Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 20, 2011

Buang Subsidi Gula Untuk Beli Cincin RM24 juta?



Pada 16 Julai 2011 harga gula telah dinaikkan 25 sen sekilo dari RM1.60 kepada RM1.90 sekilo.

Dikatakan pemotongan subsidi gula sebanyak 25 sen baru-baru ini telah member penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM116 juta setahun.

Alasan yang diberikan adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari bangkrap kerana Malaysia banyak sangat bagi subsidi pada rakyat. CEO Pemandu, Idris Jala, mengatakan Malaysia telah membayar hampir RM74 billion untuk subsidi pada tahun 2009.

Rupa-rupanya, semua ini adalah sandiwara semata-mata. Rakyat disuruh berjimat manakala orang-orang besar boleh beli perhiasan yang berjumlah puluhan juta ringgit.

Diberitakan cincin yang dikaitkan dengan Rosmah baru-baru ini bernilai lebih kurang RM24 juta.

Tulang Besi baru sedar penjimatan subsidi gula untuk rakyat tersebut perlu kerana tanpa pemotongan tersebut tidak mungkin pihak2 tertentu mampu membeli cincin dan perhiasan serta beg yang berjumlah berpuluh-puluh juta ringgit.

Kalau RM116 juta dijimatkan dari membayar subsidi gula, maka jumlah tersebut lebih dari cukup untuk membeli cincin bernilai RM 24 juta dari toko milik seorang Yahudi Turkmenistan bernama Jacob and Co.

Ditambah dengan perhiasan-perhiasan lain yang berjumlah berjuta-juta harganya seperti gelang, beg tangan dan sebagainya.

Maka, penjimatan subsidi gula yang berjumlah RM116 juta ini boleh membeli banyak cincin yang bernilai puluhan juta ringgit, beg yang berjuta ringgit, gelang, subang dsbnya.

Walaupun di laman web rasmi PEMANDU dinyatakan dengan jelas tujuan pemotongan subsidi gula seperti berikut:

”……...manakala subsidi gula pula membolehkan kita mempromosi gaya hidup sihat.”


Nasihat Tulang Besi adalah bangkai gajah sampai bila boleh kita tutup dengan daun nyiru. Lambat laun orang kampung akan tahu juga.

Izinkan Tulang Besi mengakhiri artikel saya dengan mengingatkan rakyat Malaysia berkenaan dengan slogan Satu Malaysia tajaan APCO:

SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


Slogan hanya tinggal slogan. Perlaksanaan nyata jauh berlainan.

Terima kasih

Tulang Besi

ps kalau bukan cincin ini milik Rosmah, kenapa tak buat kenyataan umum menafikannya?


2 comments:

Anonymous said...

lg byk dia mmbazir beli itu dan ini lg cpat dia tmbang. Bli byk2.ng. Bli byk2.

Anonymous said...

Barangkali tuan punya pemilik cincin tersebut membeli bukan dengan harta yang ada tetapi mungkin beliau ditaja atau diberi hadiah oleh individu atau syarikat tertentu untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan. Atau mungkin juga tuan punya pemilik cincin tersebut mempunyai sumber harta lain yang kita tidak tahu di Luar Negara seperti di Turkmenistan, Hindustan, Gogostan, Tanjung Rambutan dll (jangan marah aa nanti kena jual). Tapi yang pasti lepas ni kemungkinan semua kakitangan kastam di KLIA akan dihantar ke BTN untuk diprogam semula, jadi macam robot daa….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.