Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 13, 2011

Lepas BERSIH, Pesta Beli Membeli Akan Bermula Kembali



Sewaktu Najib mula-mula mengambil tampuk pemerintahan dari Pak Lah, UMNO berada dalam keadaan yang tersangat lemah. Boleh dikatakan kesemua pilihanraya kecil mereka hadapi mereka tergolek. Isu Liwat Saiful yang mereka kehadapankan pun tidak sedikit pun mencederakan Anwar Ibrahim. Kemuncak kelemahan Najib dan UMNO adalah apabila ADUN BOTA melompat masuk PKR.

UMNO mengambil keputusan untuk melawan balik serangan Pakatan Rakyat yang bertubi-tubi dengan taktik yang kita panggil “BELI MEMBELI”.


TAKTIK BELI MEMBELI

Sejurus selepas itu kita lihat pembelian berlaku dengan begitu galak sekali. Pembelian telah menyebabkan kerajaan negeri Perak jatuh dan bertukar tangan ke BN. GAMUDA Corporation mendapat kontrak RM40b untuk membina MRT.
Kita lihat satu demi satu Ahli Parlimen PKR melompat dan menyokong Barisan Nasional. Orang2 seperti Zul Nordin telah sanggup menjadi pelacur politik selepas menjual maruah mereka.

Pemimpin2 PKR dan DAP juga melompat seperti Salehuddin Hashim. Salehuddin Hashim dikatakan mendapat kerjaya baru yakni sebagai tukang beli dalam PKR. Beliau telah berjaya beli ramai pemimpin PKR yang lain.
Malahan mereka-mereka yang pernah membela Anwar sewaktu tuduhan liwat Saiful mula-mula dulu pun telah berpatah balik. Sesetengah blogger pun kelihatan berpatah balik.

Raja Petra Kamaruddin telah disiarkan temuramah beliau di TV3 dimana beliau dikatakan menafikan pembabitan Najib dalam kes pembunuhan Al tantunya. Walaupun Raja Petra juga berjasa mendedahkan dalang2 di sebalik pembelian ini. Yang paling menakjubkan adalah pembelian ini dibiayai oleh Vinsetan sendiri.


Di dalam PAS pula, pembelian ini berlaku sejurus selepas PRU 2008. Akaun-akaun telah dibuka di Singapura di mana sebulan sekali wang akan di”wire-transfer” ke dalam akaun tersebut untuk dikeluarkan.


Tak hairanlah selepas PRU 2008, sesetengah pemimpin PAS boleh berpindah ke rumah banglo, beli kereta mewah 2-3 bijik, makan mewah, tinggal di hotel mewah dsbnya.
Malahan, Bar Council sendiri pun cuba dibeli. Ambiga itu telah direkomen untuk Datuk dan diberikan Datuk sebagai usaha mereka membeli Bar Council. Atas sebab itulah mereka menjadi sangat marah apabila Ambiga meneruskan agenda BERSIH.

Ini kerana usaha mereka untuk membeli AMBIGA telah gagal.
Kesan dari aktiviti pembelian yang sebegitu aktif ini, Pakatan Rakyat menjadi lemah. UMNO pula semakin menjadi kuat dan tampak seperti ada peningkatan sokongan yang semakin tinggi kepada Najib Tun Razak.

PEMBELIAN BERHENTI SEKETIKA


Setelah memenangi 3 PRK secara berturut-turut, aktiviti membeli berhenti seketika.

Mereka tidak perlu lagi membeli kerana mereka rasa mereka telah kuat semula.
Syukur juga , pada PRK Sarawak, tiada seorang pun calon PKR yang berjaya dibeli oleh mereka.

Walaupun Salehuddin Hashim bersama pembantunya Johnson Chong berkampung di Sarawak kerana mahu menjalankan aktiviti membeli beliau, namun tiada seorang pun calon PKR yang berjaya dibeli.
Walaupun dilaporkan lebih RM500 juta dibelanjakan oleh UMNO sendiri untuk kempen tersebut, tapi tiada seorang pun calon PR yang dibeli. Semua ini bakal berubah disebabkan oleh satu faktor:

KEJAYAAN PERHIMPUNAN BERSIH


KEJAYAAN BERSIH BAKAL MEMULAKAN SEMULA AKTIVITI BELI MEMBELI


Tulang Besi berspekulasi kejayaan BERSIH telah meletakkan Najib Tun Razak dan UMNO balik ke tahap mereka sewaktu Najib mula-mula mengambil tampuk Perdana Menteri dari Pak Lah. Keadaan UMNO yang getir dan pening ini akan memaksa UMNO memulakan semula aktiviti beli membeli mereka.

Cumanya, kali ini Tulang Besi berpendapat mereka akan cuba untuk membeli para pemimpin NGO pula. Tulang Besi yakin mereka sedang mengkaji latar belakang setiap pemimpin NGO yang memimpin BERSIH sekarang ini.
Kemudian seorang demi seorang akan cuba dibeli oleh mereka.

Jangan terkejut kalau ada kepimpinan BERSIH selepas ini yang keluar memuji Najib, BN dan SPR.


Kejayaan Abang Mat mengalahkan Nasa juga bakal menghidupkan semula aktiviti membeli mereka di dalam PAS. Akan ada kepimpinan PAS yang akan cuba dibeli oleh puak2 ini.

JADIKAN BERSIH GERAKAN MASSA YANG TIADA SEORANG PEMIMPIN YANG JELAS

Penting BERSIH ini dijadikan AGENDA PERJUANGAN dan bukan satu gerakan mengikut seorang pemimpin atau sekumpulan kepimpinan. Kita belajar dari Mesir dan Tunisia apabila ketiadaan seorang kepimpinan yang jelas menyebabkan para diktator sukar untuk mematikan gerakan demokrasi.

Hasilnya, mereka sendiri yang tersungkur.
Kita tidak kira siapa yang akan dibeli selepas ini. Yang pentingnya rakyat Malaysia memahami serta menyokong agenda ini. Tidak perlu ada kepimpinan yang jelas. Cara ini akan menyukarkan Najib dan UMNO untuk menghancurkan BERSIH dengan taktik beli membeli mereka.

Tulang Besi



4 comments:

Anonymous said...

1.rasanya pada pru 13 nanti!puak melayu tak akan bodohlagi!!
2.puak cina akan tau langit tinggi atau rendah!!!!

grim said...

pelik tapi benar

kalau orang lain mengutuk & mengata dia... di katakan fitnah sebab takderr bukti

kalau dia mengutuk & mengata kat org lain.... takder pulak nak disertakan bukti

Anonymous said...

satu spekulasi dan cadangan yg sgt baik, hrp2 pemimpin kita spt bang mat dan org2 bersih ambil perhatian ni.

sementara tu kita observe apa yg akan berlaku... hrp jgn tambah lagilah specis zulnordin, sungguh jijik.

Anonymous said...

Kepala Lutut kau punya spekulasi PR lagi kuat.

Ko bengap ke buat bodoh. Yang pasti PR akan tumbang di Selangor apda PRU13.

PR korup lagi hampas dari UMNO. Kau tengok nanti nasib barua-barua Khalid, Anwar dalam PKR dan PAS Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.