Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, August 14, 2011

Bersungguh2 UMNO Pertahan Pendatang Asing Jadi Pengundi

Hairan, sungguh hairan. Yang dipersoalkan oleh BERSIH dan parti2 Pakatan Rakyat adalah SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi, mengapa UMNO yang beriye-iye sangat membela SPR dan JPN?

Sehingga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, turun ke rumah Mismah untuk menunjukkan Mismah wujud dan beliau tidak dibayar.

Namun, soalan yang ditanya masih belum dijawab oleh Mismah mahupun Noh Omar:

Bagaimana Mismah boleh menjadi pengundi sedangkan beliau masih memegang kad pengenalan merah?


Kenapa soalan ini susah sangat untuk dijawab, baik dari JPN mahupun dari UMNO sendiri.

Tindakan Noh Omar membuktikan UMNO betul-betul berharap kepada pengundi asing untuk merampas semula Selangor.

Perkara ini mudah untuk UMNO lakukan memandangkan JPN dan SPR adalah "Biro2" UMNO.

Jadi tak heranlah Noh Omar sanggup turun ke rumah si Mismah dan membela Mismah kononnya dia mengikut prosedur.

KAlau saya jadi Mismah, saya pun akan kata macam apa dia kata sebab kalau saya nyatakan yang sebenar, kerakyatan saya boleh ditarik dan saya bakal dihantar pulang.

Jadi, tak hairanlah Mismah sanggup bekerjasama dengan UMNO/BN.

Tapi sudah terlambat. Bukti sudah keluar. Bagaiamana dalam masa 4 jam sahaja kerakyatan Mismah boleh bertukar dari Penduduk Tetap kepada Warganegara.

Alasan JPN juga tidak logik. Kononnya, mereka tidak mengemaskini sistem mereka.

Sedangkan status kewarganegaraan ini berlaku secara OTOMATIK. Ertinya, di masa Mismah mengambil MyKad beliau, otomatik statusnya dikemas kini di dalam laman web JPN.

JPN dan SPR sama-sama penipu dan menipu rakyat Malaysia.

MISMAH JADI PENDUDUK TETAP UMUR 18 TAHUN?

Pelik juga kalau didengar cerita Mismah ni. Dia kata dia dah 29 tahun memohon untuk jadi warganegara Malaysia.

Dia kata dia dapat PR beberapa bulan selepas beliau masuk negara. Hairan. Mengikut undang-undang Malaysia, permastautin tetap (PR) hanya boleh diberi kepada warga asing selepas 5 tahun menetap di Malaysia tanpa keluar.

Bagaimana Mismah boleh dapat PR hanya beberapa bulan sahaja?

Sudah nampak cerita Mismah ni tak logik. Sudah nampak bibit2 penipuan terbit.

Sudahlah Noh Omar. Sudahlah Najib. Tiada siapa yang percaya penipuan kamu lagi.

Tulang Besi





5 comments:

mountdweller said...

itulah kerja penyangak. apa nak herankan

Yong said...

UMPORNO sedang bertungkus lumus menegakkan benang basah. Singapura beri PR dan seterusnya kewarganegaraan pada pakar2 yang ingin menyumbang kepada negara berkenaan. UMPORNO beri PR dan kewarganegaraan kerana apa???

Anonymous said...

bersungguh-sungguh rahman talib pertahankan kaki main pelacur dan kaki liwat...serta puak-puak kafir harbi...syabas rahman talib...anda murtad..

Anonymous said...

dlm berita harian, tim pengerusi spr kata database spr kebal, kebal konon, who are u trying to fool???

kalau nak kira kebal drp org awam macam kami ni, memanglah kami x boleh simply masuk utk keyin data, tapi hang yg jaga database tu, umpama tuan punya peti besi, mestilah hang tau kod nak buka malah tambah atau buang benda dlm peti tu, samalah database tu pun, kalau hang nak tambah 1 juta pengundi hantu ka, pendtg indon ka, senang2 aja key-in, masuk kok belakang, bukan laluan yg dibuka kpd umum, gelong, ingat semua org bodoh senang dikelentong.

even most developers of application system akan buat cam tu, ada 1 master password supaya senang nak manipulate data, bila user call, senang nak solve problem.

database ni depend on the setting, kalau nak insert bulk pun boley x hal punya, nak masuk 1-1 pun pun boleh. it's just a matter samada nak tipu atau tak nak aja. kalau dah sorang mamat tu trademark dia pencuri, 1 mlm sekor ayam org kg ilang dan jmpa dlm rmh mamat tu, kalau dia nafikan yg dia x curi, sudah tentu org kg x pecaya, ada org kg pecaya, mamat ni tetap dilihat jahat. sama cam amno, dulu kini dan selamanya penipu, sapa nak pecaya???

Khairi said...

Dah lama dah kita sangsi dengan SPR. Masa kempen pilihanraya, UMNO/BN kerap kali berceramah kepada kerusi kosong, tapi bila hari mengundi, mereka menang, selain penipuan lain oleh SPR, inilah talian hayat UMNO/BN. Usahlah pemimpin UMNO banyak bercakap, benarkan kami rakyat yang ahli untuk meng"audit" pengkalan data SPR & JPN, kami yakin, akan banyak hantu dan PATI yang tidak mengikut prosedur yang betul telah diberi IC kerana mereka hanya tahu menipu untuk terus memerentah negara ini. Inilah sebenarnya pengkhianat negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.