Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, July 8, 2011

CONTOH DAFTAR PEMILIH TIDAK BERSIH

NOTA EDITOR: Di bawah adalah sebuah laporan dari Jentera Pilihanraya PAS Shah Alam berkaitan dengan contoh daftar pemilih yang tidak bersih dan bagaimana SPR sengaja tidak mahu bekerjasama membersihkannya.



CONTOH DAFTAR PEMILIH TIDAK BERSIH

- Ambil contoh Parlimen Shah Alam. Sebuah Ibu Kota, negeri paling maju, pusat pentadbiran yang sangat dibanggakan oleh semua.

- Daftar Pemilih Induk 2010 (DPI2010), yang dikeluarkan secara rasmi oleh SPR setiap tahun, setelah proses gazetan oleh SPR bulan Mac-2011 lepas.

- Parti-parti politik atau individu dibenarkan membeli untuk semakan. Harga yang dibeli sangat mahal. Terpaksa juga dibeli demi melakukan gerakerja pilihanraya.

- Contoh sangat kotor, masih terdapat dalam dattar pemilih DPI2010 hanya Parlimen Shah Alam sahaja;

o 53 pengundi berusia lebih 100 tahun, termasuk 2 orang yang lahir pada 1896 dan 1899
o 150 pengundi berusia lebihi 90 tahun
o 657 pengundi berusia lebih 80 tahun


(1) Tindakan telah dilakukan. Semakan;
o Semakan fizikal di alamat yang boleh dikenalpasti kesemua pengundi yang berusia 100 tahun dan ke atas semangnya tidak wujud, sama ada tidak dikenali atau telah sangat lama mati (anak dan cucu mereka mengesahkan).
o Semakan random sebahagian pengundi berusia lebih 90, kesemua yg mampu diperiksa telah lama mati.
o Semakan random sebahagian pengundi yang berusia lebih 80 pun menunjukkan sebahagian besar mereka telah pun mati


(2) Semakan diteruskan secara rasmi;
o Dengan bantuan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) menggunakan mengesahkan kesemua 53 pengundi telah mati.
o Dengan bantuan Pegawai di Pejabat SPR di Kompleks PKNS Shah Alam, semakan secara random menggunakan Sistem ALIS (Agency Link-Up System) yang menghubungkan kedua agensi JPN dan SPR, mengesahkan;
 semua nama yang berusia 100 tahun tersebut telah ditandakan mati oleh rekod JPN, walau rekod SPR masih aktif.
 semakan random pengundi berusia lebih 80 dan 90 tahun, sebahagiannya memang telah ditandakan mati oleh rekod JPN, walau rekod SPR masih aktif.


- Pada tahun 2007 dan 2008, 2 kali aduan dan perjumpaan rasmi diadakan bersama Pengarah SPR Selangor oleh jentera Jabatan Pilihanraya PAS Shah Alam dan Selangor.

- Jawapan yang diterima;

o Semua laporan akan diperiksa.
o Masalah yang dihadapi adalah kerana tiada Surat Mati diserahkan oleh waris, walau pembangkang membuat aduan, pembangkang bukanlah waris terdekat kepada si-mati.
o Pengarah SPR Selangor tidak mampu menjawab apa-apa bila dinyatakan berdasarkan semakan Pegawai SPR sendiri yang juga adalah kakitangan beliau menggunakan Sistem ALIS, kessemua yang berusia 100 tahun sememangnya ditandakan mati oleh JPN, juga sebahagian besar yg berusia lebih 80 dan 90 tahun telah pun juga ditandakan mati oleh rekod JPN dan ALIS sendiri.
o Pengarah SPR Selangor mengakui itu satu yang tidak sepatutnya berlaku disebabkan kedua rekod SPR dan JPN telah dihubungkan menggunakan Sistem ALIS.

http://www.blogger.com/img/blank.gif
- Pengarah SPR berjanji akan melakukan siasatan terperinci, dan akan membuang data tersebut dari rekod SPR. Pengarah seterusnya mengucapkan terima kasih atas keprihatian pembangkang.

- Sejak 2007, hingga kini tiada tindakan diambil. Sila buat semakan sendiri.

- Semakan, hujung tahun 2008, hujung tahun 2009 setiap kali daftar digazetkan, dan semakan terahir pagi ini 8 Julai 2011, semua nama tersebut masih di tanda sebagai pengundi aktif dan hidup dalam rekod SPR, walau dalam rekod JPN telah pun di tanda mati.

(Untuk melihat sendiri senarai pengundi-pengundi mati dan tidak wujud ini, boleh klik di sini)



3 comments:

Anonymous said...

boleh percaya ker dengan anak babi (TB-tulang babi) nie...dah lah negara islam tak ada dalam quran...

kalau berani dan ada kote buat lah sumpah laknat yang negara islam tak ada dalam quran...kalau berani lah...

fuck pelacur bersih ker??? buat lah sumpah laknat bahawa fuck pelacur adalah bersih baru lah berani...

Anak Perelih said...

ini taktik yang saya cadangkan... masa hari pilihanraya nanti... dalam buku dafdtar yang wakil parti pegang, highlight siap siap nama nama tersebut dan tengok orang mati ni akan datang mengundi ke tidak.... itu bukti yang kita boleh dedahkan bahawa orang mati datang mengundi...

Anonymous said...

betui kata anak perelih ... senaraikan nama dan no kp yang 90 tahun ke atas ... ejen parti yang bertugas jangan tidoq ... tengok bebeno ke pengundi yang datang tu berkeadaan berumur saperti dalam daftar pengundi ... ini lah masa nak tengok hantu yang datang mengundi atau benda lain ...tak guna kita menuduh dan menyalak ... Parlimen Permatang Pauh boleh di jadikan panduan ...Kemenangan besar nuar adakah disebabkan tidak telusnya SPR ... Kita berkokok bila kalah tapi bila menang senyap je ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.