melayu. Khalid Ibrahim saja yang jadi pontianak Cina. Loncat-loncat nak terkam, tampal dahi dengan kertas perjanjian DAP dan PKR, maka jadilah patung.


Dato' Najib pun selalu dok tayang kuasa dari Putrajaya buat apa tak tau..Puak lapaq ayaq ni bukan boleh tahan tengok. Silap haribulan kerusi MB Kedah pun PAS boleh tawar. Jangan tayang lagi Dato' Najib..PAS tak tahan dah ni..




Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/07/panas-pas-tawar-kerusi-mb-kedah-pada.html#ixzz1Tbh8RGcy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.