Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, July 3, 2011

Tuanku Tidak Melarang Perhimpunan BERSIH.


NOTA EDITOR: Dari pernyataan Tuanku yang terbaru ini, tiada satu pernyataan pun yang melarang rakyat jelata untuk meneruskan perhimpunan pada July 9 ini.

Maka, bagi saya, kalau pun perhimpunan diteruskan, ia bukan satu bentuk derhaka.

Lagi pula, selepas BERSIH 1.0 yang dipersembahkan kepada Duli Tuanku pada 2007, SPR telah MENOLAK dan TIDAK MENGENDAHKAN KESEMUA permintaan rakyat jelatan. Jelasnya, yang menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku adalah pihak SPR sendiri yang bukan berada di bawah kekuasaan Dato' Najib Tun Razak.

Wallahualam bissawab

TEKS PENUH KENYATAAN YANG DIPERTUAN AGUNG

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

-- BERNAMA

9 comments:

Anonymous said...

its about time....

V7 said...

tidak larang kepala bapak kau lah bodoh...

Anonymous said...

Bacalah betul2 bahlul. Otak dah kuning disebabkan budaya kuning yg keluar dari jubo oleh Ketua Pembangkang. Kalau boleh suruh Polis sediakan bom tahi warna kuning. Nak tengok berani ke tidak sibarua....

Anonymous said...

.... i am astonished.... i believe you are a grown and educated man. yet, bahasa tersirat pun tak boleh faham? kesihan....

DYMM tidak merestui perhimpunan tu. sudahlah...

Anonymous said...

Ada baca Agong suruh gunakan bom tahi warna kuning? Kalau teliti betul2 mesti dpt faham maksudnya....Barua Aljuburi. Tibai pukik, tibai jubo pun kata konspirasi tapi yg masuk kote dia. Bahlul..

Anonymous said...

TB tak reti bahasa. Nada bahasa Agong tu terlampau halus sangat untuk TB faham.

"Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar... (Egypt , Tunisia, Bahrain,Libya etc)

... Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan ( ie. Tunjuk perasaan)

TB = melayu tak reti bahasa

Anonymous said...

Bukan kenyataan Agong ni kerajaan yang tulis ke?

Khun Pana aka johanssm said...

Walaopon dia tak kata dengan jelas samada perhimpunan tersebut dilarang atao tidak.


Namun mesej atao utusan nya boleh dipahamkan bahwa jangan buat perhimpunan dan haros perlu cari jalan rundingan.
Niat yang baik haros dibuat dengan cara yang baik.


Dan kepada mat monggol, dia telah diberi amaran supaya jangan lebeh-lebeh dan buat sombong. Haros berunding denagn BERSIH denagn cara baik.
Inilah amalan cara Malaysia.
jangan buat sampai rakyat benci

manakala Brahim ali boleh balek kampong tanam jagong.
Ini ialah antara Mat Monggol dan pihak BERSIH.

*perhimpunan boleh ditangguh.
walaopon dah fed-up dan muak tapi kali ni mat monggol dan balaci nya dah diberi amaran supaya berunding.

Macham kata menteri rogol amah " win - win situation"

Anonymous said...

alahai agong pun pakai serba kuning,cer tengok gambar agong ngan permaisuri kat tahta tu.rakyat nak keadilan berpakaian lambang agong tak boleh ke?bahlol mahlol punya kepala sewel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.