Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 31, 2011

Akibat UMNO Tolak Merdeka, Melayu Ramai Masuk Komunis

Ramai terkejut Mat Sabu menyatakan Ahmad Indera yang menyerang Rumah Pasung Bukit Pasung sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini kerana ramai tidak tahu mengapa pejuang2 melayu seperti Mat Indera, Rashid Mydin. Shamsiah Faqih, Abdullah CD dsbnya menyertai usaha bersenjata tajaan Parti Komunis Malaya.

Semuanya berpunca dari sikap UMNO yang menolak kemerdekaan pada tahun 1946. Setelah mengagalkan Malayan Union, rakyat Malaysia keseluruhannya ternanti-nanti langkah seterusnya.

British telah menarik kembali cadangan Malayan Union. Mereka telah menggantikan Malayan Union dgn Pejanjian Federasi (Persekutuan).

Tiba-tiba UMNO ambil keputusan mereka tidak mahu MERDEKA. Alasan yang biasa mereka guna adalah:
"....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."


Parti2 Melayu lain yang telah menyertai usaha menentang Malayan Union sebelum ini menjadi marah. UMNO pada masa itu berada dalam keadaan amat tertekan kerana kemungkinan orang2 Melayu seluruh Malaya akan menolak mereka.

Namun, British telah mengambil langkah pantas melindungi UMNO dengan mengharamkan semua parti2 yang menuntut kemerdekaan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), API, PUTERA, Hizbul Muslimin, AMCJA dll lagi.

Oleh kerana UMNO tidak menuntut kemerdekaan pada tahun 1946, maka UMNO diizinkan beroperasi dan bergerak oleh British dengan sepenuh kebebasan.

Akibat dari pengharaman PKMM dan parti2 lain ini, setengah2 dari kepimpinan PKMM seperti Rashid Maidin, Mat Indera dsbnya telah menyertai usaha Parti Komunis Malaya kerana pada waktu itu, PKM sahaja yang masih aktif menjalankan usaha menuntut kemerdekaan dari British.

Maka, wujudlah kumpulan2 Melayu dalam Parti Komunis Malaya yang kemudiannya membuahkan peristiwa seperti Bukit Kepong dsbnya.

Dengan kata lain, sekiranya UMNO tidak khianat kepada kehendak orang Melayu untuk Merdeka, sudah tentu tidak akan berlaku penyertaan beramai-ramai orang Melayu ke dalam Parti Komunis Malaya.

Pengkhianat sebenar adalah UMNO kerana menjadi alat kepada penjajah dan menolak hasrat orang Melayu pada masa itu yang mahukan kemerdekaan

Tulang Besi

3 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

Anonymous said...

Anonymous September 1, 2011 8:03 AM
said...

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kau nie bodoh betul lah...sia-sia aje kau doa...Allah SWT takkan turunkan bala punya sebab Allah SWT maha rahman dan maha rahim...macam kes saiful dah 3 tahun saiful buat sumpah laknat tapi sampai sekarang bala dan laknat Allah tak sampai pun kat dia...makin sihat lagi saiful adalah...Allah SWT siap jemput saiful ke mekah lagi...

silap-silap pru 13 nie umno menang besar dan pas kalah teruk adalah...bodoh betul kau nie...mintak doa-doa yang sia-sia aje...

Dahan jati said...

Ini merupakan melayu yang hilang jati diri sanggup berekokngkol dengan komunis. Dah tau komunis tu anti agama, masuk komunis makna mereka tolak agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.