Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, July 29, 2011

Mengapa Bolasepak Malaysia Pun Mahu Dipolitikan?

Pertama sekali, Tulang Besi ingin menyatakan rasa kesedihan yang amat besar kerana kekalahan Malaysia semalam. Tulang Besi tak tau kenapa Malaysia kalah, tetapi Tulang Besi rasa Malaysia perlu menguatkan center back dan juga central midfield. Serangan2 Malaysia lebih tertumpu kepada "crossing" dari tepi namun "center backs" Singapura tinggi-tinggi menjadikan setiap cross kita tidak berkesan. Malaysia perlu menyerang dari tengah melalui hantaran "on the deck", tapi malangnya midfield kita di bahagian tengah kurang kreatif.

Cumanya, Malaysia ada menggunakan kaedah "center" yang mana ia jelas memberi bahaya kepada Singapura. Malangnya, kaedah center itu kurang digunakan dan satu-satunya peluang Malaysia ada tidak digunakan dengan baik kerana diselamatkan penjaga goal.
Itu mungkin kaedah satu perkara yang Malaysia kena fikirkan dalam perlawanan2 seterusnya, yakni memperbanyakkan kaedah-kaedah yang membahayakan lawan, bukan kaedah2 yang mudah bagi kita.

TUlang Besi juga terkejut kerana Malaysia tidak memakai warna "Tuan Rumah" yakni kuning. Tulang Besi membuat research dan mendapati sememangnya warna tuan rumah adalah kuning. (Sila rujuk gambarajah di bawah)




Dan mengikut beberapa orang yang pergi, terdapat pula kempen ANTI BERSIH di pintu masuk stadium, namun Tulang Besi tidak mempunyai maklumat tepat untuk memberi konfirmasi.

Rasanya, inilah bahana apabila pasukan bolasepak ditadbir oleh ahli politik. Pengurus pasukan Malaysia adalah Dato Subhan Kamal. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kerusi TEMPLER. Beliau mewakili Barisan Nasional pada tahun 2008 dan menang hanya dengan majoriti tipis 613 undi.

Saya sedih mengapa politik kepartian UMNO terbawak-bawak dalam bolasepak Malaysia. Dah kemaruk sangat nak bodek Najib sampai nak bagi Malaysia pakai jersey tuan rumah pun tak mau. Apa punya perangai macam ni?

Nasihat saya, berhenti politikan bolasepak Malaysia. Kerajaan Kelantan dipimpin PAS terus menerus memberikan sokongan kepada Dato Annuar Musa kerana beliau membuktikan seorang yang mampu mentadbir bolasepak Kelantan walaupun beliau dari UMNO.

Bagi PAS Kelantan, kemenangan pasukan bolasepak Kelantan lebih penting dari politik kepartian.

Maklumat di bawah ini adalah diambil dari laman web Dewan Undangan Negeri Selangor berkenaan dengan Dato' Subhan Kamal:



Tulang Besi

6 comments:

Anonymous said...

Keputusan malam tadi ... Malaysiaku Oh Malaysiaku

http://uk.eurosport.yahoo.com/28072011/2/world-cup-asian-qualifying-results.html

Anonymous said...

The last I saw a Malaysian and Singapore side play a full matah was in 1995. Fifteen years the players cannot control the ball and running around like headless chicken. Yes, they were playing football only and not soccer. What is the difference - soccer is a science and football is just that you kick the ball anywhere you want and hope that you get a goal.

Anonymous said...

1.oiit!!guna akai kepala lututka!!kata tak mau bola dipolitikkan!!yang hang dok politikkan bola!!sedaq ketidak nii!!
2.bola kelantan!!bila puak pas ambil alih dulu!!merudum sakan!!siap dengan pemain dan penyokong gedebe!!
3.bila puak umno ambil alih!!dimana team kelantan sekarang!!dua tiga kejuaraan didalam tangan!!yang syoknya bila final piala FA tempohari!!nik aziz pun nak pi tumpang tui!!tak malukah oiii!!
4.bola kedah!!bila diambil alih oleh puak pas!!menjunam!!
5.puak-puak pas ni pandai teori jee!!cakap bedegaq-degaq!!macam hangla jugak!!bila disuruh praktikkan!!lingkupppp!!baik dari segi bola!!pengurusan dan lain-lain!!
6.yang syokkk nya!!cakap bedega-degaq!!bila orang suruk cari alternatif sistem biometrik SPR!!pi suruh celup jari dengan dakwat!!
7.syoknya rosmah naik kapai mas mewah nooooo!!!

Anonymous said...

Dah jadi pakar bola pulak. Kalau terra sangat pi la apply jadi ketua jurulatih negara.

Yang Anon ni pun satu, komen bukan main, kata orang lari macam headless chicken. Kalau hang pandai sangat, cuba hang buat team dan pi lawan dengan team Malaysia. Tengok siapa jadi headless chicken. Jangan Chicken out dah la.

Dunia ni memang macam tu. Manusia ni komen memang terra. Bila suruh dia buat, haprak.

Macam PAS dan PR. Komen bukan main lantang, tapi bila bagi peluang, hampas.

Yang banyak main politik ialah puak PR. Main warna. Last-last kerajaan jadi fobia dengan warna Kuning. Tu pun puak PR politikkan.

Kenapa TB tak kata kerajaan sokong PKR sebab guna warna biru?

Tu pun politik jugak.

Korang ni semua tak kena. Manusia ni memang jenis makhluk yang tak pernah puas.

Islam Itu Syumul said...

apa yg bising kecoh sngt ni ???dok kata sana dok kata sini dua2 sama ja nama tok guru pun kena kutuk jgk?jersi kuninglah biru lah...kang aku sunat semuanya...ngaji quran dah khatam ke ni???tok sah kalut sngt hal dunia..

Ultras malaya said...

Apa kena mengena pulak ni.. Color jersi pun jd isu politik.. Apa punya bongok tuanpunya blog ni.. Bongok sebongok manusia.. Carik issue lain yg lg relevan la wei.. Takkan la benda mcm gini pun nk kita memaki hamun sesama kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.