Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, July 15, 2011

Blogger UMNO Tak Sengaja Samakan FRU Malaysia dgn Tentera Yahudi Israel

Saya dok baca keliling blog2 UMNO. Rata-rata sedang kepanasan untuk menyembunyikan kecederaan2 yang dihadapi oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat hasil dari tindakan ganas FRU dan Polis.

Blog Unspinner adalah satu contoh. Blog ini menyatakan kecederaan yang dihadapi Khalid Samad dan Fayadh bodyguard Anwar tu satu pembohongan.

Tapi, mamat yang sama juga membuat kenyataan ini:

Satu lagi sebab adalah kelajuan alat menembak dan beratnya gas cannister boleh mencederakan jika ditembak terus. Muka boleh pecah terbuka dan boleh mati. Lihat pilihan gambar-gambar dari mangsa tentera Israel:

Mamat ni siap bawak gambar lagi seperti di bawah:



Yang herannya gambar2 dia bawak semua tunjuk mangsa tembakan gas pemedih mata berdarah dan luka sama seperti Khalid Samad dan Fayadh, bodyguard Anwar.

Sebab itulah Khalid Samad tulis:
Di depan FRU dan di belakang pun sudah begitu. Kami datang bukan untuk berentap dengan FRU tetapi BN menghantar FRU untuk menyerang kami.

Tiba-tiba saya mendengar bunyi tembakan dan dengan serta-merta, cermin-mata saya terpelanting ke depan. Asap gas pemedih mata mula berkepul-kepul. Tembakan datang dari depan dan belakang.


Sama seperti mangsa gas pemedih mata Yahudi di atas, FRU kita telah menembak gas pemedih mata secara mendatar sehingga menyebabkan cermin mata Khalid Samad terpelanting.

Ertinya blog Unspinner tanpa sedar telah menyamakan FRU Malaysia setaraf dengan tentera Yahudi Israel.

Terbahak bahak saya tergelak.

BLOGGER UMNO DAH MULA MERENG?

Apa kena blogger UMNO Unspinner ni? Dia punya nak UNSPIN sampai SPIN dia masuk lubang tandas. Dia punya spin sampai dia sendiri sokong kita.

Saya dengar blogger2 UMNO telah dipanggil ke PWTC dan teruk mereka kena maki. Mereka dapat duit tiap2 bulan, dapat macam2, dapat Galaxy Tab sorang sebijik, Broadband semua dibayar free tapi segala usaha mereka gagal. Takda sapa percaya kat diorang kecuali hanya orang2 UMNO sahaja.

Mereka masih kalah dengan blogger2 PAkatan Rakyat yang bekerja sukarela fisablillah.

Usaha mereka memburuk Ambiga dan BERSIH tidak dapat menghalang orang datang dengan ramai sekali ke BERSIH 2.0.

Mana tak jadi macam tu? Blogger2 ni semua tak cerdik. Nak tulis bela UMNO last2 terbela Pakatan Rakyat.

Tulang Besi

ps Minta jasa baik para pembaca memberi sokongan (pilih "like) di Laman Facebook bertajuk "1 Juta Rakyat Malaysia Mahu Hishamuddin Tun Hussein Letak Jawatan" kerana kezaliman beliau.




1 comment:

Anonymous said...

Elok sesiapa yg dizalimi tu melakukan solah hajat dan memohon kepada Allah swt supaya polis2 melayu tu ditimpa bala dan azab kerana kezaliman mereka..dan tangan dan kaki mereka tidak bolih digunakan lagi dan sampai bila2 untuk menzalimi rakyat biasa.

Aku pun dah buat solah hajat dan mohon perkara ini. Nabi Musa pun bolih mengalahkan Firaun yg gah tu dan baca doa surah Yunus ayat 88..tak kan kita tak bolih kalahkan polis2 melayu yg korupt & zalim & dan bekerja utk Umno melalui pertolongan Allah.

Polis2 melayu yg zalim ni tidak bolih dibiarkan. Pohon pertolongan Allah swt utk lawan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.