Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, July 25, 2011

Biometrik dalam Keadaan Masaalah Kerosakan MYKAD Masih Belum Selesai

Tiba-tiba, Dato' Najib Tun Razak menyatakan kesediaan beliau untuk membantu SPR mengimplementasi sistem biometrik. Kesediaan ini sekaligus menolak penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Sungguh menghairankan apabila Perdana Menteri Malaysia begitu beriye-iye mahu mengimplementasi sistem Biometrik sedangkan sistem dakwat kekal lebih praktikal dan jauh lebih murah.

Yang Tulang Besi nampak adalah sistem biometrik ini memerlukan hubungan dengan sistem "database" yang dikawal oleh Kerajaan melalui SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. Dengan kata lain, sistem Biometrik masih membolehkan Barisan Nasional mempunyai kawalan terhadap data dan maklumat.

Manakala sistem dakwat kekal menyebabkan kerajaan Barisan Nasional hilang kawalan sama sekali terhadap proses pembuangan undi.

Biometrik = Masih boleh dimanipulasi UMNO/BN

Dakwat Kekal = TIADA RUANG UNTUK MANIPULASI.

Tak hairanlah Najib beriye-iye mahu

PEGAWAI SPR PUN BERKOKOK MAHU BIOMETRIK

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Hashim juga menolak penggunaan dakwat kekal. Hujahnya adalah dakwat kekal ini terlampau kuno dan terkebelakangan. Hanya layak digunakan oleh negara-negara yang tidak membangun ataupun negara dunia ketiga seperti Zimbabwe, Afghanistan, Indonesia dsbnya.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Hashim, dilaporkan berkata:

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kithttp://www.blogger.com/img/blank.gifa tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.


Pengerusi SPR pula system biometrik yang digunakan oleh Kementrian Dalam Negeri (pimpinan Hishamuddin Tun Hussein) akan digunakan oleh SPR. Beliau menerangkan serba sedikit tentang bagaimana sistem itu akan digunakan SPR:

“Pemegang kad pengenalan perlu mehttp://www.blogger.com/img/blank.gifletakkan jarinya pada alat biometrik dan maklumat yang tertera pada skrin akan sama dengan kad pengenalan yang dibawa. Sebaik disahkan, SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih.

“Jika namanya ada dalam senarai, barulah kita berikan kertas undi. Mereka yang sudah mengundi tidak boleh lagi mengundi di tempat lain kerana nama mereka sudah ditanda dalam bank data,” katanya pada sidang media, di sini semalam.


MYKAD MALAYSIA TERUS BERMASAALAH

Malangnya, mengikut Syed Hamid Albar, pada tahun 2008, sekurang-kurangnya 10% MYKAD yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara adalah rosak. Beliau dilaporkan berkata:


KUALA LUMPUR: About 10% of the 24 million MyKad identification cards issued since 2001 had been replaced after they were found to be faulty.
Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said most of the cases were recorded this year, with 888,495 replacement MyKad identification cards issued until October.


Oleh kerana pengeluar MYKAD ini adalah sebuah syarikat kroni, maka mereka bebas mengeluarkan MYKAD mengikut kualiti yang mereka suka.

Tidak seperti kad bank yang tahan lama dan tahan lasak, MYKAD pula menggunakan cip murah yang dikatakan diimpot dari Taiwan.

Oleh sebab itulah, kadar kerosakan cukup tinggi dan membimbangkan.

Kadarnya kerosakan yang terlampau tinggi menyebabkan kerajaan sedang menimbangkan untuk membuat pertukaran secara menyeluruh pada RMK-10 nanti.

Mengikut kenyataan KSU KDN, Datuk seri Mahmood Adam:

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam memberitahu Berita Harian, cadangan menggantikan MyKad pernah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun ditangguhkan berikutan kekangan ekonomi.

“Kabinet memutuskan penukaran (MyKad) tidak dibuat ketika itu kerana belanjanya besar dan banyak projek lain yang perlu diberikan keutamaan. Ia seterusnya diserapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan diteliti sekali lagi.

“KDN juga sudah mengenalpasti pelaksanaannya, namun belum ada apa-apa keputusan setakat ini dan semuanya bergantung kepada soal peruntukan kerana kita tidak mahu membebankan kerajaan dan rakyat,” katanya.


Dengan kata lain:

1.0 Tanpa MyKAD, sistem biometrik tidak boleh diimplementasikan
2.0 MYKAD yang dikeluarkan oleh JPN berkualiti rendah dan bilangan yang rosak
cukup membimbangkan
3.0 Bilangan MYKAD yang rosak adalah dalam jumlah yang berjuta, bukannya sedikit.
4.0 Bilangan kerosakan yang sebegitu tinggi ini menyebabkan kerajaan bercadang
untuk menukar kesemua MYKAD yang telah dikeluarkan oleh KDN selama ini.

Soalan saya pada SPR adalah:

Bagaimanakah SPR mahu mengimplementasi sistem biometrik dalam keadaan masaalah MYKAD masih belum diselesaikan sehingga sekarang?


Menggunakan dakwat kekal JAUHHHHHHH LEBIH SELAMAT DAN LEBIH PRAKTIKAL serta JAUUHHH LEBIH MURAH berbanding biometrik. Tapi, biometrik memberi peluang kepada UMNO untuk manipulasi proses pembuangan undi berbanding dakwat kekal.

Tulang Besi



5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

1.Kalau hang la TB oii sebagai pengerusi SPR!!hang nak buat macam mana!!
2.hang tolong hurai sat!!nak tenguk pulak idea dari hang!!

Anonymous said...

itu spr punya suka lah...rakyat majoriti dah lantik spr dan kerajaan persekutuan...kami rakyat majoriti dibelakang spr dan pm malaysia...pergi mampus lah dengan penyokong-penyokong kaki main pelacur tegar nie...dakwat kuno??? bodoh...pandang ke depan bukan nya pandang belakang...tu lah asyik main belakang aje puak-puak pas nie sampai lupa yang depan tu....

Anonymous said...

Kalau guna dakwat pun banyak manipulasi. Nanti puak-puak PR akan upah orang untuk dicalit dengan dakwat. Lepas tu press conference kata UMNO calit mereka walaupun mereka ni tak undi lagi.

Korang buat la apa teknik sekali pun tak guna. Selagi PR ni masih subur dengan budaya putar belit dan tipu, semua mesti tak kena.

Yang perlu di implementasikan ialah BERSIH kan PR dari anasir penipu dan putar belit.

Anonymous said...

SAYA PERTAMA KALI HENDAK MENGUNDI TETAPI KAD PENGENALAN SAYA BERALAMAT DI kUCHING ,SARAWAK DAN SAYA TELAH MENETAP DI kUANTAN,PAHANG DAN MEMBELI RUMAH DI BALOK SEJAHTERA DAN JIKA NAK DAFTAR PENGUNDI MESTI IKUT ALAMAT KAD PENGENALAN DAN SAYA HENDAK MENGUNDI DI PAHANG DAN KALAU NAK TUKAR KAD PENGENALAN KAD MASIH BARU DAN CANTIK. JADI APA CADANGAN PIHAK TUAN ,DAN SAYA TAK AKAN MENGUNDI DI SARAWAK ,SEKIAN TERIMA KASIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.