Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, August 20, 2011

Exco Pemuda UMNO yang Pembohong : Tun Faisal


Alam twitter ini banyak memberi maklumat yang berharga. Sepanjang beberapa minggu ini, Tulang Besi telah berinteraksi dengan beberapa orang UMNO yang aktif di alam maya.

Antaranya adalah seorang Exco Pemuda UMNO bernama Tun Faisal. Beliau adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau menuduh PAS pernah berjanji menutup kilang arak di Selangor apabila memerintah. Namun, beliau tiada bukti. Biasalah UMNO, apabila dah buat tuduhan takda bukti, dia cabar kita pula bersumpah. Bukti tak penting untuk UMNO. Itu sebab mereka tolak hukum Qazaf kerana mereka suka buat fitnah dan dusta. Cabaran Tun Faisal tu adalah seperti di bawah:



Maka, saya pun sambut seperti di bawah:



Hingga hari ini, Tun Faisal tak sambut sumpah saya. Beliau yg begitu berbangga dgn "AGAMA SUMPAH" dia, sendiri tak berani bersumpah.

Ertinya Exco Pemuda UMNO ni pembohong dan penipu.

Patutlah Anwar tak mau layan mereka apabila mereka cabar Anwar bersumpah. Kalau Anwar bersumpah dulu, pasti ada penipuan lain yang mereka telah rancang.

Saya sering berkata, UMNO ini agama mereka adalah AGAMA UMNO. Mereka bebas halalkan yang haram, haramkan yang halal, tambah syariat sendiri dan tolak syariat yang Allah SWT telah nyatakan dgn jelas dalam Al Quran.

Tun Faisal adalah salah satu contoh pengikut agama UMNO. Dalam isu video blue Rahim Thamby Chik, beliau beriye2 mempertahankan tindakan Eskay bersumpah.

Alasannya adalah Eskay bermubahalah. Qazaf tu untuk mahkamah. Mubahalah ini tak melibatkan mahkamah.

Masalahnya, mubahalah ni mesti ada dua belah pihak, dan mubahalah mesti dimulai oleh yang DITUDUH, bukan yang MENUDUH.

Dalam Islam, yang menuduh mesti bawa bukti. Tidak boleh menuduh semata-mata dengan sumpah. Kalau mcm tu, kita semua tak habis kerja menjawab tuduhan orang kerana cukup dgn bersumpah untuk mendakwa seseorang di mahkamah.

Inilah agama UMNO. Mereka ikut dan buang serta ganti hukum Islam ikut sesuka hati mereka.

Agama UMNO tidak mementingkan bukti atau hujjah. Mereka letak sumpah lebih tinggi dari bukti.

Mereka percaya sumpah Saiful Bukhari berbanding bukti klinikal bahawa jubor Saiful tidak pernah ditembusi.

Itulah agama UMNO, tuan2 dan puan2 sekelian.

Akhir kata, PAS mahu mengharamkan arak dan judi, tapi untuk orang Islam sahaja. Dalam isu menutup kilang arak di Selangor, Tulang Besi tidak baca mana2 manifesto, ucapan dasar mahupun kenyataan2 akhbar dari pimpinan PAS yang menyatakan` sedemikian. Tak payah sumpah pun, kerana tiada bukti.

Namun, agama UMNO tidak mementingkan bukti. Mereka mementingkan sumpah tak kira sumpah tu betul atau palsu. Mereka ingat manusia ni tak boleh palsukan sumpah. hahahahaha

Tulang Besi



4 comments:

Anonymous said...

UMNO kan parti perasuah dengan duit haram dilantakkan pada anak2 bini2 mak bapak atok nenek cucu cicit hingga ke satu keturunan melantak duit haram, maka tak perlu membazir masa mencabar suatu parti munafiq dan fasik.

UMNO bertuhankan Duit RM maka biar lah ianya hanyut ke dalam dunia mainan mereka hingga ajal tiba satu per satu tumbang ke alam kubur.

Rata2 rakyat Malaysia membenci mereka2 yang hidup bersama UMNO kecuali atok nenek abang adik yang hidup melantak bangkai2 rasuah.

Sudahlah UMNO parti perasuah, bodoh malas pulak tu dan rata2 ahli nya bonggok dan benggap, dari pemimpin atasan hinggalah ahli akar umbi.

Anonymous said...

Rahman...hang suka sangat tajuk pasal pembohongan..

Rahman..biasa orang berbohong suka cakap orang lain berbohong

Rahman...cara penulisan ni Allah dah tunjuk siap ketua pembohongan sebenarnya

Rahman..hebat betul hang..kilang arak tak nak tutup..hebat la pendirian hang...periksa gereja pun marah..lagi hebat la...rahman hebat dimata siapa ye....

Rahman ertinya pemurah...tapi rahman ni pemurah dengan pembohongan

Anak Perelih said...

sekarang ni tun faisal tgh berperang dgn papagomo/parpukari... blogger umno sendiri tak suka kat dia ni...

Melayu Maju said...

Baru ni aku berpeluang ke kg alai melaka dalam kawasan dun teluk mas dan parlimen kota melaka.kg melayu yg karat umno. jumpa dua org tua pencen kerajaan di warung. seorg kata bagus rahim bayar denda asal puas hati orang tau anwar zina dgn pelacur.lepas tu dia terus balik. aku cakap dgn kawan dia yg juga umno karat tolong ckp dgn org tua pencen polis tu dah tak berapa hari lagi nak masuk kubur jgn le fitnah org zina kelak malaikat soal tak dpt jawab dlm kubur.terkebil kebil org tua tu dengar kubur. kesian pada orang pencen sanggup tempah neraka demi sedikit pencen. mcm.lembu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.