Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 16, 2011

Beberapa Persoalan Berkaitan Kerakyatan Mismah yang Belum Terjawab

Walaupun Mismah telah didedahkan kepada umum oleh UMNO melalui usaha gigih Noh Omar, masih terdapat beberapa persoalan yang masih belum terjawab seperti:
1.0 Bagaimanakah Mismah boleh mendapat taraf PR (permastautin tetap) selepas hanya beberapa bulan berada di MAlaysia? Kebiasaanya, permastautin mesti ada tingggal di Malaysia selama 5 tahun sebelum boleh memohon menjadi PR
1.1 Adakah ini bermakna sesiapa sahaja boleh datang ke Malaysia dan duduk beberapa bulan kemudian secara otomatik diberi PR selepas ini?
2.0 Apakah kelayakan Mismah untuk menjadi Permastautin Tetap? Adakah MISMAH datang kee Malaysia sebagai doktor, lawyer, majistret, ahli muzik?
2.1 Mengikut MISMAH beliau datang ke MAlaysia sebagai pekerja buruh binaan sahaja. Adakah ini bermaksud kita akan memberi PR kepada semua pekerja binaan asing yang datang ke Malaysia?

2.2 Di manakah logiknya MISMAH seorang perempuan boleh masuk ke Malaysia sebagai pekerja buruh binaan? ADakah MISMAH juga bekerja mengangkat batu dan besi?
3.0 Bagaimanakah MISMAH yang berumur 18 tahun sewaktu tiba di Malaysia boleh diberikan status Permastautin Tetap (PR)? Apakah beliau mempunyai kebolehan serta kelayakan yang diperlukan Malaysia pada waktu itu? Adakah Mismah telah menjadi isteri rakyat Malaysia pada masa itu?

4.0 Apakah kelayakan Mismah sekarang ini untuk diberi warganegara? Adakah beliau telah menjadi Lawyer, doktor, Majistret, ahli muzik dsbnya sewaktu menjadi warganegara? Bagaimana seorang bekas buruh binaan dengan mudah mendapat kerakyatan?
4.1 Bekas jurulatih badminton Malaysia, Han Jiang, sendiri pun masih belum mendapat kerakyatan Malaysia. Mismah yang buruh asing boleh mendapat kerakyatan Malaysia
5.0 Mengapa terdapat ramai lagi pendatang asing yang tinggal di Malaysia yang bertaraf professional namun masih belum mendapat warganegara? Mengapa bekas buruh binaan seperti Mismah boleh mendapat taraf warganegara?

5.1Professional seperti doktor, jurutera dsbnya yang berasal dari Australia, Eropah dsbnya yang telah tinggal di Malaysia lebih 40 tahun masih belum mendapat kerakyatan. Mismah yang bertaraf buruh binaan boleh diberikan kerakyatan.

6.0 Apa jaminan Mismah bercakap benar? Sekiranya Mismah mengambil keputusan menceritakan yang sebenar, kemungkinan besar kerakyatan beliau akan ditarik dan beliau akan dihantar balik ke Indonesia.
6.1 Jadi, Mismah sudah tentu secara sukarela berbohong kerana kerakyatan yang beliau dapat secara percuma
Secara mudahnya, jelas UMNO dan Noh Omar bersungguh-sungguh mempertahankan MISMAH. Sedangkan itu tugas Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR. Bukan tugas UMNO. UMNO tak perlu keluar mempertahankan isu ini kerana tiada siapa yang mempersalahkan UMNO.

Mengapa UMNO lebih kuah dari sudu dalam isu ni? Kalau tiada apa-apa masakan tempua bersarang rendah?

Sikap UMNO yang menyebuk nyebuk ini akan memberi kredibiliti kepada teori bahawa UMNO sememangnya terlibat di dalam memberi kerakyatan kepada warga asing untuk merampas Selangor.

Tulang Besi

5 comments:

Anonymous said...

Udah la TB. Kenapa hang dengki sangat dengan Mismah tu? Dia tu orang susah, datang ke Malaysia, kalau dia dapat PR dan kerakyataan, itu adalah rezeki beliau.

Tak kan kerajaan nak justifikasikan ribuan PR yang mereka bagi kat orang macam hang ni.

Dah lah bohong dan sebar fitnah dalam bulan ramadan, lebih baik hang pi minta ampun dari pada terus nak anaya saudara seIslam.

Dengki sangat kah awak ni dengan Mismah yang seagama dengan awak tu sehingga Han Jian yang kafir tu hang angkat lebih-lebih? Inikah hasil tarbiah PAS yang hang bangga sangat tu?

Anonymous said...

my sister in-law org mesir, beberapa tahun belakang ni ja dpt PR, sebelum ni asyik dok kena renew visa aja. tulah sussah sebenarnya nak dpt PR.

walhal dia dah lama menetap di malaysia, anak2 semua dah besar, dah dpt cucu pun, fasih cakap melayu, on and off jadi guru bahasa arab di mahad secara langsung contribute kpd pendidikan anak2 tempatan. bukannya macam pendtg yg sebahagiannya menyumbang jenayah dan ancaman kpd masyarakat tempatan.

Anonymous said...

maksudnya dulu susah benor nak dpt PR, tiba2 aja pendtg tanpa bin dan binti pun boleh dpt PR, lepas beberapa jam dpt kerakyatan penuh pulak, tak ke pelik, tu x campur lagi 1 rmh berpuluh org sbg pengundi dan macam2 pelik lagi.

dah ketegaq pertahan jugak spr tu, why not PR (pas dan PKR) buat solat hajat perdana mohon Allah tlg kita, minta dgn Allah bagi terserlah penipuan mereka.

abujay said...

Sepanjang pengalaman saya mengambil pembantu rumah dari Indonesia, sememangnya orang Indonesia mempunyai satu pangkal nama sahaja tanpa bin atau binti dan ianya sama seperti mana tertulis di dalam passport hijau mereka. Jadi pada pandangan mata kasar saya nama Mismah ini kemungkinan besar adalah warga Indonesia. Tak payah ler pakai pengundi import, ari tu pasukan bola kita kalah dengan Singapura sebab pemain import kalau tak dah lama kena belasah. Tapi walaupun kalah kita tetap bangga sebab pasukan kita 100% anak Malaysia. Jadi nanti kalau menang dengan pengundi import tak payah ler nak bangga. Sekarang ni pun dah banyak sangat warga asing daripada pekerja dipasar borong, tukang gunting rambut, pekerja restoran, tukang cuci, tukang buat rumah, pekerja dipasaraya dan sebagainya kebanyakannya warga asing, abis tu rakyat Malaysia hilang ke mana?

Buruh tempatan said...

buruh binaan boleh dapat kerakyataan???? kahkah tak pernah terlintas difikiran negarawan dunia kecuali kutty dan najis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.