Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 29, 2011

Apabila Pencacai2 British Dijulang Sebagai Pejuang Kemerdekaan

Bayangkan saudara saudari sekelian. Orang seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Kapten Hussein Onn dsbnya adalah mereka yang bekerja dengan penjajah British. Setiap bulan British memberi mereka gaji di samping elaun dan kelebihan2 yang lain i.e. kereta bersupir, perkhidmatan kesihatan percuma, quaters kerajaan dalam bentuk rumah banglo dan sebagainya.

Sehari pun dalam hidup pemimpin2 UMNO ini tidak pernah mereka menentang British. Mereka gembira duduk di bawah kerajaan British kerana mereka mendapat banyak kelebihan dan ganjaran wang.

Di waktu pejuang2 kemerdekaan yang sebenar berhempas pulas mengumpul tenaga rakyat bagi menjatuhkan British, pemimpin2 UMNO ini sebuk dengan mesyuarat mereka, minum teh di waktu petang, menghadiri banquet bagi meraikan tuan British mereka.

Tidak hairanlah apabila kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, segala kekayaan Malaysia masih dipegang oleh British. Walaupun Malaysia terus menerus kaya selepas merdeka, tapi orang Melayu dan kaum lain terus menerus hidup dalam kemiskinan yang dahsyat.

Apabila pejuang2 kemerdekaan seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestamam dsbnya disiksa, dipenjara, difitnah, dikacau oleh apparat2 British, pemimpin2 UMNO terus hidup di dalam kemewahan dan kesengangan yang selama ini mereka kecapi dari tuan British mereka.

Namun, apabila kita buka buku2 sejarah masa kini, pemimpin2 UMNO yang hidup seperti orang Putih inilah yang digelar pejuang kebangsaan. PAdahal, satu hari dalam hidup mereka pun British tidak pernah memenjarakan mereka, tidak pernah memukul mereka, tidak pernah mengacau mereka.

Mereka ditatang oleh British seperti dulang yang penuh dgn minyak.

Begitulah jentera propaganda UMNO yang jahat. Menyenyapkan sumbangan pejuang kemerdekaan yang benar2 melalui ranjau dan duri serta menganggungkan mereka yang menjadi penjilat dan pembodek kepada British.

Hairan hairan.

Syabas Abang Mat sebab dedahkan pembohongan yang terkandung dalam sejarah Malaysia.

Tulang Besi



ps Ahmad Boestamam adalah ayah kepada pakcik Tulang Besi, Allahyarham Rustam A. Sani. Semoga Allah SWT merahmati ruh mereka berdua atas jasa2 mereka menentang penjajahan British dan UMNO.

5 comments:

Anonymous said...

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga." – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

Anonymous said...

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar." – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

Anonymous said...

HAHAHA DOK KATA ORANG LAIN PENGKHIANAT BANGSA RUPANYA DIRI SENDIRI JADI PENCACAI BRITISH HAHAHA!!!MANA ADA PENJAJAH YANG SENANG2 NAK SERAH BALIK NEGERI YANG DIA JAJAH MELAINKAN PENGGANTINYA SELEPAS ITU ORANG YANG DAPAT JAGA KEPENTINGAN DIA WALAUPUN PENGGANTINYA ORANG TEMPATAN!!!HAHAHA.HABIS ORANG MELAYU SUMA KENA TIPU.YANG BERJUANG DIKATAKAN PENGKHIANAT DAN DIGELAPKAN DARI SEJARH,YANG HIDUP HASIL DARI DUIT BRITISH YANG TAK PERNAH KENA MASUK PENJARA KA KENA SIKSA KA PA KA DIKATAKAN WIRA HAHAHA.NI LA YANG DIKATAKAN MAKAN TANGGUNG BERAK CANGKUNG HAHAHA.SEDARLAH BANGSAKU SEMUA KITA MASIH BELUM MERDEKA CUMA KELUAR DARI MULUT NAGA MASUK KE MULUT BUAYA.

Kasturi said...

Kalaupun nak nafikan orang yang bekerja dengan british sebagai bukan hero kemerdekaan, tetapi janganlah menjulang komunis laknatullah sebagai hero pula. Jangan senang senang nak tukar sejarah iku t sedapnhati saja. Memang pejuang kemerdekaan tu terdiri drp pelbagai golongan. Tp perjuangan atas landasan komunis takkan kita nak iktiraf pulak. Pas pun ambil bahagianndalam pilihanraya 1955 yNg dianjurkan british. Persediaan untuk merdeka dan kayu ukur kepada pihak penjajah untuk melepaskan malaya.

Anonymous said...

sebenarnya majoriti melayu yang masuk dalam hutan join PKM tu bukan komunis tapi dari API, PUTERA, dll lagi yang diharamkan British selepas Hartal dahulu... sebab tu mereka tubuhkan rejimen ke 10... berasingan dengan komunis... kenapa mereka bersatu dengan PKM... kerana PKM lah yang boleh memberikan mereka senjata api yang dibekal oleh kerajaan China... kalau tak bergabung dengan PKM, mana nak dapat senapang? nak lawan British dngan parang terbang, keris???

Tapi dalam buku sejarah kata mereka komunis... padahal mereka bukan komunis... sebab tu mereka masih lagi practising muslim... siap pi haji di mekah lagi... tapi biasa la history was written by the victors...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.